Memang sengaja laparkan perut semata-mata nak makan kat bandar Muar yang katanyer Asam Pedas Muar ni sedap sangat. Seb baik dah jamah sarapan sikit sebelum bergerak, kalau tak, ada pengsan kelaparan hehe.
Danish Hot Seafood & Asam Pedas
Parit Jawa
81450 Parit Jawa
Muar, Johor
Plan nak merasa Asam Pedas Mak Pon tapi bila sampai kedai Mak Pon tutup. Seb baik ada kedai asam pedas yang popular jugak katanye iaitu Asam Pedas Pak Yahya. Baru nak order, dah dibagitau, semua jenis ikan untuk asam pedas habis. Adey, camna bisnes ni, semua benda bole habis, tak da perancangan yang bagus betol la.
Medan makan ni semua ada masak asam pedas tapi yang sebelah Pak Yahya ni aku rasa kedai asam pedas orang Cina. Nak tak nak terpaksa bergerak ke depan sket untuk makan asam pedas yang direkomen oleh staf Pak Yahya.
Ada dua kedai kat situ. Satu penuh orang, satu tak da orang. Biasa la mentaliti manusia ni, akan pilih yang ramai orang, padahal tak da pun sedap mana masakannya. Tak terkecuali la aku sebab aku pilih kedai ramai orang.
Dah la berhimpit dan panas lit lit, redho ja la dah sampai situ dah tak boleh nak pilih makan makanan lain sebab otak dah set nak makan asam pedas.
Order cepat sampai tapi lauk asam pedas ikan pari tu tak berapa nak sedap. Nak buat macam mana, telan ja la kan sebab dah lapo sangat. Apa pun, memang tak boleh lawan Asam Pedas Johor Bahru la...!
Sebelum ke destinasi lain, sempat la bergambar sekeping dua kat area tempat makan tu.
Ni ja yang aku dapat share kali ni...jumpa lagi...daaa...!