Tadaaa...rasa belum lambat Pn Blog nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018. Semuga semua mendapat kejayaan dan kesihatan yang baik. Berjaya dan gembira di dunia dan akhirat.
New York Skin Solutions
8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah
81200 Johor Bahru, Johor
Masa: Setiap hari 10 pagi - 9 malam
Tel: 011-1773 6227
Projek awal korang di tahun baru ni apa? Meh la kongsi, kot la bole tiru aktiviti korang. Tak la bosan asyik buat aktiviti yang sama je setiap tahun.
Projek aku kali ni rawatan muka, maklum nak lebih awet muda, mesti lah usaha lebih kan. Tak yah botox segala bagai tu..terima ja apa yang ada sambil jaga dan belai la jangan kasi merajuk semua tentera yang ada kat muka ni. Hehe...
Macam biasa bila di panggil ke New York Skin Solution ni, aku memang dah agak, mesti diaorang akan pujuk sampai berjaya untuk kita teruskan rawatan di situ. Tapi macam biasa pujukan diaorang tak mungkin berjaya sebab akak lagi gangster dan pandai putar belit dari diaorang. Korang salah target orang la. Kahkah...
Bila sampai tu staf akan scan kulit muka kita. Setakat yang dia bagitau kulit aku tak da masalah dan bole dikatakan ok untuk usia yang macam aku ni. Gitew...
Setel tulis segala kenyataan yang diminta dalam borang, pilih jenis rawatan (anti aging, freckless, sensitif, dll), staf suruh masuk bilik dan guna kain yang disediakan. Tanggal baju sahaja ya. Kenapa cuci muka sampai kena tanggal baju, nanti aku bagitau.
Mula dia bersihkan muka aku dengan make up remover. Adey, aku ni tak pakai make up pun hanya celak dan gincu sajok. Dah napa nak pakai segala benda tu? Tapi ya la, orang dah nak buat tu, kita diam aje la. Lepas tu dia cuci muka aku dengan cleanser dan scrub keliling. Setel je dia tinggalkan sekejap dalam 5 minit.
Bila datang semula, dia sapukan masker dan suruh aku relax dalam 10 minit sampai masker tu kering sendiri. Mak ai, baru aku nak terlelap pelanggan sebelah dah berdengkur. Gila kuat ko berdengkur sampai kaco aku nak tido. Ceh...
Tak dapat aku nak tido hanya tutup mata je gara-gara pelanggan sebelah berdengkur. Sampai masa, staf datang dan cabut masker dan di sapunya krim pelembap. Waaa..manyak syok sebab sejuk ja.
Baru nak rasa best, tetiba dia pegang muka dan buang white & black head. Adoyai sakit giler kat hidung macam kena korek-korek ja. Seb baik la area tu je ada, kalau satu muka mau aku nangis. Haha...
Setel je staf tu sapu lagi lotion sejuk yang katanya vitamin E. Waaa...best betol macam ada aircond kat muka. Sambil tu dia urut bahu dan tengkuk guna krim yang wangi jugak. Haaa...ni la pasal sebab disuruh tanggalkan baju dan berkemban. Huhu...
Bila habis semua proses dalam masa tiga jam tu, aku pun diminta datang ke bilik rundingan yang aku pasti memang confirm nak suruh aku buat rawatan kat situ. 20 kali rawatan RM11,600. Diskaun jadi RM6,850.Tak payah hokay walau pun aku puas hati dengan rawatan yang dibagi tadi.
Pujuk lagi sampai turun RM580 untuk 10 kali rawatan tapi maaf aku tak nak jugak. Don paksa-paksa eh. Tak suka tau...Akhirnya dia mengalah sebab tak dapat pujuk aku.
Sebelum keluar dia bagi aku set rawatan muka. Nanti lah bila dah habis produk aku pakai sekarang, aku cuba produk New York ni plak eh. Kalau sesuai aku akan beli dengan korang, kalau tak, aku tak continue la ya. Jangan marah eh...
Apa pun aku puas hati dengan rawatan yang diberikan hari tu. Mungkin aku akan datang lagi sebab rasa sesuai dan serasi dengan kulit bila guna produk keluaran New York ni.
Keluar je dari buat rawatan, apa lagi pergi cari makan la. Lapo sudaaaa...
Ok la ni je yang nak aku story kan untuk projek awal tahun yang aku buat. Bole dikira menarik jugak la. Kui-kui...
Jumpa lagi sayang-sayang...bye !