/**/

Pages

Subscribe Twitter

Minum Petang Di Kluang Rail Coffee


Memang sedap kopi kat sini...


I'm back...lama dah tepu otak ni dibuatnya dek kerana tak menulis. Semua kerja tak menjadi sebab macam ada yang tak kena je. Rupanya dah lama tak hapdate blog yang dah bersawang ni.

Bila petang hari ni, rasa lapar dan haus menghantui diri sebab hujan. Ni kalau dapat secawan kopi dan nasi lemak sedap jugak ni. Berasap wei...

Tup-tup teringat citer yang tak ditulis lagi pasal minum kopi ni. Meh folo aku, aku nak story mory sket pasal mengopi ni.



KLUANG RAIL COFFEE
Jalan Stesen | Kluang Ktm Komuter Station
86000 Kluang

Tel: +60 7-773 8391

Waktu Perniagaan: Jumaat - Sabtu (7 pg - 12 tghr),
(2.30 ptg - 6 ptg)
Khamis Tutup





Bagi sapa peminat tegar kopi, aku cadangkan korang pergi lah ke Kluang Rail Coffee. Memang mantop dan menyengat haruman dan rasa kopi pure dia tu. Aku ni nama ja anak jati Johor tapi tak pernah sampai pun Kluang. Hoho...


Aku sengaja datang petang-petang lepas ronda satu Kluang semata-mata nak basahkan tekak dengan kopi viral tu katanyer. Masa mula sampai tu, aku rasa macam, eh...betol ke ni tempatnya? Selain penuh dengan orang bersesak-sesak dan tempat duduk tak da yang kosong, kawasan tu agak kecil dan berserabut nampak.






Apa lagi, tengok orang rebut-rebut tempat duduk, aku pun join sekaki la, suka rebut-rebut tempat jugak. Sapa cepat dia dapat. Haha...


Duduk belah tingkap dan boleh nampak keretapi lalu. Dari segi kebersihan kawasan, aku bagi B. Duduk berhimpit dan huru hara dengan staf dan pelanggan. Tapi aku respek la kat staf sebab diaorang ni mampu kawal keadaan dan dapat jalankan tugas dengan baik.






Waktu oder dan dapat makanan memang bole dipuji sebab agak cepat la. Tapi bukan semua yang kita order dapat sekaligus. Harga makanan dan minuman kat sini memang murah dan sedap plak tu. Aku tepek gambar ja la eh, malas nak tulis panjang-panjang kat sini. Lagi senang korang nak refer. Dek murah yang amat, aku pun order apa ja yang tekak aku terasa nak telan. Salute kat diri sendiri hari tu sebab aku mampu habiskan semua makanan yang di order. Huhu...









Makanan dia semua dibungkus dalam kuantiti yang kecik so senang la korang habiskan sekali hadap ja. Tak ada istilah membazir kat situ. Aku rekomen korang makan apa yang aku order tu semua. Roti bakar, cucur bilis, nasi lemak, laksa Johor dan telur separuh masak semua best dan menyelerakan. Paling best sekali telur separuh masak dia tu. Wow sangat.





















Aku oder kopi panas. Memang sedap sangat wa cakap lu kopi dia ni. Masa menulis ni pun aku bole teringat lagi kepekatan dan kemanisan kopi kaw-kaw tu. Mantop seyh...






Bila dah kenyang, sila bangun cepat-cepat ya, sebab ramai lagi yang beratur menunggu tempat. Jangan pentingkan diri dah habis makan, ko nak berjemaah berborak plak kat situ macam ada satu famili ni buat. Haish tak perihatin betol la...


Aku amek peluang ronda dan bergambar keliling stesen keretapi tu. Sempat bergaya kat pondok talipon lama kat situ. Zaman kolej selalu guna telefon gantung ni untuk bergayut. Memori daun pisang sungguh. Muahahahha...












Ok korang, ni ja la yang dapat aku share. Kalau korang datang selatan ni, jangan lupa singgah Kluang Rail Coffee ni tau. Sedap yang teramat. Jumpa lagi, dada didi dudu. Selamat mengopiiii uolsss...!



Kopi ni dari n**** aku nih...hoho









Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai