Hai sayang-sayang semua. Apa khabar minggu ni? Harap semuanya cantik dan sihat selalu. Dah lama rasanya tak review produk kosmetik. Meh lelaju folo aku skodeng story kali ni.
Ada lagi beberapa produk keluaran Minara ni macam lipstik, cleanser, tapi aku plan nak cuba Beelovera Spray dan meyliq DD Cream dulu.
Beelovera Spray
RM69
50ml / guna 2 bulan
Meyliq DD Cake
RM79
15g / guna 3 bulan
Biasanya kalau untuk penjagaan muka memang banyak step dan banyak barang yang perlu dibeli dan diguna serta ditepek kat muka. Kalau bukan tepek sana tepek sini, bukan wanita normal la jawabnya tu. Muahahah...
Selalunya selepas cuci muka, aku akan guna, toner, serum, pelembap dan pelindung matahari barulah guna compact powder. Cer korang kira berapa banyak punya barang aku nak bawak kalau pergi travel. Tu baru untuk muka, untuk yang lain belum kira lagi. Mau berbeg-beg aku bawak. Huhu...
Bila dapat tau tentang produk Minara ni, yang dah diletakkan semua benda dalam satu bekas, walla...betapa sukanya hati aku ni. Tambah plak bila tengok artis semua dok bagi komen dan video guna produk ni mudah dan menjimatkan.
Terdorong dengan kata-kata tak perlu pakai bedak selepas guna krim ni, tak sabar rasanya nak contact syarikat tu dengan kadar segera.
Alhamdulilah cepat je admin syarikat jawab. Paling best sekali, siap ada offer combo set untuk beli lebih dari satu barang. Dapat free beg kosmetik lagi. Wow sangat ni.
Terus contact geng bas sekolah untuk share beli produk ni sebab lebih murah harga yang ditawarkan. Terkocoh kacah transfer bayaran sebab risau offer habis sebab kata ada beberapa set ja lagi.
Tak sabarnya nak try produk ni. kebetulan compact powder dah habis. Tunggu punya tunggu, barang tak sampai lagi. Bila wasap, kitaorang dimaklumkan stok habis. What...? Mula kata ada, dah transfer kata dah habis plak. Apakah....?
Malas nak bertekak, aku tunggu jugak la. Sabar..sabar..geng aku lagi la dah berangan nak pakai untuk pergi jemputan kenduri kahwin, lagi la berbulu je dia. Hehe...
Janji 2 minggu, tapi alhamdulilah seminggu barang sampai. Barang sampai dalam keadaan yang tak berapa nak bagus. Satu set tercabut tudung spray dan basah semua barang yang ada kat situ. Nasib baik semua barang tu berplastik.
Lagi satu set kemek sana sini kotak krim tu. Hodohnya nampak. aku nak sarankan la pada founder ni kalau nak pos barang tu, guna lah kotak untuk menjaga kekemasan barang tu bila sampai ke tangan penerima. Senang sikit hati penerima bila dapat barang dalam keadaan yang cantik. Diaorang bayar kos pos semua ok, so sila la bagi perhatian sikit bab macam ni.
Guna bubble pun tak sesuai sebab stil bole merosakkan barang tu. Posmen bukan tau nak berhati-hati pindah barang semua ni sebab banyak benda diaorang nak buat. So tanggungjawab korang la sendiri pikir nak cantikkan barang masing-masing dan gembirakan hati customer. Baru akan ada repeat order.
Meh aku kenalkan dan kongsikan sikit pengalaman guna produk yang aku order ni hasil dari iklan media sosial. Maklum katanya semua diperbuat dari bahan organik. Harus lah cuba kekdahnya.
Beelovera Spray ni bukan semburan air biasa tapi lebih pada moisturizer jenis cecair. Cepat meresap kat kulit. Bila sembur tu, kulit korang akan rasa sejuk, lembap, tegang dan anjal sebab dihasilkan dari pati mentimun, collagen dan madu. Bau pun wangi.
Tapi aku tak suka sembur kat muka sebab pemicit tu ketat dan aku rasa tak sesuai kot sembur ni sebab tak kan jadi sekata. Lagi satu, sila tutup mata waktu sembur kalau korang tak nak buta. Ngeh-ngeh lawak petang...
Aku suka letak kat tapak tangan lepas tu sapu dan dap dap terus kat muka. Lebih sekata dan rasa semua area muka kena serapan spray tu. Tapi tangan korang akan rasa melekit sikit la. Kejap ja don wori.
Meyliq DD Cream @ cake ni pun bukan macam foundation biasa tapi dia lebih pada merawat dan menukar kulit korang jadi lebih cerah dan menutup cela yang ada. Senang citer macam budak sekarang kata, nampak flowless gitew. Bau pun bole tahan wangi sebab ada pati madu, aloevera dan mentimun.
Agak-agak kalau muka korang ada lubang bulan tu, boleh la cuba guna meyliq DD Cake ni. Pakai sikit ja dah bole cover jerawat dan sebagainya. Lagi satu tak perlu risau nak pilih code warna sebab cream ni akan balancekan tone ikut darah. Tak perlu takut jadi Opera Cina hokayyyy.
Jangan terpedaya dengan iklan sangat la eh. Ikut kreativiti masing-masing. Korang bayangkan kalau korang dah guna DD Cream ni tetiba korang semburkan semula dengan spray tu, haaa..korang bayangkan kalau korang tak tekap sikit kat muka semula, cair la DD cream tu...aiyooo !. Logik tak aku cakap ni?
Aku cuba guna spray dan DD cream sahaja tanpa guna compact powder. Awal pagi memang ok tapi bila tengahari mula nampak bercapuk. Dari jauh memang nampak glowing gitewww... tapi bila dekat ya ampun...tak kuasa nak tengok...kering dan bercapuk. Huhuu...
Hari kedua lepas spray, aku guna DD Cream dan last sapu compact powder plak. Haaa...kali ni baru ok. Senang citer bagi yang kulit kering, aku sarankan korang tepek bedak lepas guna DD cream tu. Bole kira senang jugak la nak apply dan bawak travel nanti.
Dah nak masuk 2 bulan aku guna DD cream ni, belum habis lagi. Jimat la dari segi wang ringgit. Walaupun harga agak mahal tapi berbaloi untuk dibeli.
So apa lagi korang, bole la cuba guna set merecik Minara ni. Mudahkan kerja bersolek dan kualiti bertepatan dengan harga yang ditawarkan.
Jumpa lagi di lain siaran...daaa !!!.