/**/
Subscribe Twitter

Ais Kepal Bits & Bobs Ipoh, Perak


Sejuk bangat dong...


Kalau korang lahir tahun 70 dan 80an, mesti korang tau dan pernah makan ais kepal kan?. Bagi yang tak tau tu, bole la skodeng story aku kat bawah ni.



Ais Kepal Bits & Bobs  
99 Jalan Sultan Yussuf (@ Kong Heng Square)
30000 Ipoh, Perak

Rabu - Isnin: 10 pagi - 5.30 petang





Masa aku pergi dengan geng-geng dulu, punya la berpusing cari gerai ais kepal ni. Sudahnya penat kaki berpusing satu bandar tapi tak jumpa. Hampeh betol...

Kali ni aku nekad nak paksa famili dan kakak aku cari gerai ais kepal ni. Aduhai, rupanya aku dah lalu dah tempat ni hari tu cuma tak masuk belah dalam bangunan tu ja. Tu la kalau orang kata bukan jodoh kan, memang tak akan jumpa jugak. Kui-kui...




Sampai je kedai tu, aku tengok banyak barangan klasik yang disusun kemas. Cantik jugak deko kedai ni, semua barang lama dipamer kat situ.










Orang plak beratur panjang nak beli ais kepal dan jualan lain kat situ. Bila aku tengok penjual, aku ada rasa tak selesa kat situ tapi disebabkan nak rasa, aku jamah ja la ais kepal yang anak aku beli.




Bole tahan jugak la rasanya. Bila nyonyot tu ada la rasa sirap, sarsi dan ais. Sejuk sikit tekak yang kering dahaga tu. Lagi sejuk dan kebas tangan pegang nak tunggu habis sedut ais kepal tu. Haha...

Harga pun murah, berbaloi la dengan rasa. Korang bole singgah gerai ni kalau ke Plan B nanti. Rugi tau kalau tak rasa. ngeh-ngeh...




Sempat lagi aku posing keliling tempat tu yang ada menjual aneka barangan ala-ala barangan Thailand. Lagi best aku snap gambar area tempat lama ala-ala old school gitew. Cantik kalau buat pre-wed kat sini.
















Setel ja ronda keliling tu, kitaorang pergi Angsana Mall pulak semata-mata nak main bowling. Seronok sekali sekala beriadah beramai bersama anak-anak buah yang dah besar panjang. Memori indah katanyer...













Ok guys, sambung lagi di lain entry. Tata titi tutu...


Ais kepal ke milo kepal...?






















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak


Cantiknya pemandangan...


Ada lagi satu tempat yang aku dan keluarga pergi waktu bercuti ke Ipoh adalah Taman Rekreasi Gunung Lang. Kenapa nama tempat tu macam tu? Ada banyak helang ke?. Meh folo akak ketat-ketat kalau nak tau citer seterusnya.



Taman Rekreasi Gunung Lang
Off Jalan Kuala Kangsar,
30010 Ipoh, Perak.

Tel : 605-5063088
Fax : 605-2537396

Isnin - Khamis - 8pg - 12tghr / 1.30ptg - 7mlm
Jumaat - 8pg - 12tghr / 2.45ptg - 4ptg
Sabtu, Ahad, Cuti Umum - 8pg - 6.30ptg

Tambang Bot:
Dewasa - RM3
Kanak-kanak (3 - 12 tahun) - RM1.50
Warga emas (Atas 55 tahun) - RM1.50





Tempat ni akak aku yang sebok sangat nak pergi. Aku tak da la excited sangat sebab ingatkan setakat tengok burung helang or whatever. Rupanya bila sampai sana, semua lain dari apa yang aku fikirkan.







Parking kereta luas dan ramai plak tu masa aku sampai. Risau jugak sebab dah nak tutup dan hari nak hujan. Apa pun kitaorang cuba terjah je kalau sempat masuk ok la. Kalau tak sempat, tak da rezki la namanya tu.




Beratur panjang yang amat. Bot hanya ada dua je yang disediakan. Paling best bole plak aku mintak kitaorang nak naik satu bot. Sporting giler driver bot tu, sambil bagi sambil nyanyi dan borak dengan kitaorang sepanjang belayar dalam bot tu. Cewah, belayar la sangat kan? Hoho...



















Sampai je, tengok memang luas dan besar la kawasannya. Senang citer macam tempat riadah la. Ada juga disediakan basikal untuk disewa buat ronda keliling tu. Ada bangunan lama dan tempat peliharaan haiwan ala-ala zoo kecik.







Lenguh kaki dan mengah jugak mendaki 4 tingkat menara yang ada kat situ. Semua gara-gara anak aku la cabar aku naik menara tu. Ingat ibu diaorang ni tak mampu naik ke? Supermeed tau...hehe.










Selain tempat menarik tu ada jugak kolam ikan yang aku rasa memang ikan kat situ dibela kot sebab semuanya saiz besar yang amat. Takut plak tengok. Kalau korang nak bagi ikan tu makan bole la beli kat kaunter jual tiket, harga Rm1 ja.







Paling best sekali tengok keliling tu adalah warna kehijauan pokok sekitar tasik. Redup mata memandang, bersih persekitaran dan tenang jiwa.












Pemandu bot tu ada juga bagitau dulu atas bukit yang bertulisan gunung lang tu ada air terjun buatan tapi sekarang dah tak keluar airnya sebab rosak. Kalau tak, lagi cantik pemandangan kat situ.

Ok la korang, jumpa lagi lain kali. Jangan lupa datang Taman rekreasi Gunung Lang ni tau sebab tak rugi dapat tengok keindahan alam. Bayaran masuk pun berpatutan.




Tata titi tutu...!


Scary u...









































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO

Tambah Ilmu Di Shopee University Basic Class


Mencari ilmu selagi mampu...


Nak kongsi sikit story aku pergi Shopee University Basic Class. Best wei class ni walau pun pada awalnya aku macam 50-50 ja nak join. Class yang sempoi, Speaker yang ramah dan simple je, habis pun dalam masa 2 jam lebih ja dengan penerangan yang padat dan tak meleret.




Meh folo story aku seterusnya kalau korang kaki bisnes.



Shopee University Basic Class
Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Jalan Dato Suleiman, Taman Abad
Johor Bahru

Masa: 7 malam - 10 malam





Dah la class free tak berbayar, siap dapat makan free lagi, sedap plak tu. Memang tak rugi datang. Huhu...










Sesi penerangan dan sesi soal jawab semuanya berjalan lancar dan pantas. Siapa yang join Shopee University Basic Class ni berpeluang join intermediate class dan seterusnya. Semua dalam bahasa inggeris ya.




Paling best sekali, peserta dapat sijil di akhir pembelajaran. Wow hebat sangat ni. Belajar berapa jam je dah grade...haha.




Dapat jugak beberapa barangan free dari shopee seperti plastik bungkusan jualan dan angpow raya cina, tapi sampul angpow ja la ya, duit kat dalam letak sendiri. Ngeh-ngeh...







Rasa berbaloi la join Shopee University Basic Class ni. Semuanya dapat free. Yuhuuu....




Bila dah dengar penerangan tu semua, aku terfikir kenapa la dari dulu aku tak join shopee ni. Kalau tak dah banyak dah jualan bole dibuat.

Zaman sekarang ni kalau kita tengok orang berniaga tapi tak gunakan media sosial macam FB dan IG, memang kita akan rasa pelik. Lagi pelik kalau berniaga online plak tapi tak gunakan platform web e-commerce macam yang sedang meletop kebabom dan femes kat Malaysia ni, apa lagi kalau bukan Lazada dan Shopee.

Trafik kat 2 web tu tinggi, pastu mobile app Lazada dan Shopee tu antara top 10 app paling banyak orang download kat Malaysia selain app FB dan Whatsapp.

Tapi kan kekadang aku heran jugak sesetengah HQ halang agen-agen dia jual kat Lazada / Shopee, sebab katanya ramai orang buang harga kat sana. Rugi katanyer. Tapi pada aku la, kalau kita nak berbisnes, kita jangan tolak teknologi, cari jalan untuk atasi dan kembangkan bisnes tu.




Melalui pengalaman aku la kan sepanjang berbisnes ni, memang dah rasa penat sebenarnya menjual kot FB dan Whatsapp, sebab tu aku rasa seronok dapat join Lazada dan Shopee ni sebab lagi berbaloi rasanya. Dengan syarat pandai la menjual dengan harga yang sepatutnya.




Ok la ni ja yang dapat aku share kali ni. Jumpa lagi lain kali kalau aku attend class lain. Stay tuned guys! Daa...


Duit keluar dari PC la...huhu

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO