Wah mesti dah ramai balik kampung kan? Maklum cuti raya cina seminggu, mesti anak-anak ajak balik jumpa atok nenek. Iolls tak da kampung dan anak-anak pun dah tak da atok nenek so kita duduk diam-diam aja la kat rumah ya. Hehe...
Meh baca coretan aku ni kalau uolls free...dah bosan sebenarnya ni. Kerja kat ofis dah siap. Ramai plak yang cuti so tetiba ada idea nak mengarang, jadi lah story nih.
Rangkaian Produk Safi Dermasafe
Macam aku cakap dulu, aku ni memang pengguna setia abadi gitu pada produk safi. Tapi dek kerana banyak ja produk baru yang keluar, aku lepaskan sekejap produk safi aku tu, konon alasan safi balqis tu untuk muda remaja. Tapi aku try untuk umur aku ni safi rania tu, tak boleh la plak. Habis melelas semua kulit dah macam ular bersalin kulit. Eeee....
Bila keluar produk baru safi yang terbaru ni, terdetik lah hati nak try, kot la memang sesuai dengan aku. Tak semestinya produk berharga mahal tu sesuai dengan kita. Tak payah nak eksyen sangat guna produk ratus ribu riban dan kejar jenama tapi muka rosak.
Biar murah janji sesuai dengan kulit kita. Penerimaan tiap individu tak sama hokay. Jangan suka meniru, nanti sendiri terima padah. Ikut kuantiti poket dan keserasian diri tu dah cukup.
Biasanya kalau aku nak mencuba produk baru, aku akan beli set trial dulu. Ya la korang, buatnya tak sesuai dengan kita, tak ke bazir namanya tu? Kalau murah tak pa, ni mahal harganya. So kalau siapa-siapa nak buat produk tu, mohon adakan set trial dulu ya, jangan paksa orang beli yang beso-beso dulu tau. Kesian kan lah mereka yang kurang berkemampuan tapi masih nak bercantik-cantik. So bagi peluang ya founder-founder sekelian.
Setakat aku dah try semua produk safi dermasafe ni, rasanya sesuai dengan aku dan aku rasa selesa. Tapi serum, aku still guna produk Hai O. Memang best serum Hai O. Nanti ada masa, aku review produk Hai O plak ya. Meh skodeng review aku untuk tiap produk safi dermasafe ni.
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
RM 19.90 (100 g)
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care
RM 28.90 (150 ml)
Terdapat 2 jenis pencuci muka. Jenis mousse dan gel. Aku prefer yang gel sebab rasa lebih bersih ja. Mousse tu macam lembut sangat ja rasanya. Kalau korang nak guna dua-dua jenis pun tak berdosa ya. Ekekekek...
Guna safi dermasafe mousse pada waktu pagi dan safi dermasafe gel pada waktu malam. Haaa..adil kan? Dua-dua dapat guna.
SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh
RM 39.90 (100 ml)
Yang ni paling aku suka. Pengganti toner dan senang citer boleh jugak jadi penganti primer. Boleh mengekalkan solekan. Bila sembur tu rasa segar dan nyaman ja. Paling best sekali, bole guna kalau uolls rasa menagntuk tengahari tu. Haaa..hambek ja dan sembur kat muka, terus hilang rasa ngantuk tu. Tak caya ke? Kalau nak caya, beli cepat dan cuba spray sendiri. Confirm ngantuk tu lari jauh-jauh. heeee...
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
RM 35.90 (50 g)
Aku suka guna pelembap siang ni sebab teksturnya yang lembut dan senang meresap. Tak payah tunggu seminit dua nak tunggu meresap betol baru nak tepek foundation plak. Lagi best bila tepek foundation, jadi senang blend, lagi la foundation yang aku pakai tu memang foundation yang senang blend dengan apa jenis kulit muka sekali pun. Tambah wow gitu kejadiannya tau uolls. Tak caya, korang cuba la. Kulit akan rasa lembap dan solekan tak bercapuk.
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover
RM 48.90 (50 g)
Ni pun aku suka sebab bila bangun esoknya, muka tak kering dan rasa segar ja. Yang penting tak berminyak. Meresap jugak dengan pantas ke dalam kulit. Ringan je rasa muka tu padahal dah tepek pelembap malam ni. Maklum siang hari, muka tu dah macam-macam korang tepek dengan pelbagai krim sana sini, pondesen segala bagai, jadi malam hari ko rawat la semula dengan pelembap ni. Senang ja, lepas cuci muka, korang tepek ja pelembap malam ni lepas tu bole tido. Sweet dream katanyer.
Apa lagi uolls, cuba la safi dermasfe ni. Selain murah, produk ni memang dah terbukti bagus terutama yang ada jerawat dan masalah kulit muka. Nak dapat pun senang. Kat watson berlambak ada. Jangan jadi macam aku ni, bila dah masuk watson, ada ja barang yang akan diheret keluar. Lagi la sekarang ada promosi separuh harga, memang tak kosong tangan la bila keluar. Huhu...
Bye uolls, jumpa lagi di lain kali. Daaa....