Alhamdulilah rezeki untuk penutup tahun 2017. Pn Blog menang hadiah cabutan bertuah uolls...! Amin...syukur sangat-sangat.
Season Optical
d75, Jalan Persiaran Tanjung
Taman Cempaka
81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 012-738 9667
Kalau korang masih ingat dulu aku pernah up citer beli cermin mata baru jenama Hammer. Seperti yang dijanji aku terima sms untuk hadir ke acara majlis cabutan bertuah pada 31 Disember 2017 yang lepas. Waa...hati berbunga-bunga nak pergi, mana tau ada rezeki dapat lagi sebiji kereta percuma. Hehe...
Pendaftaran jam 6 hingga 8 malam. Aku datang jam 7.45 malam. Mak ai, beratur punya la panjang untuk pendaftaran. Bila nak habis ni? Dalam terkial-kial tu pengacara umumkan tak perlu beratur lagi sebab semua resit akan dicampak dalam satu bekas besar bila dia sendiri pun tak larat nak tengok orang terlalu ramai macam ulat taik tu. Kahkah...
Aku memang dapat duduk kat depan pentas, tak kuasa nak berebut-rebut lagi. Bila cabutan dijalankan aku join sekali tepuk tangan dan sebagainya, saja meriahkan suasana. Ramai juga yang nama dipanggil tapi tak datang. Agaknya memasing malas nak menunggu lama dan bersesak tambahan pula esok hari persekolahan bermula.
Dek kerana leka main telefon dan kepala target dapat kereta (berangan sangat nih), tetiba geng aku kata, eh Idah, nama ko dipanggil la. Waaa...terkocoh kacah sekejap aku dibuatnya. Mana nak letak handphone mana nak suruh geng snap gambar. Haaa...kecoh sangat masa tu. Siap pengacara tegur, merah sangat lah Mak Ngah. Haha...
Masa naik pentas, aku siap seloroh cakap, alaa...nak kereta. Tapi dapat handbag pun jadi lah. Apa lagi bising sekejap kat atas pentas tu dek lawak aku dengan pengacara. Huhu...
Syok punya pasal nama di panggil dan dapat hadiah, sampai tertutup mata tu senyum. Muahahaha...Tq Aaron, Memey and team Season Optical...!!!.
Aku tunggu sampai majlis habis sebab nama geng aku belum dipanggil. Lebih kurang jam 12 malam majlis selesai yang mana seorang perempuan melayu dapat hadiah kereta axia basic berwarna putih tu. Rezeki anniversary katanya. Macam aku dulu rezeki besday. Walla...
Sebelum balik, sempat berbual mesra dengan staf Season Optical dan bergambar beramai-ramai, dah macam artis plak rasa. Sempat aku tanya, berapa harga handbag aku ni? Dia kata pergi cari kat kedai Carlo Rino. Kui-kui...
Sampai rumah, tak sabar tengok handbag baru (kiranya hadiah besday 2017) la jugak kan?. Dalam handbag tu ada tag harga. Wow RM699 tu..Huhu hepi giler rasa. Mau tak suka sebab bila tengok semula semua gambar handbag yang dipamerkan untuk cabutan, aku rasa handbag aku yang paling lawa dan praktikal. Carlo Rino ada 4 biji je, yang lain jenama Sembonia dan Guess.
Macam tau-tau je aku peminat tegar jenama Carlo Rino. Esoknya aku rasmikan bawak pergi kerja. Sampai ofis semua ucap tahniah dan bagitau handbag tu memang lawa. Serius cakap wei, handbag tu memang best. Ringan, isi barang banyak pun tak nampak gelembung, warna sesuai dengan semua baju dan paling utama jenama fevret akak, Carlo Rino...!!!
Lagi pun kalau beg yang jenis keras tu nanti aku malas nak bawak sebab berat. Simpan la jawabnya. Bila nak pakai sekali sekala dah terkopek sana sini macam handbag Carlo Rino aku dulu. Ruginya rasa beli beratus tapi tak puas pakai..
Ok la ni ja yang aku nak citer sebagai intipati penutup tahun 2017. Alhamdulilah syukur nama terpilih untuk menang acara cabutan bertuah di kalangan peserta ramai yang hadir pada malam tu. Semuga tahun 2018 lebih membawa keceriaan dan kejayaan untuk aku dan keluarga. Amin...!
Jumpa lagi di lain siaran. Dada didi dudu...!