/**/

Pages

Subscribe Twitter

Asam Pedas Muar Yang Tak Berapa Nak Berapi

Tak berapa nak wow...

Memang sengaja laparkan perut semata-mata nak makan kat bandar Muar yang katanyer Asam Pedas Muar ni sedap sangat. Seb baik dah jamah sarapan sikit sebelum bergerak, kalau tak, ada pengsan kelaparan hehe.

Danish Hot Seafood & Asam Pedas
Parit Jawa
81450 Parit Jawa
Muar, Johor

Plan nak merasa Asam Pedas Mak Pon tapi bila sampai kedai Mak Pon tutup. Seb baik ada kedai asam pedas yang popular jugak katanye iaitu Asam Pedas Pak Yahya. Baru nak order, dah dibagitau, semua jenis ikan untuk asam pedas habis. Adey, camna bisnes ni, semua benda bole habis, tak da perancangan yang bagus betol la.

Medan makan ni semua ada masak asam pedas tapi yang sebelah Pak Yahya ni aku rasa kedai asam pedas orang Cina. Nak tak nak terpaksa bergerak ke depan sket untuk makan asam pedas yang direkomen oleh staf Pak Yahya.

Ada dua kedai kat situ. Satu penuh orang, satu tak da orang. Biasa la mentaliti manusia ni, akan pilih yang ramai orang, padahal tak da pun sedap mana masakannya. Tak terkecuali la aku sebab aku pilih kedai ramai orang.

Dah la berhimpit dan panas lit lit, redho ja la dah sampai situ dah tak boleh nak pilih makan makanan lain sebab otak dah set nak makan asam pedas.

Order cepat sampai tapi lauk asam pedas ikan pari tu tak berapa nak sedap. Nak buat macam mana, telan ja la kan sebab dah lapo sangat. Apa pun, memang tak boleh lawan Asam Pedas Johor Bahru la...!

Sebelum ke destinasi lain, sempat la bergambar sekeping dua kat area tempat makan tu.

Ni ja yang aku dapat share kali ni...jumpa lagi...daaa...!

Bila la nak masak lauk ni...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)

Meed-Disney Store @ Shopee

Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Jalan - Jalan Cuci Mata Di Muar

Bandar Maharani...

Morning uolls...kali ni aku nak citer pasal bandar Muar. Korang pernah sampai bando Muor tak? Haaa...gitew kalau orang Johor bercakap, huruf A tuko jadi O...haha.

Aku diperintahkan oleh pakcik waze menggunakan jalan lama untuk ke Muar sebab jalan jem masa tu. Adoyai, terasa jauh betol perjalanan ke Muar masa tu. Stress jugak la sekejap dok dalam kereta ni.

Bandar Muar @ Bandar Maharani
Johor

Memang sengaja laparkan perut semata-mata nak makan kat bandar Muar yang katanyer Asam Pedas Muar ni sedap sangat. Seb baik dah jamah sarapan sikit sebelum bergerak, kalau tak, ada pengsan kelaparan hehe.

Danish Hot Seafood & Asam Pedas
Parit Jawa
81450 Parit Jawa
Muar, Johor

Plan nak merasa Asam Pedas Mak Pon tapi bila sampai kedai Mak Pon tutup. Seb baik ada kedai asam pedas yang popular jugak katanye iaitu Asam Pedas Pak Yahya. Baru nak order, dah dibagitau, semua jenis ikan untuk asam pedas habis. Adey, camna bisnes ni, semua benda bole habis, tak da perancangan yang bagus betol la.

Medan makan ni semua ada masak asam pedas tapi yang sebelah Pak Yahya ni aku rasa kedai asam pedas orang Cina. Nak tak nak terpaksa bergerak ke depan sket untuk makan asam pedas yang direkomen oleh staf Pak Yahya.

Ada dua kedai kat situ. Satu penuh orang, satu tak da orang. Biasa la mentaliti manusia ni, akan pilih yang ramai orang, padahal tak da pun sedap mana masakannya. Tak terkecuali la aku sebab aku pilih kedai ramai orang.

Dah la berhimpit dan panas lit lit, redho ja la dah sampai situ dah tak boleh nak pilih makan makanan lain sebab otak dah set nak makan asam pedas.

Order cepat sampai tapi lauk asam pedas ikan pari tu tak berapa nak sedap. Nak buat macam mana, telan ja la kan sebab dah lapo sangat. Apa pun, memang tak boleh lawan Asam Pedas Johor Bahru la...!

Sebelum ke destinasi lain, sempat la bergambar sekeping dua kat area tempat makan tu.

Muar River Cruise
Jalan Tanjung 4
Taman Emas
84000 Muar, Johor

Tel: 019-6658827

Destinasi pertama jenjalan kat Muar adalah River Cruise. Tak sabar nak ronda atas air plak .

Tiket boleh tahan mahal untuk satu jam perjalanan. Dah tak da pilihan, lagi pun nak tengok jugak keadaan sungai tu, so layan ja la.

Mulanya nak naik belah malam sebab nak tengok kelip-kelip tapi aku di bagitau sekarang tak da lagi disediakan tiap hari. Mulanya diaorang sediakan tiap hari Sabtu malam Ahad je untuk tengok kelip-kelip tapi sekarang diaorang ambil pakej. Satu kepala diaorang kira RM30 dan tempahan mesti seramai 30 orang baru dilayan. Waktu sejam dan ada tempat yang diaorang akan bawak untuk tengok kelip-kelip sebab binatang tu dah hampir pupus.

Korang kena duduk ditempat yang disediakan sehingga korang dipanggil untuk naik ke bot. Biasanya bila dah ramai baru staf panggil naik ke bot. Selagi tak ramai, korang kena tunggu lagi eh.

Nak tak nak, aku naik ja la waktu tengahari panas buta tu. Tapi seronok jugak la sebab wajah disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Wahhh...ayat melankolik dah keluar dah...haha.

Sejam atas cruise tu tak terasa sebab aku ralit tengok pemandangan dan air yang berkaca. Sempat lagi bergambar pegang stering cruise semata-mata nak up kat blog huhu.

Air macam simen berkilat, memang cantik sangat. Keindahan kehijauan memang masih tebal dan menyerlah kat Muar ni.

Korang kena naik cruise ni tau kalau datang Muar, kalau tak, rugi sangat.

Tanjung Emas
Taman Sri Tanjung
84000 Muar, Johor

Sebelum cari minum petang, aku ronda sekitar kawasan jeti tu. Tanjung Emas nama tempat aku melepak tu. Bergambar kat keretapi, sekitar jalan Tanjung Emas, Mural dua bersaudara dan gambar paling mahal, aku tiru aksi Sultan kita. I love u Sultan...!

Nak minum petang kat kedai kopi 434 tak kesampaian sebab dah tutup. Adoyai ruginya tak dapat rasa kopi Muar kaw.

Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori
1-10, Tanjung Agas Muo
Muar, Johor

Tel: 017-7636568

Agaknya langkah kaki kiri kot, asyik tutup ja kedai yang aku nak try masakan dan lain-lain. Nak makan Mee Bandung Hanifah, bole plak tutup. Terpaksa search lain, nampak la Mee Bandung Muar. Tapi yang peliknya, bila sampai depan kedai, aku tak masuk kedai tu, aku masuk kedai sebelah. Alasan sebab kedai sebelah lagi ramai orang haha.

Tapi kali ni memang tak salah langkah lah sebab mee bandung dan air dia memang best tip top meletop. Len kali bole singgah lagi kedai ni. Aku rekomen la kedai ni kat korang.

Ok ni ja yang dapat aku share jalan-jalan kat Muar. Tak berapa banyak tempat dapat jengah sebab nak ke Kuala Lumpur plak. Kalau korang perasan, aku melaram dengan pelbagai bentuk cermin mata hitam kali ni. Tak sesia beli spec banyak.

Sampai ketemu di lain siaran...tata titi tutu...!

I pun nak naik bot macam tuan i jugak tau...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)

Meed-Disney Store @ Shopee

Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Herba Maharani Hai O Te Zhi Bai Feng Wan

Jamu zaman kini...

Sapa suka makan jamu kat sini, kita geng...! Kali ni aku nak up sket pasal jamu, herba, makjun dan apa benda lagi la yang korang tau hehe.

Herba Maharani

RM113.20

Ni namanya Jamu Ayam Hitam keluaran Syarikat Hai O. Lebih dikenali sebagai Herba Maharani. Nama asal Herba Maharani ni ialah Beijing Te Zhi Bai Feng Wan. Kalau korang baca kat internet semuanya rata-rata dah bagitau kesan dan kebagusan herba ni, jadi aku nak bagitau secara ringkas ja la eh.

Aku nak share apa yang aku rasa sepanjang aku amalkan jamu maharani ni. Sebelum tu nak bagitau benda yang paling best sekali adalah bekas jamu ni. Cantik sangat, bole buat sebagai bekas gift tau.

Pada mulanya takut jugak nak telan biji-bijik keras ni. Walaupun kecik tapi korang bayangkan kalau nak kena telan 10 biji sekali gus. Alangkan pil pun aku ngeri telan, bergelen air aku sedut, ni kan plak jamu keras ni. Hehehe...

Tapi nak sihat dan nak tau kebagusan jamu ni punya pasal, aku gagahkan jugak telan satu-satu. Waaa...bila dah biasa, senang je masuk dalam perut, lancar ja lalu kat tekak ni. Kuang-kuang....

Pil kecik ni tersimpan baik tau. Dalam bekas, ada bekas yang lain. Nak buka bekas putih tu pun ada cara tau, bukan buka semberono ja. Maklum barang baik, mesti dijaga rapi dan kemas.

Disebabkan aku ni seorang yang tak reti duduk diam, makanya confirm aku perlukan supplement macam jamu ni kan? Bila dah amalkan seminggu, aku dapat rasakan kesannya. Kalau dulu macam toya ja nak bergerak bila dah penat, tapi lepas ambil jamu ni, tak da plak rasa lemah atau sebagainya. Sentiasa bergerak pantas dan bertambah tak duduk diam, ada je benda yang aku nak buat. Hahaha...

Paling best sekali sakit pinggang tiap kali nak period, dah tak da dah. Sukernya...yahuuuu

Baru-baru ni aku asyik sendawa ja, maybe penangan jamu ni jugak kot. Memang tip top la, sebab lapang dada dan perut bila dapat keluarkan angin.

Herba maharani ni korang tak payah ambil waktu period tau. Jadi jimat la untuk korang habiskan sekotak besar yang ada 6 bola dalam tu. Dalam tiap bola tu plak ada 50 biji pil kecik. Besarnya macam pil chi kit teck aun (untuk cirit birit).

Ingat ya korang, tindakbalas pada badan tiap orang tak sama tau. Bergantung pada masalah kesihatan dan kelemahan sistem badan masing-masing.

Macam kawan aku, bila dia amalkan jamu ni, kitaran haid dia jadi teratur. Keputihan dia pun dah berkurangan. Lagi sorang tu alhamdulillah dah mengandung. Punya la tunggu lama dah 5 tahun kahwin tak dapat baby lagi. Suka betol dia dapat rezki siap aku buat lawak kat dia, bole la letak nama MAHARANI nanti hehe.

Kalau korang mengandung, selsema, keluar haid yang banyak, korang dilarang sama sekali amek jamu ni eh.

Senang citer untuk kebaikan dalaman korang akan dapat melegakan keputihan, melegakan senggugut, melegakan sakit pinggang dan lutut, membuang angin dalam badan, menstabilkan aliran darah dalam badan, menstabilkan hormon, membantu mengetatkan pintu vagina dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Kalau semua dah ok, confirm lah merapatkan hubungan intim sebab dah kembali ketat. Faham ke idok ni?

Kalau kesan luaran plak, korang akan rasa muda sentiasa sebab ianya melambatkan proses penuaan (Awet Muda) you. Menegangkan payudara dan punggung, mencantikkan kulit, berseri-seri gitu wajah dan paling best Miss V berbau wangi...muah-muah !!!.

Apa lagi korang, cepat grab jamu herba maharani ni. Confirm korang tak menyesal punyer. Roger Meed Mickey untuk dapatkan stok herba terkenal ni hokay.

Jumpa lagi di keluaran akan datang...babai !!!

Mana Maharani nih...