Tadi aku borak kosong dengan lecturer @ penceramah yang bagi talk hari tu. Borak santai-santai tapi penuh ilmu. Nak tau tak kitaorang borak pasal apa? Jeng...jeng...
Kitaorang story pasal macam mana nak mudah bangun tidur waktu pagi. Topik biasa ja kan, tapi dah ramai yang tertinggal dan abaikan beberapa cara yang patut diamalkan. Meh aku share citer tadi, cara biar senang nak bangun tidur waktu pagi' berpandukan sunnah dan psikologi.
1) Tidur awal, seeloknya jam 10.30 malam.
Korang bole buat x? Confirm x ramai bole buat sebab drama tv start lebih kurang jam macam tu huhu. Try la start hari ni eh sebab bila tido awal, secara logiknya kita bole bangun awal. Bangun pukul 3 atau 4 pagi. Bangun terus, bukan bangun kejap lepas tu tido balik tau.
2) Amek wudhuk sebelum tidur.
Ni pun aku rasa orang sekarang jarang buat. Sebenarnya bagus buat sebab akan menenangkan otot badan, bole cerahkan kulit, x terkena penyakit kulit, sihatkan kulit, kuman takut nak hinggap dan paling best sekali kita didoakan oleh para malaikat. Haaa...apa lagi korang, sila buat malam ni eh...
3) Baca fatihah, 4 qul, ayat kursi, waqiah, almulk dan doa tidur.
Mesti ramai tak buat benda ni kan?. Kalau buat pun, tak semua senarai kat atas, hanya beberapa ja yang dibaca. Mulai malam ni korang amalkan tau sebab kelebihan disetiap surah dan ayat tu yang kita perlukan. Semuga kita sentiasa dalam lindunganNya...Amin !.
4) Tidur atas rusuk kanan
Kalau yang tak biasa tu, yang selalu tido terlentang la, terlungkup la, baik korang mulakan tido cara macam ni. Rasa tau kelainannya tido macam ni. Aku dapat bezakan terutama dari segi pernafasan sebab tak membebankan jantung.
5) Dada mengadap kiblat
Kalau nak kekal sihat, korang tido ngadap kiblat eh sebab tu salah satu adab tido. Kalau katil korang tak bole nak di anjakkan atau posisi kepala katil tu dah tak da ruang nak di ubah , korang bole mengiring dan muka mengadap kiblat. Lagi satu korang yang dah biasa tido terlentang tu, letak kepala mengadap kiblat. Tapi macam aku cakap tadi lepas ni biasakan diri tido mengiring ke kanan hokay.
6) Tapak tangan kanan jadi bantal dan letak kat pipi kanan
Selain cara yang diamalkan oleh nabi kita , kalau korang tido macam ni, leher korang tak akan rasa sakit sebab kepala kita dalam keadaan rendah ke bawah.
7) Sediakan senarai apa yang korang nak buat esok
Ni pun mesti tak ramai yang buat dan amalkan. Lepas ni korang kena buat perancangan keperluan diri sendiri biar semua urusan korang dapat diselesaikan dengan pantas.
Macam aku, sebelum tidur, aku make sure atas meja solek dah tersedia jam tangan, brooch, alat solek dan sebagainya untuk memudahkan bersiap nak pergi kerja esok pagi. Tak la kelam kabut masa tu la nak cari pin, masa tu la nak gosok tudung, last-last semua jatuh sebab terkocoh kacah, dah spoil mood awal pagi hoho.
8) Niat betol bersungguh nak bangun pukul berapa
Sebelum tido, korang niat dalam hati nak bangun pukul berapa esok pagi. kalau korang buat, confirm korang akan terjaga pada waktu yang korang nak tu sebab kita dah set minda kita. Lagi pun jangan main-main dengan kuasa niat tau. Apa yang korang fikir,itu lah yang jadi dan korang akan dapat. Secara tak langsung bila berniat tu automatik berkait dengan minda dan konteraksi tubuh badan kita. Tak percaya, Cuba lah korang buat.
9) Buat senaman ringan dan senyum bila bangun.
Bila tersedar tu jangan terus bangun tergesa-gesa. Korang relax, tarik nafas dan gerakkan otot badan korang ala-ala senaman ringan.
Macam aku selalu amalkan, bila terjaga, aku duduk, panaskan tangan (gesek) dan raut ke muka sambil selawat (petua awet muda) dan ucap syukur. Lepas tu aku tarik nafas dan hembus, buat senaman ringan kepala, leher, tangan dan kaki. Dah setel baru bangun, terus minum air masak segelas yang aku dah rendam kurma malam semalam sebelum tido. Lepas tu tengok cermin, senyum dan pergi mandi. Nak folo cara aku dipersilakan.
10) Mandi, ambil wuduk dan solat sunat
Perkara ni memang orang agak liat nak buat. Tapi percaya la, kalau korang tido awal,korang memang bole bangun awal dan yang terbaik bangun sepertiga malam untuk buat ibadah. Bila kita dah amalkan semua benda ni kita akan terasa janggal kalau kita tak buat sebab kita dah terbiasa dengan rutin harian kita ni.
Ok uolls, dapat tak apa yang aku sampaikan ni? Ni apa yang aku ingat masa borak kosong tadi. Kalau korang nak lebih detail maklumat, korang pandai-pandai la tanya pak google eh haha. Aku share apa yang aku ingat je tadi sebab tak bawak pen dan kertas atau hp nak catit. Lagi pun ada antara tips tu yang memang aku dah buat pun selama ni. So yang lain tu kita cuba la sama-sama amalkan terutama bahagian pertama iaitu tido awal waktu.
Selamat tinggal pada drama TV dan sebagainya. Hai hai bai bai katanyer...!!!