Korang agak-agak apa benda kat atas tisu tu? Cer tengok betol-betol....
Actually aku tak berapa berkenan nak makan kat warung atau tempat yang tak berapa nak bersih. Bukan ngengada tapi aku agak terkilan sket bab kebersihan tu. Kat kedai ni dah 3 kali aku kena. Mula tak nak pegi tapi tak nak di cop ngengada dan nak layan kawan so folo ja la mana diaorang nak.
Pertama kali aku kena ada ulat dalam mee hun. Kedua ada lalat dalam mi hun. Ketiga ada ulat dalam nasi goreng ikan masin ni. Bila aku tegur, owner kata tu nasi hangus. Wei, takkan la aku dan kekawan tak kenal mana nasi mana ulat. Please la...
Dah la tak say sori, bole plak nak ajak berdebat. Kalau aku owner, aku dah say sori dan pulang duit semula. Baru sekarang geng aku semua faham kenapa aku tak suka makan tempat macam tu. Kat mamak pun aku seriau jugak tapi layan kan ja member. Kalau sorang semata-mata nak lepak dan minum memang tak la.. huhu.
Tengok dari pemakaian dan persekitaran pun dah tau macam mana kebersihannya. Sebab tu pentingnya owner dan staf menjaga penampilan dan pemakaian diri sebab tu semua melambangkan keperibadian seseorang.
Aku memang cerewet bab pilih tempat makan. Aku akan tengok keadaan staf dan tempat keliling. Macam tempat ni memang aku tak berapa suka dan tak masuk dalam senarai. Pertama staf semua tak jaga penampilan, agak selekeh. Tempat makan berlalat dan semua lauk dihurung lalat. Tak faham kenapa pihak terlibat bole lepaskan owner macam ni. Aku ni memang sejenis yang suka cakap depan dan pernah tegur tapi nampaknya tak da perubahan dilakukan. Sukati la wak...sendiri pikir la kan.
Ingat ya kekawan, kalau korang buka kedai makan, sila pastikan beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan. Selain makanan dan minuman, kerusi meja, sudu garpu, kerusi meja semua perlu di ambil kisah kebersihan dan jangan ambil mudah. Ada yang dah berkarat dan bertahi lalat sampai nak duduk pun geli.
Pelanggan bayar dan cuba letakkan diri korang sebagai pelanggan, confirm korang pun nak dapat benda terbaik untuk korang kan sebab semuanya dibayar dengan duit bukan air liur. Berniaga la secara jujur dan ikhlas bukan sambil lewa dan asal boleh ja.
Jumpa lagi di lain coretan. Dada didi dudu...