Semua tau IKEA kan? Nak bagitau sekarang IKEA dah ada kat tempat aku. Pembukaan rasmi pada 16 November 2017. Jom folo citer aku ni. Agak-agak menarik tak?
IKEA Tebrau
33, Jalan Harmonium 23/13
Taman Desa Tebrau
81100 Johor Bahru, Johor
Setiap hari 10 pagi - 10 malam (Ahad - Khamis)
10 pagi - 11 malam (Jumaat & Sabtu serta Cuti Umum)
Aku tak da la beria sangat nak pergi masa pembukaan IKEA ni. Dengarnya sampai ada yang sanggup beratur panjang sebab nak dapat pendaftaran ahli IKEA percuma. Mak ai..sanggup tu kan?
Diaorang jugak nak kod promosi ‘IKEATEBRAU17’ untuk dapat diskaun RM8 bagi dua perjalanan naik GRAB dari 16 November hingga 31 Disember 2017. Kad promo itu sah bagi perkhidmatan Grab di Johor Bahru ja.
Aku datang lepas seminggu IKEA di buka. Masih kosong dan lengang. RELA pun relax je jaga kawasan.
Ada jugak yang masih buat pendaftaran ahli tapi tak seramai masa awal pembukaan hari tu la. Aku hanya renew ja.
Kawasan kecil dan masih berserabut dengan barang yang bersepah dan staf pun tak ramai yang nampak. Aku rasa nak jerit je bila tengok budak kecik lari sana sini dan bising serta sepahkan barang. Ello..mana mak bapak korang ek? Tak kan pasal teruja sangat sampai tak dapat nak kawal anak. Adoyai...
Tapi kan korang, dalam pada aku risau barang jatuh semua tu berlaku jugak satu insiden yang aku sendiri buat. Tak yah la aku citer kat sini ek? Bagi suspen sikit. Yang pastinya adengan lucu bukan adengan menyeramkan dan menakutkan serta mengemparkan eh. Hoho...
Tak da apa yang nak aku story sangat pasal IKEA ni sebab tak da apa yang menarik. Sebelah tu ada bangunan belum siap dan dalam binaan, tak tau samada sambungan IKEA atau apa.
Paling best aku rasa IKEA Damansara jugak la. Seronok tengok perabut dan kekemasan susunatur. Cheras pun tak berapa nak menarik susunannya.
Cuba jugak nak makan meatball berhantu tu tapi bila tengok panjang sangat yang beratur, terus terbantut selera. Meh la kita pergi cari makanan lain. Huhu...
Ni ja la yang dapat aku citer pasal IKEA Tebrau, Johor ni. Kalau korang belum berkesempatan datang, elok jugak la datang sebagai meraikan tempat baru. Tengok sendiri ada kelainan tak dengan IKEA di Kuala Lumpur tu.
Jumpa lagi..daaa !!!