/**/
Subscribe Twitter

Paradigm Mall Johor Bahru Terbesar Di Selatan Semenanjung Malaysia


Wow...


Tahun 2017 Johor Bahru banyak dirikan gedung beli belah yang mewah. Antaranya gedung beli belah yang akan aku citer kat bawah ni, apa lagi kalau bukan Paradigm Mall yang dibuka pada 28 November 2017. Stay tuned guys...



Paradigm Mall Johor Bahru  
Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor

Setiap hari 9 pagi - 10 malam

Tel: 07-231 3888





Aku jengah pun selepas hari ketiga pembukaan sebab aku ada kat KL masa tu. Tak sabar jugak nak tengok isi dalamnya yang kata bagus sangat. Tapi dalam masa yang sama hati dup dap takut sebab dulu katanya tempat ni berhantu sebab terbiar sekian lama. Wallahualam...

Sistem parking masih berterabur. Jem sana sini bila masing-masing driver tak nak mengalah dan beri laluan. Hampir-hampir aku rasa nak balik ja.




Kalau nak datang sini better bawak kereta auto sebab laluan kereta sebelah tepi tegak melurus tapi laluan kereta belah tengah berpusing-pusing macam laluan kereta kat Kenanga Wholesale. Korang bayangkan berpusing sampai tingkat 7? Tak pening ke? Huhu...










Masuk ja, memang ada rasa jakun jugak la sebab selain kawasan yang besar dan luas, dekorasi kat ground floor tu memang menangkap mata yang memandang. Ala-ala MidValley la kononnya sebab dikelilingi butik barangan berjenama dan mewah.

Selain zon shopping, ada hotel 4 star dan apartment brio residence kat sebelah tu. Bole la lepak sana kalau korang nak dan boleh shopping sampai pengsan. Sebabnya kawasan luas yang amat.

Sepatutnya pihak pengurusan buat la train macam Jusco KL buat tu jadi warga emas bole bersantai sambil tengok kedai. Korang tak kan jumpa bangku duduk ya sepanjang mall tu.




Paling best sekali banyak gerai makan area tepi mall. Macam-macam adooo...Subway, Marrybrown, KFC, Pizza Hut, Sushi King, Ayam Penyet Best, Starbucks, Baskin Robbins, Seoul Garden, The Chicken Rice Shop dan lain-lain. Aku lupa nak snap gambar sebab terlampau penat berjalan so mood nak bergambar non hado...




Kedai jenama terkemuka macam SPAO, Uniqlo, Harvey Norman, G2000, Cotton On, Celebrity Fitness, PADINI, Popular, KAISON, Adidas, Akemi-Uchi, Al-ikhsan dan lain-lain semua korang boleh jumpa kat sini.

Selain Parkson, korang bole nampak Home-Pro, Ice Skating, Panggung Wayang dan Indoor Rock Climbing Center. Memang best giler la sebab semua ada dalam satu tempat. Sesuai sangat untuk anak kecil sampai dewasa pilih mana-mana nak pergi ikut kesukaan masing-masing.




Sempat lagi aku tengok pertunjukan silap mata oleh mamat yang kononnya handsome kata pengacara tu. Korang rasa? Hehe...




Ok la, ni ja yang dapat aku share. Kalau korang belum pergi, elok la singgah sebab korang akan rasa hepi dan dapat relaxkan kepala yang serabut dengan stres dan sebagainya bila korang nampak barangan yang dijual sekitar mall tu. Memang menawan ongkos mau terbang.




Jumpa lagi di keluaran akan datang. Daa...


Muahaha...

























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO