Minggu lepas aku join event gala dinner anjuran syarikat yang mengeluarkan produk makanan minda jenama Int3tree. Gah sungguh nama diberi segagah produk yang ditampilkan.
Int3tree Millionaire Grand Anniversary 2019
Mines 2, Grand Ballroom
Top Glove, Seri Kembangan
Selangor
2 PM - 6PM (pendaftaran 12.45 PM)
Tema: Glamour
Sebelum masuk ke dewan, aku ambil kesempatan dulu untuk berposing kat mana ceruk yang boleh untuk bergambar merakamkan kenangan, sebab aku tau kalau lambat-lambat nanti mesti tak akan dapat bergambar. Lagi la kalau dah habis majlis baru hegeh-hegeh nak snap sana snap sini, memang benda tak kan jadi smooth la. Berani cakap sebab dah lalui beberapa pengalaman event sebelum ni.
Pada mulanya aku plan nak duduk bahagian depan yang masih kosong tapi bila memikirkan elok la duduk berkumpulan dengan grup bisnes sendiri, so aku batalkan nak duduk berasingan. Lagi pun, masa ni la nak bersua muka dengan geng seangkatan sebab selama ni hanya borak kat alam maya jer. Bila dah jumpa semua, haaa comel-comel belaka.
Sayangnya tak sempat nak borak panjang sebab acara dah bermula. Biasa la kalau dah bunyi muzik kuat, suara pengacara pun boleh tahan kuat, mana la ada can nak berborak sesama geng. Lagi la mata tak berkedip tengok persembahan adik cilik kat pentas menari, memang kena fokus la kan huhu.
Awalan majlis diserikan dengan ucapan pembukaan oleh Founder Int3tree, Cikgu Sudirman. Sekali pandang macam Shahrol Shiro plak founder ni. Muka tenang dan senyum menawan, relax ja orangnya.
Acara diselang seli dengan persembahan nyanyian, tarian dan cabutan bertuah. Walawei, mana nombor aku ni tak panggil lagi ni haha. Adakah aku tersalah ambil nombor di bahagian dan tempat yang salah? Sebab nombor aku sebaris untuk nombor orang media yang datang. Adey...
Ramainya orang media yang dijemput antaranya dari Sinar, Mingguan Wanita dan lain-lain. Untung diaorang ada yang dapat hadiah cabutan bertuah yang dikhaskan untuk kumpulan media sahaja. Pandai cikgu Sudirman ambil hati diaorang.
Rasa bangga bila leader kami dipanggil naik ke pentas untuk menerima anugerah best new membership award. Tahniah untuk Pn Norhaslina Mohd Bakeri. Semuga tahun depan Ina tersenarai dalam award millionaire plak ya.
Acara cabutan bertuah yang paling dinantikan adalah cabutan bertuah grand prize (kereta alza) yang mana pemenangnya adalah seorang wanita. Bertuahnya kan. Aku dapat rasakan sebab aku pernah berpeluang merasa kenangan manis sebegitu.
Founder pun tak lokek dan berkongsi rezki dengan menambah beberapa lagi hadiah berupa pakej pelancongan, barangan dan paling best menunaikan umrah. Semuga makin murah rezki dan berjaya untuk cikgu Sudirman.
Acara kemuncak yang paling ditunggu-tunggu adalah persembahan dari penyanyi Hael Husaini. Dulu aku tak berapa kenal dan minat dengan penyanyi ni tapi bila tengok video lagu Hajat beliau, timbul rasa suka plak sebab comel haha.
Mak ai berebut-rebut semua nak bergambar dengan dia dan ada plak yang naik pentas joget sama-sama masa dia menyanyi. Sporting la korang nih. Rasa terhibur tengok gelagat semua masa tu. Pandai jugak Hael ni, habis ja nyanyi, terus dia blah ikut pintu belakang pentas sebab confirm orang akan serbu kalau dia turun ikut tangga depan haha.
Aku amek kesempatan jugak bergambar dengan cikgu Sudirman dan duta produk, adik Mika. Kesian tengok budak kecik ni, kena serbu, kena tarik dengan semua orang sebab nak bergambar dengan dia. Seb baik la tak pengsan ko dik dikerjakan kitaorang semua ni. Huhu...
Sebelum balik, sempat la jumpa sekali lagi geng grup whatsap dan kitaorang ambil gambar sama-sama. Seb baik aku ambil siap-siap masa sampai tadi, kalau tak, memang tak dapat la nak bergambar sebab penuh sesak dengan orang nak berposing sakan. Ingat tau korang, kalau nak bergambar, awal sampai terus snap tau. Jangan tunggu saat akhir, memang bai bai la jawabnya.
Ok ni ja dapat aku share join event ni yang aku rasa second best selepas event yang aku join untuk bisnes syarikat founder-founder. Event dulu tu meriah dengan ramai artis jemputan dan memang wow la sambutannya. Tak mustahil syarikat Int3tree ni pun akan mampu buat event yang gah dan lebih wow lepas ni.
Tahniah untuk cikgu Sudirman dan team Int3tree sebab berjaya menganjurkan majlis yang meriah dan pemberian ikhlas pada semua agen dan tetamu yang hadir. Semuga produk Int3tree lebih dikenali selepas ini dan semakin maju berkembang ke pelusuk dunia. Amin...!
Jumpa lagi next event...daaaa!!!