Korang pernah tau Muzium teh pertama tak? Aku jumpa muzium ni masa jenjalan kat Ipoh hari tu. Mula malas nak masuk tapi kaki tetiba je ajak masuk. Nantikan cerita selanjutnya berkenaan raja teh herba dibawah ni ya.
Ho Yan Hor Museum
1, Jalan Bijeh Timah
30000 Ipoh, Perak
Setiap hari 10 pagi - 4 petang
Tel: : 05-241 2048
Masuk percuma
Sebenarnya seronok jenjalan kat Ipoh ni sebab semua tempat sejarah yang kita nak pergi tu berdekatan. Lagi la kalau nak cari lukisan mural kat dinding bangunan, memang adventure betol. Pusing sana sini tau keliling bandar. Huhu...
Kalau korang datang Ipoh, jangan lupa singgah muzium teh ni. Kena tajamkan sikit mata tu sebab muzium ni kecik ja. Terletak di barisan hujung antara deretan bangunan kedai 2 tingkat area bandar Ipoh.
Sebelum masuk staf akan beri sedikit penerangan tentang siapa owner dan segala sejarah berkaitan dengan pemilik dan hasil jualan yang diniagakan. Senang jugakkan, korang tak payah nak baca semua sejarah yang ditepek kat situ sebab tak sempatnya wei nak baca satu-satu. Banyak benda nak tengok kat situ.
Nak tau detail, korang kena pergi la sana. Nanti aku citer dah tak best plak kan? Keseronokan nak tau tu dah berkurangan. Pergi tau jangan tak pergi.
Aku sempat baca sikit-sikit ja sebab banyak tempat nak pergi. Seorang doktor yang akhirnya berjaya menjual teh hasil ujikaji sendiri kekdahnya asal usul muzium ni.
Rumah tu rumah asal yang dijaga baik oleh anak beliau. Tengok gambar pun sama cuma tempat berniaga tepi jalan tu ja dah tak sama. Barang-barang dalam rumah tu pun semua yang asal, antik dan unik.
Bahagian dapur kemas terjaga dan semua barangan lama masih ada kat situ. Seram jugak tapi cepat-cepat fikir positif. Sori, I is penakut. Muahahaha...
Tengok almari ni teringat waktu kecik aku panjat almari tu dan almari tu hempap aku. Luka kat kepala masa tu banyak keluar darah. Tapi mak tak bawak pergi hospital sebab mak long ada tolong. Nak tau citernya, nanti aku buat entry lain zaman kanak-kanak eh.
Setel bahagian bawah, aku naik tingkat atas. Mak datok tangga punya la kecik dan nampak menjunam je dari atas. Gayat ahkak. Hehe...
Bahagian atas ni korang bole nampak piala kemenangan Raja teh herba ni. Bentuk bekas air tu. Selain tu, ada keratan akhbar kisah doktor ni, aneka packaging teh yang telah digunakan dan pelbagai barangan antik yang digunakan waktu menghasilkan tehnya sendiri.
Respek kat raja teh herba ni sebab sanggup meneruskan pelajaran walaupun dah berusia. Dalam hati bertanya, ko mampu belajar sampai tahap macam tu? Yes, aku mampu...hehe.
Masa aku datang tu rakaman dokumentari tak ditayangkan sebab kerosakan teknikal. Tak pa, yang penting kita dah dapat sikit sebanyak ilmu sepanjang berada dalam muzium tu.
Setel tingkat atas, turun semula ke tingkat bawah sebab tak sempat bergambar tadi. Posing sakan la jugak wei...
Staf kat situ bagi minum teh herba yang diusahakan tu. Sedap jugak la rasanya. Nyaris aku nak terbeli sebab suka rasa dia tapi stok dah habis. Ada jual di farmasi katanyer. Jimat duit aku, kalau tak, tak pepasal keluar duit lebih dari bajet. Hehe...
Ok ni ja yang dapat aku sampaikan sikit sebanyak. Korang mesti pergi muzium ni tau. Rugi kalau tak pergi. Banyak benda dan lmu baru yang korang bole dapat kat sini.
Tata titi tutu...!