Ada lagi satu tempat yang aku dan keluarga pergi waktu bercuti ke Ipoh adalah Taman Rekreasi Gunung Lang. Kenapa nama tempat tu macam tu? Ada banyak helang ke?. Meh folo akak ketat-ketat kalau nak tau citer seterusnya.
Taman Rekreasi Gunung Lang
Off Jalan Kuala Kangsar,
30010 Ipoh, Perak.
Tel : 605-5063088
Fax : 605-2537396
Isnin - Khamis - 8pg - 12tghr / 1.30ptg - 7mlm
Jumaat - 8pg - 12tghr / 2.45ptg - 4ptg
Sabtu, Ahad, Cuti Umum - 8pg - 6.30ptg
Tambang Bot:
Dewasa - RM3
Kanak-kanak (3 - 12 tahun) - RM1.50
Warga emas (Atas 55 tahun) - RM1.50
Tempat ni akak aku yang sebok sangat nak pergi. Aku tak da la excited sangat sebab ingatkan setakat tengok burung helang or whatever. Rupanya bila sampai sana, semua lain dari apa yang aku fikirkan.
Parking kereta luas dan ramai plak tu masa aku sampai. Risau jugak sebab dah nak tutup dan hari nak hujan. Apa pun kitaorang cuba terjah je kalau sempat masuk ok la. Kalau tak sempat, tak da rezki la namanya tu.
Beratur panjang yang amat. Bot hanya ada dua je yang disediakan. Paling best bole plak aku mintak kitaorang nak naik satu bot. Sporting giler driver bot tu, sambil bagi sambil nyanyi dan borak dengan kitaorang sepanjang belayar dalam bot tu. Cewah, belayar la sangat kan? Hoho...
Sampai je, tengok memang luas dan besar la kawasannya. Senang citer macam tempat riadah la. Ada juga disediakan basikal untuk disewa buat ronda keliling tu. Ada bangunan lama dan tempat peliharaan haiwan ala-ala zoo kecik.
Lenguh kaki dan mengah jugak mendaki 4 tingkat menara yang ada kat situ. Semua gara-gara anak aku la cabar aku naik menara tu. Ingat ibu diaorang ni tak mampu naik ke? Supermeed tau...hehe.
Selain tempat menarik tu ada jugak kolam ikan yang aku rasa memang ikan kat situ dibela kot sebab semuanya saiz besar yang amat. Takut plak tengok. Kalau korang nak bagi ikan tu makan bole la beli kat kaunter jual tiket, harga Rm1 ja.
Paling best sekali tengok keliling tu adalah warna kehijauan pokok sekitar tasik. Redup mata memandang, bersih persekitaran dan tenang jiwa.
Pemandu bot tu ada juga bagitau dulu atas bukit yang bertulisan gunung lang tu ada air terjun buatan tapi sekarang dah tak keluar airnya sebab rosak. Kalau tak, lagi cantik pemandangan kat situ.
Ok la korang, jumpa lagi lain kali. Jangan lupa datang Taman rekreasi Gunung Lang ni tau sebab tak rugi dapat tengok keindahan alam. Bayaran masuk pun berpatutan.
Tata titi tutu...!