Meh folo, aku nak share pasal hotel kat Ipoh ni. Ececeh...macam gempak je bunyi. Ok ke tak ok korang rasa hotel ni? Stay tuned beb...!
Seemsoon Hotel
2, Regat Dato Mahmud & Off Jalan Pasir Puteh
31650 Ipoh, Perak
Tel: : +05-255 6888
Superior Double King - RM251.46 (2 malam)
Sampai Ipoh jenjalan dulu, dah malam baru check in. Tak risau sebab dah book awal sehari. Best sangat sebab hotel ni terletak kat tengah bandar Ipoh. Nak pergi mana-mana pun dekat ja. Harga murah, berbaloi rasa dengan pilihan kali ni.
Hotel kali ni agak ok la. Bilik comel dan semua yang aku perlukan ada disediakan cuma kena call customer service untuk dibawakan sterika ke dalam bilik.
Toilet pun kemas dan segala keperluan yang sepatutnya disediakan dengan baik dan teratur.
Ada satu pemandangan yang pelik kat salah satu bilik hotel ni. Apa yang korang fikir bila nampak gambar ni? Ok sila jawab sendiri ya. Muah ciked...hehe.
Persekitaran hotel pun aman je tak bising dengan bunyi kenderaan. Aku banyak kali perasan kalau bilik mesti aku akan dapat paling tepi sekali. Hehe...
Dua hari aku rajinkan diri turun untuk breakfast. Makanan bole tahan sedap terutama sambal nasi lemak. Manis dan tak pedas.
Tapi hari kedua turun nak makan lagi diaorang tak buat sebab tukar ke menu barat plak. Menu barat pun barat la janji perut kenyang. Save duit makan sepanjang ronda sekitar bandar nanti. Paling best aku makan roti bakar dan telur separuh masak ni. Walla...
Staf semua peramah dan senang beri kerjasama. Thumb up untuk pengurusan hotel. Aku rekomen korang datang hotel ni. Tak da apa nak citer atau komen sebab semuanya ok hotel ni. Booking jangan tak booking tau.
Sayonara...!