/**/

Pages

Subscribe Twitter

Selesa Menginap Di Hotel Merrida, Klang

Berbaloi dengan harga...

Morning kesayangan hamba semua...dah breakfast ke belum? Citer pasal sarapan ni teringat plak kisah bersarapan di Hotel Merida ni. Nak tau lebih lanjut, meh folo akak dekat-dekat...!



Merrida Hotel 
No.18A, Lebuh Enggang off
Persiaran Sultan Ibrahim
41050 Klang
Selangor

Phone: +(60)3 3344 8833

Email : reservation@merridahotel.com

Superior Room - RM129.66 per night





Keadaan persekitaran kat luar hotel ni agak sunyi sebab terpencil sikit dari kawasn bandar. Kalau tak betol-betol mencari, memang agak susah nak jumpa. Sila guna waze atau yang sewaktu dengannya ya kalu korang tak mo tersesat.




Aku nampak satu bangunan yang runcing dalam pembinaan, nampak cantik tapi kalau aku la memang takut nak duduk dalam bangunan macam tu huhu. Kalau korang, korang berani tak lepak dalam bangunan runcing macam tu?




Kawasan dalam hotel ni terutama bahagian lobby agak menarik dengan hiasan dan kekemasan susunatur perabot yang kelihatan mahal harganya. Ni jangkaan aku la, tak tau la kalau korang tengok maybe korang rasa harga biasa-biasa je.










Macam kebiasaan hotel, laluan ke bilik agak luas dan berkarpet. Ada sikit bau asap rokok. Bila masuk dalam bilik masih melekat bau rokok tu. Kata je tu floor non smoking. Ishh...geram betol rasa terpaksa hidu bau asap.




Mulanya aku nak tukar bilik lain tapi fikir balik malas la plak nak menapak lagi. Harap-harap bau tu akan berkurang la bila aku sembur perfume aku ni. Hehe...




Katil memang amat selesa bole bergolek-golek kat atas tilam empuk tu. Kiranya complete la ada sofa untuk duduk dan meja untuk letak laptop senang aku nak buat kerja.










Macam biasa aku akan cari strika dan hair dryer dulu. Ok semua keperluan tu ada. Seronoknya rasa, senyum sampai hujung telinga, wakaka...







Bilik air pun besar dan bersih. Toileteries lengkap dan tempat mandi berasingan.










Paling win sekali adalah pintu bilik air ni. Dah rasa macam duduk kat rumah kampung plak.





Di sebalik pintu ada almari pakaian dan tempat menyimpan strika. Waaa...senang gilos, lepas mandi terus bole pakai baju, tak payah nak hangkut bagai baju masuk dalam bilik air. Silap-silap jatuh dah basah baju tu.




Bab sarapan pagi pun first time aku jumpa servis hotel macam ni. Duduk je, diaorang bagi menu untuk kita pilih. Dah macam ala-ala kat restoran plak ada mintak order bagai.




Apa lagi, order ja la makanan yang aku rasa nak telan. Pepagi hari mesti la lapar wei. Lagi la jarang nak turun bersarapan, jadi bila dah turun tu hadap sakan la semua yang disediakan tu. Hehe...










Persekitaran Coffe House sangat bersih dan tersusun kemas. Staf pun ramah dan sedia membantu kalau kita perlukan apa ja bantuan even dalam keadaan diaorang tengah busy prepare apa pun.






















Memang syok la lepak hotel ni. Tak rugi rasa bayar hotel ni sebab harga berpatutan dengan servis dan keadaan yang selesa. Aku rekomen korang stay hotel ni kalau korang ke Klang.




Okay uolls, ni ja yang dapat aku share, ingat tau, kalau ke Klang jangan lupa lepak kat hotel ni. Bye...!!!


Mana nak cari hotel ni ek?...haha
















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai