/**/
Subscribe Twitter

Konsert Gegar Vaganza Musim 4 Final 2017


Mantop seyh...


Walau pun cerita ni dah berlapuk tapi aku tetap nak tulis jugak sebab ni salah satu kenangan sepanjang tahun 2017.



Gegar Vaganza Musim 4 Final
Pinewood Iskandar Malaysia Studios  
1, Persiaran Layar Perak
79250 Nusajaya, Johor

Tel: 07-560 1888





Macam semua sedia maklum, konsert gegar vaganza musim 4 final diadakan di Johor so memang aku tak lepaskan peluang la nak pergi tengok live.




Sampai ja parking dah penuh dan terpaksa berjalan jauh. Adey nak buat macam mana kan? Nasib la labu...




Siap ada buat jualan lagi kat tepi studio tu. Hmm..tapi tak rasa nak beli pun sebab tak bole nak masuk tekak. Ngeh-ngeh...




Sekali tengok orang dah ramai beratur. Eh.. eh... napa tolak-tolak dan tak ikut barisan ni ek? Aku rasa dekat 2 jam jugak drama beratur tolak menolak jerit pekik semua tu berlangsung. Mengalahkan kanak-kanak ribena memasing tu. Haish...




Pihak pengurusan pun patutnya alert la benda macam ni. Ada guard dan RELA pun tak berfungsi, masing-masing salahkan pihak pengurusan. Ello.. kitaorang bayar mahal hokay, beratus ringgit sorang tau, tak kan la korang layan macam ni? Rasa nak bagi penumbuk je sebijik. Tapi sempat lagi posing. Haha...










Bila dibenarkan masuk dalam dewan, lagi la rasa hampeh. Dengan kerusi plastik dan tak ikut aturan kedudukan, adoyai teruk betol la pihak pengurusan buat kerja. Ni kalau orang depan berdiri memang orang belakang tak nampak apa la berlaku kat pentas tu. Nampak habuk jer...




Sebelum konsert bermula sempat lagi aku pergi buang hajat kecik sebab sejuk sangat dalam dewan tu. First time terpaksa rela guna toilet bergerak tu. Gelap ya ampun dalam tu sampai aku guna lampu hp. Seb baik RELA bagitau cara nak guna air dalam toilet tu...huhu.




Nasib baik aku pilih bahagian belakang sekali jadi boleh la aku lari sana sini kalau rasa tak nampak. At the end, aku pilih duduk kat tangga pentas sebab lagi nampak jelas tak payah panjangkan leher macam unta sebab orang depan kekadang tak reti bahasa macam tempat tu bapak dia yang punya dan macam ko sorang ja bayar. Pirahhhh....







Syok jugak duduk kat pentas belakang sebab bole nampak semua sambil makan roti dan minum air. Giler lapar wei dari jam 8 sampai 12 malam baru habis.







Seronok dapat tengok gelagat Nabil, Jihan dan Vida. Comel ja Dato Vida ni. Tak da la gemuk mana pun. Kih-kih.




Memang lain kalau nak dibandingkan dengar kat TV dan live, power dia lain macam beb. Enjoy sangat.




Macam yang aku jangka, memang Aishah akan jadi juara sebab gedik lebih malam tu. Haha...




Bila habis ja cepat la aku keluar sebab tak nak berebut dan perut dah rasa lapar sangat. Singgah kedai makan. Sampai rumah muntah teruk sebab dah masuk angin. Badan panas terus demam dua hari. Wakakaka.... penangan gegar vaganza sangat nih.





Ok tu ja nak share untuk kali ni. Jumpa lagi di lain siaran. Bai...



Memang lawak...















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO