Hai korang, cer tengok tajuk ni, memang macam tak menarik langsung kan? Tapi bila korang dah sampai kat tempat ni sure korang akan rasa teruja dan seronok. Make sure kocek penuh eh bila datang sini.
Nak tau kenapa aku cakap macam tu? Meh folo aku rapat-rapat.
Bulatan Amanjaya
30200, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
Buka 24 jam
Tel: 05-501 9822
Akak aku bagitau Bulatan Amanjaya ni lebih pada tempat untuk orang buat aktiviti riadah macam joging, santai dan beberapa kemudahan untuk bersenam. Bulatan Amanjaya ni jugak dikenali sebagai Bulatan Casuarina, tempat penduduk setempat buat macam -macam aktiviti.
Waktu siang memang cantik dengan keindahan panorama dan kehijauan landskap tapi paling best dan menarik bila waktu malam. Ada air pancuran berirama dengan cahaya berwarna warni. Biasanya akak aku lepak sini waktu malam je. Syok katanya sebab angin sepoi-sepoi bahasa gitew.
Masa aku sampai tu dah jam 11 malam. Memang best angin kat situ. Sejuk ja rasa macam dalam aircond. Selain aku nampak kolam renang dan playground, yang paling menangkap mata aku adalah tempat sukan skateboard dan permainan berbayar untuk kanak-kanak dan dewasa. Haaa...sebab tu la aku suruh korang bawak duit banyak-banyak bila datang sini. Huhu...
Kawasan bersih sebab tak dibenarkan gerai menjual makanan kat situ sebab nak jaga persekitaran tempat terjamin. Selain tu ada guard yang jaga sekitar kawasan sebab tempat gelap macam tu kan, kemungkinan berlaku perkara yang tak sepatutnya mesti ada. Hati-hati...
Aku amek kesempatan naik basikal keliling taman, senang citer buat bulatan la. Setiap permainan RM25 untuk satu jam kalau tak silap aku. Paling best sekali bila naik motor dengan panglima bungsu aku. Enjoy giler rasa.
Kakak aku pulak, bole dia bersembang dengan geng mesyuarat tingkap dia yang dia baru kenal. Dasar terlebih peramah akak aku ni, semua dia bole ajak borak. Haha...
Aku nasihatkan korang datang awal sikit sebab jam 1 pagi diaorang dah tutup semua permainan kat situ. Ya la, diaorang pun nak balik rumah tido jugak kan? Hehe...
Ok ni ja yang dapat aku kongsi. Banyak betol tempat aku melancong luar negara yang tak sempat aku update. Doakan aku dapat buat dalam masa terdekat ni eh.
Jumpa lagi next entry. Dada didi dudu...!