Mari mengetam...
Lama giler story ni terperam. Semua gara-gara kebizian seantero dunia. Semua benda nak buat sampai tak larat dah nak menulis dan mengarang ayat. Idea pun dah ke laut.
Ni pun cuba sedaya upaya menulis sebab rasa bersalah dah simpan lama story ni. So stay tuned guys...!
Pulau Ketam
Port Klang
Selangor
Dewasa RM18 (pergi dan balik)
Kanak-kanak RM5 (pergi dan balik)
Sewa basikal / motosikal RM7 - RM20
Korang pernah sampai Pulau Ketam tak? Silap-silap yang duduk kat Klang tu pun tak pernah sampai lagi. Entah-entah tak tau pun kewujudan Pulau Ketam ni. Haaa...cer jawab dengan jujur soalan aku ni. Hehe...
Pulau Ketam ni kecik ja sebenarnya. Haaa...korang nak tau kenapa di panggil Pulau Ketam? Adakah pulau tu berbentuk ketam atau ada banyak ketam kat pulau tu? Korang rasa yang mana satu? Kalau tanya aku, semua tu tak betol sebab aku tak jumpa pun ketam kat sana. Haha propa sangat nih...
Aku parking kereta kat tempat parkir KTM (Car Park) Sdn Bhd di sebelah stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang. Bayaran adalah RM1.00 untuk 2 jam pertama dan 50 sen bagi setiap jam seterusnya. Punya la panas berdeting kat situ, rasa malas betol nak keluar berjalan ke arah Jeti Pelabuhan Klang.
Terminal tu bersebelahan ja dengan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang ini. Korang boleh nampak dengan jelas aktiviti di dermaga pelabuhan ni. Masa aku datang tu, air laut pun tengah pasang. Ngeri pun ada bila ingat nak ke seberang. Bila siren feri atau bot dibunyikan tu maksudnya diaorang dah sedia untuk berlepas. So korang jangan nak hegeh-hegeh bergambar sana sini lagi kalau tak nak kena tinggal hokay.
Perjalanan ke Pulau Ketam menggunakan bot laju dan bot biasa. Berbagai bentuk bot dari pelbagai agensi ada. Bila sampai sana korang akan diserbu oleh agen agensi-agensi bot tu. Haaa...pening kejap nak pilih mana satu feri yang bagus. Harga tambang lebih kurang je tapi mesti lah aku nak pilih yang terbaik dan terbestkan?
Aku pilih bot berhawa dingin dan nampak cantik. Tambang Rm18 pergi dan balik. Perjalanan ambil masa 45 minit. Dalam bot tu ada disediakan plag so korang tak payah la susah-susah bawak power bank yang berat tu ke hulu ke hilir. Sementara nak sampai ke pulau, bateri handphone korang akan penuh terisi.
Bosan jugak duk dalam tu tanpa buat aktiviti. Seram pun ada jugak sebab rasa rendah ja dengan air laut tu. Seram rasa...dah la tak pakai jaket keselamatan. Huhu...
Sampai je Jeti Pulau Ketam, aku nampak banyak basikal dan motosikal elektrik kat tepi jeti tu. Tapi tu semua bukan free hokay, semuanya disewa. Korang nak ronda kat sana pakai kenderaan tu semua. Tak da kereta yang lalu kat sana eh. Jangan nak ngengada sangat. Wakakaka...
Aku pilih naik basikal sebab dah lama tak buat aktiviti berbasikal ni. Kalau pilih motor tak fun la sebab tak rasa macam bersenam. Tak kan keluar peluh kalau naik motor ni.
Tak sabar nak meronda, kayuh jugak la basikal tu dengan kudrat yang ada panas-panas terik tu. Adoyai napa la aku lupa bawak topi dan lotion ek? Maunya hitam plak nanti kat situ. Hahaha...
Sempat berposing kat sekitar pulau tu dulu sebab takut hujan dan bateri nak kong. Malasnya nak cucuk kat power bank yang berat tu. Sebelah dalam pulau tu lagi banyak rupanya kedai sewa basikal dan motosikal lagi lawa dan banyak pilihan. Baru lagi nampak kenderaan kat situ. So korang jangan cepat sangat nak sewa yang kat luar jeti tu eh sebab kat sana tak berapa nak baru kenderaan tu.
