/**/

Pages

Subscribe Twitter

BigDaddy Family's Cafe, Johor Bahru


Rezeki sedulang...


Yuhuuu....lama tak citer pasal makanan kan? Korang nak tau tak story aku kat tempat makan yang best kali ni? Kalau nak, jom intai story ni sampai habis.



Bigdaddy Family's Cafe  
28, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru, Johor

5 petang - 2 pagi

Tel: 013-433 1204





Plan asal anak aku ajak lepak mamak tapi macam biasa aku tak da mood nak makan kat kedai mamak malam tu. Jalan punya jalan punya jalan (baca dengan nada P.Ramlee hokay..hehe), nampak lah satu kedai kecik ni. Apa lagi, jom kita terjah, Huhu...




Dari luar, nampak Cafe ni agak lain sket dari cafe biasa tengok, tu yang terpanggil nak lepak situ. Sampai depan cafe nampak macam unik..rare gitew..apa orang kata, ala-ala hipster...!




Ruang dalam cafe memang nampak lain dari cafe yang biasa kita pergi. Masa aku sampai tu tempat duduk agak terhad sebab dah penuh dengan pelanggan yang aku rasa dah tempah awal kot untuk buat sambutan hari lahir.




Siap ada kedai gunting rambut lagi dalam cafe tu...eh..eh...jaga sket eh nanti rambut terbang dalam makanan. Haha..jangan takut, aku saja melawak. Don wori, tempat tersusun kemas dan bersih. Senang kan, 2 in 1. Gunting rambut dan makan sekali harung. Huhu...







Staf pun ramah dan cekap jalankan tugas memasing. Cepat je oder kitaorang sampai.




Menu pun banyak. Western dan makanan melayu semua ada. Pilih saja lah ya. Servis tip top. Cepat dan pantas.
















Yang paling best sekali kat sini adalah air minuman yang disediakan. Korang nampak tak bendalah yang tinggi panjang tu. Haaa...agak-agak mampu tak habiskan sensorang sedut masuk dalam perut? Muahaha...







Kitaorang tak tau nak pilih makanan apa sebab lebih kurang je macam biasa punya makanan western. Last-last amek makanan satu dulang, hadap la 6 beranak. Dapat la air tower tu percuma. Sila melantak sampai kenyang. Hahaha...







Ada dua jenis hidangan dalam dulang tu. Western atau melayu. Korang tengok ja la kat menu yang aku bagi ni eh.







Landmark senang ja. Cafe ni betol-betol berhadapan dengan pusat Perodua BBU. Kalau korang tak tau nak pergi mana-mana, datang lah lepak kat sini. Tak menyesal punyer sebab korang boleh terus pergi menyoping kat kilang bateri plak.

Ok la nanti kita sambung tempat makan lain plak eh. Licin sudaaa makanan sedap sedulang nih.




Chow ching chong...!


Ni baru betol Big Daddy..huhu
















































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai