Ni lagi satu tempat yang aku rasa bila korang baca tajuk memang tak rasa berminat nak pergi. Tapi kalau dah sampai sana, kaki korang macam dirantai tak mo balik rumah dah. Huhu...
Gerbang Malam - Night Market
Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee
30300 Ipoh, Perak
8 malam - 3 pagi
Tel: 05-208 3296
Sebut ja Gerbang Malam, semua orang Perak tahu sebab nama ja dah cukup gah untuk menggambarkan bandar Ipoh. Aku pun tak terkecuali, kalau pergi Perak, mesti akan datang sini. Walau pun sama dengan Bazar karat kat Johor ni, tapi bila dah ke tempat orang, confirm lain situasinya.
Korang boleh jumpa pelbagai gerai menjual pakaian, kasut, alat mainan, alat solek, perhiasan dan macam-macam lagi. Cumanya aku rasa yang sikit berbeza kat sini banding Bazar Karat Johor adalah gerai urutan refleksologi dan urutan kaki. Sesuai sangat lah tu, untuk sapa yang dah penat dan lenguh merayap sekitar tempat tu, bole la ambil khidmat urut kaki ni.
Ada jugak gerai rawatan resdung tapi aku tak sempat nak snap gambar sebab terlalu sibuk cari barang souvenir dan mata tak berhenti melilau tengok kiri kanan. Terbang fulus aku...haha.
Ada jugak beberapa gerai dan kedai minuman dan makanan, kot la kalau korang dah lapar bila keliling tempat tu cari jajan dan sebagainya. Siapkan ja la ongkos kalau ke Gerbang Malam ni. Semua ada apa yang korang nak. Bak kata orang veteran, mak bapak ja tak bole beli kat situ. Huhu...
Kalau nak pergi sana, elakkan pergi malam Jumaat, Sabtu dan Ahad sebab pelanggan lebih ramai dari biasa. Tapi aku tengok hari biasa pun dah ramai jugak. Nak berjalan pun berselisih punggung. Haha...
Setel merayap keliling, apa lagi, harus lah cari tempat makan dan minum. Perut dan tekak masing-masing dah menyanyi dah. Jom...
Ok jumpa lagi di lain siaran. Bye...!