Bila kita pergi bercuti, perkara utama yang perlu difikirkan adalah penginapan. Takkan korang nak tido kat tepi jalan atau hutan rimba kot? Meh lelaju folo aku skodeng hotel baru ni. Rugi tak folo tau...
Casa Bonita Hotel
1103, Jalan Limbongan, Klebang Kecil
75200 Melaka
Tel: 06-292 3333
Deluxe Double - RM147.33
Masa check in, aku diberitahu oleh staf bertugas, hotel ni dibuka pada 1 November 2017. Waaa...kiranya aku adalah pelanggan terawal yang lepak kat hotel ni. Best sangat ni, siap dapat welcome drink lagi.
Macam biasa, pertama sekali aku nak bagitau, pintu tu biasa ja. Eh..pintu pun nak bagitau ke? Haha...saja ja, sebab kekadang kan pintu hotel ni berat yang amat nak tolak. Maklum ahkak ni comel tak kuat nak tolak pintu berat. Hee...
Masuk je, tengok keluasan bilik boleh tahan besar. Kira berbaloi dengan harga. Cuma yang tak best, lantai biasa dan tak berkarpet. Cari selipar tak jumpa. So berkaki ayam la kat situ menahan kaki yang sejuk dan berdebu. Tak pa, dimaafkan sebab faham hotel baru.
Sekali lagi kecewa sebab strika tak disediakan. Macam biasa, kena call customer service dan diaorang akan hantar. Bila selesai sila letak di luar bilik ya.
Terasa macam zaman dulu kala bila buka almari pakaian. Tapi jangan risau, lampu almari akan menyala bila korang buka almari tu. Ni normal hokayyyy...
Tempat minuman pun sempoi dan comel ja. Meja dan sofa makan atau untuk melepak semua disediakan jugak. Macam biasa, aku akan on laptop dulu biar bateri full. Huhu...
Bilik air pun boleh tahan luas dan kemas serta bersih. Paling best hair dryer disediakan. Macam ni la baru tip top hotel. Kui-kui...
Ada satu yang kurang, korang rasa apa? Cer tengok semua ceruk yang aku dah bagi gambar ni. Jeng...jeng...
Untuk pencinta air sejuk beku, kat sini korang akan merasa hampa. Peti ais tidak disediakan...adey...ingat ni kat genting highland ke tak payah ada peti sejuk ni? Hmmm...
Paling tak boleh blah, air cond tak berfungsi dengan baik. Tak da remote control dan tak bole di ubah suhu. Kalau dibiar buka je, akan sejuk beku la korang. Kalau ditutup terus, akan bersauna la korang. Sudahnya, aku pilih sejuk beku. Hahaha...
Tak pa, fikir positif, maybe belum sampai peti sejuk baru tu. Maklum hotel baru la katakan.
Kawasan luar bilik bersih, wangi dan berkarpet tebal. Luas dan kemas serta cantik.
Sebelum keluar dari hotel, aku sempat berposing keliling ceruk hotel macam biasa. Memang bersih, cantik dan kemas. Staf pun baik dan senyum ja. Sedia beri kerjasama dan bantuan yang diperlukan. Thumb up untuk pemilik hotel dapat staf yang bagus.
Cafe hotel pun besar, bersih dan kemas. Tak da serangga hinggap pun. Aman tenteram nak makan tak payah bersilat, mana nak makan, mana nak halau lalat. Gitew pujian melambung. Huhu...
Pemandangan luar sekitar hotel pun cantik ja. Confirm korang akan rasa tenang lepak kat sini sebab jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan.
Masa check out, staf minta aku bagi komen. So aku bagitau la masalah di atas tadi. Harap-harap diaorang dapat buat penambahbaikan dengan kadar segera. Keseluruhannya aku bagi 4 dari 5 bintang.
Ok la ni ja yang dapat aku share kali ni. Jom cuti-cuti Malaysia. Jalan-jalan cari makan. Aku rekomen hotel ni sebab harga berpatutan dengan servis yang korang akan dapat.
Dada didi dudu...!!!