Aktiviti pertama aku sampai kat sana apa lagi, cari makanan la. Pusing sana sini tak jumpa restoran melayu. Yang ada tanda halal pun aku rasa ragu-ragu nak makan sebab majoriti kat situ bangsa Cina. Anjing plak kat mana-mana pun ada. Last-last aku jumpa 2 je kedai islam. Tapi yang satu tu dah nak tutup.
So makan la kat kedai Indonesia. Apa yang ada bantai ja la, nasi goreng pun nasi goreng la janji kenyang. So korang kalau nak ke sana bawak la bekalan roti atau pun makanan sampingan lain eh.
Lepas makan, aku meronda la keliling pulau tu, kalau tak silap aku ada Perkampungan Sungai Satu dan Perkampungan Bagan Teochew. Macam aku, main harung ja la ikut mana aku suka sampai nak terlanggar-langgar orang dibuatnya sebab lorong kat situ sempit. Kalau korang dengar loceng basikal berbunyi, cepat-cepatlah bagi laluan kalau tak nak kena langgar. Huhu...
Berpeluh-peluh berkayuh semata-mata nak berpusing satu pulau nak tengok keliling pulau. Peliknya tak plak aku jumpa orang jual ketam, ikan atau bahan basah yang lain. Cuma nampak beberapa orang nyonya sibuk menyiang udang sambil membawang.
Siap ada Maybank tau kot la kalau korang nak berbelanja kat sana. Tapi belanja apa ek? Masa aku pergi tu tak da apa pun yang menarik nak dibelanjakan. Hehe...
Cuma yang buat seronok kat pulau tu, aku bole nampak keadaan sekeliling pulau yang bersih dan pelbagai lukisan dinding dan rumah laut yang boleh dijadikan tempat bergambar. Memang cantik suasana pulau tu cumanya panas terik tu yang tak lalu nak berjalan jauh. Jangan lupa penuhkan bateri handphone atau bawak kamera sebagai ganti kalau bateri handphone korang kong.
Paling cantik ada rumah rainbow. Berpusing cari rumah ni semata-mata nak bergambar, nasib baik tak terlepas sebab dia membelakangkan aku waktu berbasikal.
Lagi satu aku nak ingatkan korang, bila sampai sana elok la korang alert tentang perjalanan bot pergi dan balik. Kalau tak, nanti jadi macam aku terpaksa menunggu hampir sejam untuk naik bot balik ke Pelabuhan Klang.
Masa tu la rasa nak terkucil, alahai terpaksa la pergi semula ke tandas yang jauh kat pulau tu. Masuk tandas tu plak tak da air, dan bau hancing serta kotor so terbantut la nak membuang. Jalan kaki semula ke jeti dan minta izin gunakan tandas dalam bot. Rupanya bole je gunakan tandas dalam bot tu, Haish penat ja berjalan panas-panas.
Kalau pergi aku duduk dalam feri berhawa dingin, balik pulak aku pilih nak duduk atas feri ambil udara laut segar. Tapi macam-macam pemandangan plak kat atas tu boleh aku jumpa. Ada pelancong yang duduk terkangkang la, ada yang berkepit la, senang citer macam-macam ragam la bole jumpa atas feri tu.
Paling best berselisih dengan Cruise, terus berangan ala-ala Titanic. Okay one day aku akan naik jugak Cruise impian tu. Inshaallah...
Sampai je Jeti Pelabuhan Klang semula, aku singgah makan petang sebab dah 2 jam kat pulau tu kebuluran dan kepanasan. Sempat lagi la berposing sakan kat replika ketam emas yang besar kat tepi pelabuhan tu.
Senang citer, aku rasa puas dan berbaloi la jalan-jalan kat Pulau Ketam tu. At least ada kelainan sikit cuti-cuti Malaysia kali ni. Aku rekomen korang pergi Pulau ketam ni sebab korang akan rasa enjoy dengan keadaan sekeliling pulau tu.
Okay la korang, dah banyak rasanya aku share so nak berhenti dah ni. Nanti aku story percutian yang lain plak ya. Jumpa lagi di lain keluaran.
Selamat Mengetam...hehe...!!!
Memang lawak...