/**/
Subscribe Twitter

Hidup Tanpa Media Sosial @ Waze


Waze di hatiku katanyer...


Korang...korang...nak tanya ni?. Kalau nak pergi ke tempat yang korang tak pernah pergi, korang guna aplikasi mana satu ya? Waze atau Google Map? Aku bukan sesaja ja tau nak buka topik ni kalau tak da kejadian yang berlaku. Nak tau tak? Jom folo sampai habis...



APLIKASI WAZE



Masa aku melepak ronda kat Klang, Selangor hari tu, macam-macam benda yang jadi. Aku lebih suka guna waze untuk panduan cari alamat dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, setel ja bergambar kenangan kat KISAS (Kolej Islam Alam Shah), target nak balik hotel yang hanya 15 minit ja perjalanan semata-mata nak tengok AJL.

Nak jadi hal punya pasal, masa ni la handphone kurang bateri. Geng yang lain pun sama. Masing-masing sumbat kat power bank memasing dan cas kereta tapi semua tak penuh-penuh.

Mula lah memasing pikir bukan-bukan sebab kiaorang baru lepas keluar dari Pulau. Haaa..mesti ada yang ikut dan nak usik kita la tu? Hahaha...dasar penakut sebab tu pikir memacam.

Alhmdulilah, handphone aku dapat dicas sikit dan kitaorang bergerak la ikut arahan yang katanya sekejap ja sampai. Tiba je depan pusingan istana, tetiba handphone mati. Uwaaa...camana ni? Semuanya dah kepenatan makanya otak tak boleh nak berfikir. Try jugak lalu sendiri ikut naluri kononnya last-last entah kemana tempat la yang kitaorang harung.

Berhenti kat simpang semula tapi satu handphone pun tak boleh digunakan. Masa tu dah 1 jam kitaorang lepak kat tepi jalan tu...Membazir masa dan minyak kereta betol...haish...!




Last-last aku terfikir nak on laptop dan cas guna bateri yang berbaki kat laptop tu. Sama jugak semua tak bole digunakan. Tak tau nak salahkan benda apa yang menyakat kitaorang ni. Terpaksa jugak aku guna google map tapi ya ampun memang tak menjadi. Menyongsang bagai. Hari dah gelap memang huru hara la jadinya. Hangin betol...

Aku terfikir nak lepak kedai mamak dan pinjam cajer atau cas kat mana-mana ceruk dalam kedai tu. Sambil tunggu kitaorang bedal roti canai. Giler wei dah kul 10 malam dok membaham roti canai dan nescafe tarik. Walla...

Tunggu punya tunggu, tak naik jugak bateri handphone ni. Dalam menunggu tu ada plak satu kejadian sorang budak lelaki India duk terjatuh sebelah aku sebab tekanan darah rendah. Seb baik tak jatuh atas riba akak tau. Kuang-kuang...

Memandangkan dah terlalu lama kat luar tu, aku dengan selambanya mintak tolong budak India kat situ mintak tolong dia buka waze dia dan aku belek betol-betol jalan menuju ke hotel.

Akhirnya, setelah menggunakan kuasa visual aku ni, sampai lah jugak kitaorang kat hotel. Bole bayangkan tak, sepatutnya dari KISAS ke hotel hanya 15 minit tapi kitaorang ambil masa 2 jam nak sampai ke hotel. Nak tengok AJL pun rasa dah malas sebab dah kepenatan badan dan otak.




Ni la kalau segalanya dikuasai aplikasi mudah alih sekarang ni. Jadi otak tu tak berkembang dengan jaya. Bergantung sangat dengan waze sebagai petunjuk arah, gini la gamaknya yang jadi. Memang tobat betol la. Esok elok la plak handphone ni berfungsi adoyai...!

Ni ja la aku nak bebel...saja ja bercerita sebab aku rasa ada jugak antara korang yang baca citer ni pernah terkena macam aku ni. Tapi bila ingat semula, memang gelihati pun ada, marah pun ada...haha!




Ok guys, jumpa lagi di lain keluaran. Tata titi tutu...!!!


Ngantuk cari jalan...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO