/**/

Pages

Subscribe Twitter

Ronda-ronda Bandar Klang, Selangor


Besar dan bersih masjid ni...


Holla...lama giler tak hapdate blog akak ni...rindu nya lahai !!! Bukan sengaja tau uolls tapi kena dulukan kerja hakiki, sebab tu banyak yang tergendala ni.

Lepas ni aku akan kembali berceloteh ya adik akak sekalian. Tak akan biarkan blog akak ni bersarang lama dengan lelabah...kihkih.

Meh mulakan semula dengan celoteh jalan-jalan bandar Klang yang tersimpan lama sangat ni. Stay tuned guys...!!!



KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)
Jalan Raya Timur, Kawasan 1
41000 Klang, Selangor

Tel: 03-33711658























Wow...bukan sembarangan orang orang bole diterima masuk sekolah ni ya. Pelajar yang betol-betol power ja yang di terima belajar kat sini. Masa aku sampai tu dah petang dan gate kolej pun dah ditutup.

Tapi macam biasa, aku gunakan kuasa veto dan jumpa dengan Mak Guard untuk minta izin round keliling Kolej dan ambil gambar. Walawei tak sangka dia bagi. Apa lagi, habis seround aku keliling Kolej ni.

Terasa macam student balik plak bila ronda keliling Kolej ni. Sambil tu aku kacau pelajar yang nak main bolesepak kat padang Kolej. Nakal sangat Pn Blog ni suka kacau orang. Ngeh-ngeh...

Sempat jugak singgah kat asrama KISAS. Tiap kali terserempak dengan pelajar, semua akan beri salam dan nampak semua baik-baik ja raut wajah tu. Tenang ja tengok muka budak terpelajar ni.

Dah setel kat situ, aku pergi ronda tempat kedua pulak.



MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN
Jalan Kota Raja
41000 Klang, Selangor

Tel: 03-33743391











Pertama kali sampai Masjid ni. Cantik dan bersih keliling kawasan Masjid. Suka tengok ukiran dan batu bata yang digunakan untuk mendirikan Masjid yang indah ni.

Di kawasan masjid ni jugak terdapat beberapa makam diraja, isteri-isteri diraja dan kerabat diraja. Ada pekerja kat situ siap cakap lima kubah kat depan pintu masuk utama merujuk pada rukun islam dan daeng lima bersaudara sementara dua kubah kuning bentuk payung tu melambangkan Payung Diraja. Gitew peramahnya pekerja tu.



TAMAN BANDAR DIRAJA KLANG
Jalan Istana
41200 Klang, Selangor








Kat sini terletaknya replika keris yang merupakan mercu tanda Klang Bandar DiRaja. Taman ni bersebelahan dengan Istana Alam Shah dan berdekatan dengan bulatan simpang lima.

Taman ni terletak kat tengah-tengah bandar Klang dan memang sesuai untuk beriadah dan aktiviti bersama famili. Kalau yang ada anak kecik tu lagi la disarankan bawak ke sini sebab ada pelbagai permainan untuk kanak-kanak kat sini.

Kalau korang nak bersenam atau berjoging kat sini pun aku rasa sesuai sebab tenang dan luas ja kawasan ni. Tempat parking kereta pun disediakan kat sini.




ISTANA ALAM SHAH
Jalan Istana, Kawasan 1
41000 Klang, Selangor





Istana Alam Shah ni ialah istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Aku tak masuk la dalam istana tu sebab tak da keperluan apa pun kan. Lagipun ada 2 orang pengawal berjaga kat depan pintu istana tu ala-ala pengawal istana omputih zaman dulu kala.

Actually kalau nak try tanya nak masuk atau melilau sat depan tu kat pengawal tu, ok ja kot dia bagi. Tapi aku sendiri yang rasa macam malas nak lepak situ lelama. Baik skodeng tempat lain plak sebab hari dah nak gelap.



GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ
3, Jalan Stesen, Kawasan 1
41000 Klang, Selangor

Tutup: 10 pagi - 5 PM (tutup Isnin)

Masuk percuma





Aku lalu depan ja, tak dapat masuk sebab dah tutup. Galeri ni bersebelahan dengan mahkamah Klang dan berapa minit ja korang boleh jalan kaki menuju ke stesen komuter Klang.

Kalau korang nak datang sini, baik jalan kaki ja sebab tak da tempat parking. Maklum tengah bandar, memang sesak la dengan kenderaan lalu lalang.

Guard kata kalau nak ambil gambar, bole snap bahagian luar galeri ja, dalam galeri tak dibenarkan kecuali korang pandai snap senyap-senyap kahkah...



CHONG KOK KOPITIAM
5, Jalan Stesen, Kawasan 1
41000 Klang, Selangor

Tel: 03-33710996





Mulanya nak minum petang kat sini tapi tak jadi sebab ramai orang beratur. Malas giler nak menunggu lagi lah dah kebuluran masa tu. So decide pergi tempat lain ja la cari makan. Korang jangan datang weekend eh, nanti tak pepasal kena menunggu beratur panjang.

Kalau tak perhati betol-betol, memang korang tak kan perasan kewujudan kedai ni sebab keadaan tu macam old timer/old school punya kedai. Mata kena buka beso-beso eh perhati kedai fofular itew...memang simple giler kedai tu.

Owner kedai tu Chinese. Macam kedai makan biasa, ada jual roti, nasi lemak, kopi dan kuih muih. Tempat terhad, jadi aku rasa memang tak sesuai untuk melepak dan borak kosong kat situ sebab ramai yang datang menunggu.

Next time aku singgah kot kedai ni, nak rasa camna enak atau tak makanan dan minuman kat situ macam yang diwarwarkan.



PASAR JAWA
Kawasan 18, 41300 Klang
Selangor








Aku singgah sekejap ja kat sini sebab tak da apa yang nak dibeli. Peniaga kat sini semuanya orang melayu @ jawa. Sempat aku bertonyeh kejap dengan peniaga kat situ, dia kata kalau bulan puasa, memang untung bisnes kat situ. Masyukkkk katanyer...maklum kat situ ibarat pusat keropok sedunia. Korang carik la keropok apa yang korang nak, ada ja kat situ.

Selain keropok, ada rempeyek, tumpi dan beraneka jajan yang rangup-rangup. Aku tak beli pun sebab benda tu semua kat tempat aku pun ada jugak. Hahaha...

Peniaga tu bagitau jugak lontong dan nasi ayam kat situ best tapi aku tak rasa la sebab perut dah kenyang. May be next time la aku try...

Selain makanan, semua barangan kelengkapan sembahyang, kraftangan dan segala tok nenek perkhidmatan percetakan, pengiklanan dan sebagainya korang bole cari dan beli kat situ. Harga bole tahan murah dan banyak pilihan.

Senang citer kompleks Pasar Jawa ni jadi 'one stop centre' untuk penduduk sekitar Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan berdekatan.

Ok la geng, ni ja la yang dapat aku share kali ni. Jumpa lagi di lain keluaran jalan-jalan cari makan tempat lain plak. Daaaa...!


Sila mempeta jika ke klang kalau tak mo sesat...



























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai