/**/
Subscribe Twitter

Rumah Makan Terlajak Laris Dato Seri Aliff Shukri


Makanan terlajak lambat...


Asyik dengar sana sini citer pasal Rumah Makan Terlajak Laris kepunyaan Dato Seri Aliff Shukri ni, terasa gak nak merasa air tangan staf Dato ni memasak. Tak tunggu lama, aku terus pecut ke Bangi sebab kat situ paling dekat salah satu branch restoran Dato Aliff ni.



Rumah Makan Terlajak Laris
Jalan Medan Pusat Bandar 8
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Tel:





Sampai depan pintu kedai makan tu, aku tengok dah penuh dengan pelanggan. Ada yang berdiri sementara menunggu pelanggan lain yang dah habis makan, bangun tinggalkan meja tu untuk bagi peluang pada pelanggan yang lain plak. Sila jangan nak berborak kosong plak kat situ eh sebab ramai lagi yang menunggu.




Susunatur tak berapa nak cantik sebab rapat-rapat kerusi meja tu disusun. Sila berlanggar bontot ya kalau yang berbadan besar tu. Suasana sekitar lebih pada ala-ala tradisional hiasannya. Aku tak dapat nak snap gambar yang cecantik sebab ruang penuh sesak dengan orang yang dah kelaparan.













Ada ja meja kosong cepat-cepat la sambar, kalau tak mati kebuluran la kat situ. Kat meja ada disediakan pen dan kertas pilihan untuk korang buat order. Dah setel, korang tekan button yang disediakan kat situ, nanti staf akan datang ambil.










Menu punyalah banyak sampai tak tau nak pilih mana satu? Semua nampak sedap. 10 minit jugak la nak membelek nak pilih apa sebab pilihan banyak sangat disediakan. Akhirnya aku pilih menu yang tak pernah aku rasa, mana tau kot-kot sedap, bole repeat lagi. Menu dia bercelaru so korang jangan pening tengok gambar menu sebab aku ikut apa yang aku snap aturannya, malas nak repair haha. Gigih aku snap sampai lenguh tangan tau.





















































































Order sampai lambat lebih kurang 1/2 jam menunggu, sempat rasa lapar yang amat sangat haha. Bila sampai, ada sedikit rasa tak puas hati sebab hidangan yang dihantar sejuk. Nasi dan kuah sedap tapi sejuk. Malas nak komplen atau merungut, terus baham ja la sebab dah lapar sangat.







Sempat jugak aku perhati beberapa orang yang mulut ngomel macam merungut bila dapat makanan. Masa nak bayar tu, sempat la aku buat lawak dengan cashier tu dan bagitau dia makanan yang aku dapat sejuk kaku tak seindah gambar, bila tengok ja rasa cantik, fresh dan tak sabar nak telan, huhu...

Jangan datang peak hour atau perut tengah kebuluq, nanti korang boleh pengsan kat situ sebelum makanan sampai. Nak cari parking dah satu hal kena berpusing berkali sebab tempat tersangat kecik.




Aku harap Dato Aliff bole beri perhatian sikit pada hidangan kat kedai makan tu sebab sayang kalau kena pada pelanggan yang cerewet, confirm diaorang tak kan datang lagi makan kat situ. Bole ajar lagi staf kat situ untuk lebih pantas dalam menguruskan order customer.




Seronok betol kalau kedai makan selalu ramai macam ni kan? Banyak untung yang dapat sampai buatkan kita ni time tu jugak rasa nak buka kedai makan haha...




Ok gais, ni ja la yang dapat aku catit untuk kali ni. Jumpa lagi di lain siaran...daaa...!


Ada lagi ke tak ek restoran ni...?









Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai