/**/
Subscribe Twitter

Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh, Perak


Wow sangat...


Kali ni nak share satu tempat yang rare. Nak tau, meh folo aku rapat-rapat. Jeng...jeng...jeng...



Tasik Cermin
Gunung Rapat, Ipoh, Perak

Kordinat: N4° 33.560′ E101° 07.210′





Masa jalan-jalan Ipoh hari tu memang ada niat nak pergi Tasik Cermin ni. Tapi terpaksa di cancel last minit sebab rasa seram plak nak pergi sana bila ramai yang kata tempat tu agak terceruk dan kitaorang plak semuanya perempuan. Takut dong jadi apa-apa nanti dalam hutan sapa nak tolong kan? Huhu...




Baru-baru ni kebetulan aku sekeluarga pergi rumah kakak kat Ipoh, apa lagi aku ajak diaorang pergi Tasik Cermin ni la. Ramai-ramai kurang sket rasa takut tu kan. Kakak aku pun tak tahu tentang kewujudan Tasik Cermin ni. Alahai la labu...




Masa kitarorang sampai tu hari nak hujan. Main redah je ni folo belakang sekumpulan pelancong China masuk dalam hutan tu. Nak parking ambil masa sebab keadaan jalan yang teruk. Jadinya kitaorang dah kehilangan pelancong tu semua. Apa lagi memasing tunjuk teror terus redah je masuk dalam hutan tu. Kecoh yang amat. Hahaha...







Aku nasihatkan korang bawak la kereta 4x4 atau naik motor ja la sebab jalan berdebu dan dan berbatu kerikil. Korang faham la kan jalan nak masuk ke kuari macam mana?. Sakit mata dan sakit hati tengok jalan tu.

Sampai ja, termenung kejap sebab tengok agak jauh jugak nak berjalan dari kereta ke pintu gua yang betol-betol terletak kat bawah kuari tu. Mencabar betol...!




Bole lagi kitaorang gelakkan kakak aku yang pada awalnya sakit kaki tapi hati cekal nak join terjah. Sampai plak tu, walau tercungap-cungap dan jalan macam siput. Terpaksa la kitaroang pun folo jadi kura-kura. Hahaha...

Tahniah la kakak berjaya habiskan jungle tracking anda. Hehe...




Tadaaa...dah jumpa pintu gua, apa lagi jom la masuk. Mak ai, seram nya masuk dalam lorong gua ni. Dah la gelap, bau pun tak enak untuk dihidu. Lebih kurang 50m kot nak sampai ke hujung tu. Hoho...







Anak aku buka lampu handphone dan aku plak buka payung. Masa ni la dok gelak lagi bila ulang tayang citer P.Ramlee. Naseb baik gelak sakan tu sampai tak jatuh sebab tanah dan batu tak rata, lecak plak tu. Haru betol, kotor kasut aku yang cantik tau. Hehe...







Sampai je tasik, rasa wow sangat sebab pemandangan sangat cantik. Tak sangka ada tasik yang cantik di sebalik gua yang menakutkan tu. Air tasik tu sangat tenang, warna hijau dan berkilat seakan-akan cermin. Ada sorang mamat tu cakap, kalau cahaya matahari terik, lagi cantik pemandangan tasik ni.




Ralit aku tengok keindahan tasik tu yang dikelilingi batu kapur dan panorama bukit dan hutan yang memukau mata memandang. Ceh berpuisi plak aku kali ni. Kui-kui...




Ada pelantar besi disediakan kat situ yang korang boleh guna untuk bergambar atau sebagainya. Sayangnya, tak da plak disediakan bot atau sebagainya. Kalau ada kan best, bole aku naik dan berangan jadi puteri tasik. Kih-kih...







Kitaorang tak lama kat sana sebab dah gerimis lagi pun ada tempat lain yang nak di terjah. Tapi hati rasa puas sebab dapat jugak jejakkan kaki kat Tasik Cermin tu. Tak rugi datang dari jauh semata-mata nak tengok Tasik Cermin tau. Ngeh-ngeh...




Masa nak bertolak balik turun bukit kuari tu, ada beberapa orang lagi berkumpulan nak pergi ke Tasik Cermin tapi nampak macam temangu-mangu tak tau nak tuju arah mana. Nak je aku tipu dan tunjuk arah yang salah tapi tak jadi. Kesian plak kalau datang jauh-jauh kena tipu dengan orang. Tak baik kan? Haha...




Kalau korang ada kelapangan dan pergi ke Ipoh, jangan lupa singgah Tasik Cermin ni. Tak rugi dan memang cantik pemandangan sekitarnya. Kalau cuaca panas terik lagi cantik tasik tu sebab betol-betol macam tengok arca dalam cermin ajaib. Huhu...




Ok ni ja yang aku dapat share untuk kali ni. Jumpa lagi di lain siaran. Daaa...


Apa cer nih...?












Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO