/**/
Subscribe Twitter

Tambah Ilmu Di Shopee University Basic Class


Mencari ilmu selagi mampu...


Nak kongsi sikit story aku pergi Shopee University Basic Class. Best wei class ni walau pun pada awalnya aku macam 50-50 ja nak join. Class yang sempoi, Speaker yang ramah dan simple je, habis pun dalam masa 2 jam lebih ja dengan penerangan yang padat dan tak meleret.




Meh folo story aku seterusnya kalau korang kaki bisnes.



Shopee University Basic Class
Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Jalan Dato Suleiman, Taman Abad
Johor Bahru

Masa: 7 malam - 10 malam





Dah la class free tak berbayar, siap dapat makan free lagi, sedap plak tu. Memang tak rugi datang. Huhu...










Sesi penerangan dan sesi soal jawab semuanya berjalan lancar dan pantas. Siapa yang join Shopee University Basic Class ni berpeluang join intermediate class dan seterusnya. Semua dalam bahasa inggeris ya.




Paling best sekali, peserta dapat sijil di akhir pembelajaran. Wow hebat sangat ni. Belajar berapa jam je dah grade...haha.




Dapat jugak beberapa barangan free dari shopee seperti plastik bungkusan jualan dan angpow raya cina, tapi sampul angpow ja la ya, duit kat dalam letak sendiri. Ngeh-ngeh...







Rasa berbaloi la join Shopee University Basic Class ni. Semuanya dapat free. Yuhuuu....




Bila dah dengar penerangan tu semua, aku terfikir kenapa la dari dulu aku tak join shopee ni. Kalau tak dah banyak dah jualan bole dibuat.

Zaman sekarang ni kalau kita tengok orang berniaga tapi tak gunakan media sosial macam FB dan IG, memang kita akan rasa pelik. Lagi pelik kalau berniaga online plak tapi tak gunakan platform web e-commerce macam yang sedang meletop kebabom dan femes kat Malaysia ni, apa lagi kalau bukan Lazada dan Shopee.

Trafik kat 2 web tu tinggi, pastu mobile app Lazada dan Shopee tu antara top 10 app paling banyak orang download kat Malaysia selain app FB dan Whatsapp.

Tapi kan kekadang aku heran jugak sesetengah HQ halang agen-agen dia jual kat Lazada / Shopee, sebab katanya ramai orang buang harga kat sana. Rugi katanyer. Tapi pada aku la, kalau kita nak berbisnes, kita jangan tolak teknologi, cari jalan untuk atasi dan kembangkan bisnes tu.




Melalui pengalaman aku la kan sepanjang berbisnes ni, memang dah rasa penat sebenarnya menjual kot FB dan Whatsapp, sebab tu aku rasa seronok dapat join Lazada dan Shopee ni sebab lagi berbaloi rasanya. Dengan syarat pandai la menjual dengan harga yang sepatutnya.




Ok la ni ja yang dapat aku share kali ni. Jumpa lagi lain kali kalau aku attend class lain. Stay tuned guys! Daa...


Duit keluar dari PC la...huhu

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO