Hai korang...lamanya kita tak bersua di alam maya ya? 3 bulan kot rasanya aku tak menulis. Pasal apa la agaknya kan? Padahal banyak je citer yang nak di storykan. Busy atau malas? Hehe...
Kajian Klinikal Anti Kedutan
Untuk pembukaan kali ni, aku nak share citer ringkas ja. Bila ringkas, akan cepat habis penulisan tu sebab bahan sikit ja. Nak layan baca tak ni?
Hari tu UTM ada warwarkan pada sesiapa yang nak join untuk jadi testimoni produk kulit anti kedutan yang akan dikeluarkan oleh IBD UTM. Keutamaan akan diberi pada individu yang berumur 40 tahun ke atas.
Apa lagi, aku dan kekawan cuba nasib la pegi interview (gitew ada interview bagai macam nak mintak kerja plak). Kami pergi bertiga tapi yang lepas hanya aku dan sorang lagi (40 dan 50 tahun). Sorang lagi yang 30 tahun tu tak lepas.
Tiba lah masa yang dinanti. Kitaorang pergi ke makmal yang disediakan untuk dijadikan bahan ujikaji. Gerun pun ada sebenarnya...haha.
Ada 2 orang Doktor dan Penyelidik dari Seoul, Korea yang akan buat ujikaji selanjutnya pada kulit kitaorang.
Awalnya, kitaorang diminta bersihkan muka dari sebarang alat mekap dan sewaktu dengannya (kira muka suci dalam debu haha). Lepas tu kitaorang diberi sedikit taklimat dan persetujuan serta syarat-syarat untuk menyertai testimoni ni.
Setel tandatangan surat perjanjian, aku diminta pergi ke bilik sebelah untuk memulakan rawatan dan ujikaji tahap kehalusan kulit dan sebagainya. Alhamdulillah kulit aku tak da masalah cuma ada kedutan sedikit di bahagian hujung mata. Alaaa biasa la tu, kalau dah berumur memang akan ada la kedutan tu cuma bezanya sikit atau banyak ja.
Pertama sekali, Doktor tu menggunakan pencukur untuk mendapatkan sel kedutan kat hujung mata. Kemudian aku diminta tekapkan muka ke mesin pengimbas untuk mengetahui tahap kelembapan kulit dan yang sewaktu dengannya.
Selesai kat situ, Doktor suruh aku baring dan dia tekap plak muka aku dengan pelekat apa ntah lepas tu dia suluh dan catit kat laptop masing-masing. Pasrah ja la ya bila muka dah jadi bahan ujikaji. Nak sangat kan? Hambik...redho ja la...haha.
Sebenarnya, diaorang tak bagi pun ambil gambar dan upload kat media sosial tapi aku pilih yang tak sensored la untuk post dalam ni.
Aku diminta gunakan serum anti kedut yang diberi dan dilarang pakai serum anti aging yang lain selama 4 bulan bermula Ogos. Siap kena catit kat kertas yang dibagi bila aku dah tepek kat muka aku ni. Siang dan malam hokay, jangan skip. Huhu...
Serum tu plak dibahagi pada 2 bahagian. Kita kena sapu kat muka sebelah kanan dan kiri menggunakan serum yang berbeza. Aiyoo...jangan la jadi macam-macam plak nanti kulit ni. Hilang nak lawa jadi tuuuutttt...Uwaaa!!!
Setiap bulan kitaorang akan diminta hadir untuk Doktor Korea tu cek semula kulit muka kita untuk tahu keberkesanan serum yang diberi. Setakat aku dah guna hari-hari selama seminggu, macam ok la serum ni. Lepas ni bole la jadi Duta Produk UTM plak...hahaha.
Siap buat lawak dengan Doktor Korea tu bila di akhir rawatan, aku cakap kamsahamnida kat dia dan nampak muka dia hepi sebab tak sangka aku bole cakap macam tu kot. Haaa..tak sia-sia layan citer Korea selama ni tau. Huhu...
Ok la korang, nanti kalau dah selesai 4 bulan, aku update lagi ya keputusannya. Stay tuned guys...bye !!!