Morning uolls...jom ikut aku jalan-jalan cari makan lagi. Tapi kali ni agak jauh sikit la. Meh folo dekat-dekat...!
Restoran Kari Kambing 40 Hari
215, Kg Hj Ghafar, Bt 51/2
Jalan Yong Peng
83730 Yong Peng, Johor
Setiap hari: 7.30 pagi - 3 petang
Phone: 019-627 2243
Mesti korang pernah dengar nama restoran yang aku sebutkan kat atas ni kan? Haa...nak tau kenapa nama restoran tu Restoran Kari Kambing 40 hari? Kalau nak tau, korang kena la pergi tanya owner tu sendiri ek sebab aku pun tak tau. Hehe jangan marah nanti kena jual...!
Kalau korang ulang alik kat highway utara selatan, korang mesti akan nampak sebesar-besar signboard tu dari highway. Kalau dari Johor nak ke Kuala Lumpur, korang kena masuk tol Air Hitam. Lepas tol korang ke kiri macam nak ke Batu Pahat. Lampu isyarat simpang 4 tu korang amek kanan arah ke Yong Peng. Terus dan terus sampai la korang akan nampak signboard restoran ni.
Dari jauh dah nampak berderet kereta so don wori korang tak kan tersesat. Dijamin 100%.
Masa sampai tu terkejut jugak aku sebab ramai sangat orang kat situ. Gasak la beratur panjang sampai tak cukup ruang. Walla...sedap sangat ke ek?
Kat situ, korang di beri pilihan samada nak beli atau makan di pinggan atau dalam dulang. Kali pertama ni aku cuba makan dalam pinggan dulu la. Kalau tak silap harga RM13 kot. Aku jarang makan kambing sebab hanyir tapi kali ni aku cuba la nak makan kambing. Kata pun restoran kambing so mesti lah cuba kambingnya kan? Hoho...
Pertama kali aku sampai sana, aku makan sepinggan je. Biasanya aku makan tak habis sepinggan sorang tapi kali ni aku boleh plak hadap sampai habis sepinggan tu. Memang best tak bau hanyir langsung. Aku memang rekomen la korang makan kat restoran ni. Gerenti tak rugi dan berbaloi dengan duit yang dikeluarkan.
Kalau nak bungkus, korang bole ambil sendiri bekas yang disediakan kat tepi restoran tu. Kaunter bayaran pulak disediakan di hujung sekali biar tak mengganggu suasana tempat makan.
Dari segi kekemasan dan keramahan staf agak tak berapa nak puji. Tak nak komen lebih, korang datang la sendiri dan perhati ya. Dek kerana terlalu ramai pelanggan, tokey restoran kena guna pembesar suara untuk beritahu pelanggan nak pilih makan dalam pinggan atau dulang sebab beratur di line yang berasingan.
Kawasan pulak agak sempit dan tak teratur susunan kerusi meja. Yang datang kat situ pulak aku tengok masing-masing macam dah kebuluran Afrika, tak reti menyabar untuk cari tempat duduk dan makan. Ada jugak yang makan macam orang tak bertamadun. Bersepah sana sini. Buang sampah merata-rata. Malu je rasa bila aku terpandang beberapa foreigner dok perhati je gelagat diaorang dan mengata.
Tempat basuh tangan pun walawei, kotor dengan minyak dan sisa makanan. Tak boleh dah nak tolong macam mana nak ubah sikap orang. Surau agak kemas. Toilet plak kalau boleh, tambah la lagi sebab hanya ada 2 je toilet yang digunakan dan tak dapat menampung orang ramai yang datang. Terpaksa beratur hokay. Apa pun thumbs up untuk toilet yang bersih dan wangi.
Kalau korang nak duduk bersila pun ada disediakan tempat yang besar dan luas. Ni kalau nak makan pakai dulang memang sesuai la. Kalau bawak anak kecil dan jumlah famili yang ramai, aku suggest korang duk bersila la kat ruangan ni.
Kali kedua aku datang lagi dengan famili dan kali ni cuba ambil hidangan dalam dulang plak. Sedulang RM48 dan free satu jag air sirap. Kitaorang pilih kambing, daging dan ayam. Senang ikut tekak memasing. Hadap la lima beranak makan sampai kenyang. Sempat lagi bergambar sekitar restoran sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.
Kali ketiga plak dengan geng bas sekolah. Kali ni pun kitaorang pilih hidangan sedulang dan makan berjemaah. Sedap wei kalau makan rebut-rebut ni. Terasa macam makan rebut-rebut zaman sekolah dulu. Rindunya masa remaja...!
Aku sarankan korang datang awal sebab biasanya waktu tengahari memang penuh dengan orang dan makan mesti tak berapa nak tenang. Masa ni keadaan hiruk pikuk dan kelam kabut memandangkan ruang makan yang disediakan sangat terhad dan rapat antara satu dengan yang lain.
Aku rekomen korang datang makan sini sebab nasi banyak, lauk kambing tak hanyir, daging lembut dan ayam pun besar. Sangat puas hati sebab kenyang yang amat.
Ok korang, jangan lupa singgah tau kalau korang lalu kat situ. Aku jamin korang akan repeat lagi kalau dah rasa sekali. Tata titi tutu...!!!