/**/

Pages

Subscribe Twitter

Pekena Chinese Food Di Salam Noodles Cyberjaya


Makanan sedap, harga murah...lai...lai


Hari ni aku puasa tapi aku nak citer bab makanan jugak la bior rasa kenyang. Korang dah ganti puasa ke belum? Cepat ganti wei, dah tak lama lagi je bulan Ramadan nak muncul ni.



Salam Noodles
4810-0-42, CBD Perdana 2
Persiaran Flora
63000 Cyberjaya
Selangor

Tel: 016-2206707, 03-83209372





Sebelum pergi ke Festival Filem Malaysia ke 30, belah siangnya aku ronda area Cyberjaya untuk cari makan sebab dah kebuluran afrika rasanya. Mana taknya, otak tak bagi signal dah lapar padahal perut dah berbunyi lagu keroncong. Aduhai...

Lalu area CBD Cyberjaya, waaa...tak sangka macam-macam kedai makan ada kat situ. Korang nak cari makanan dari pantai timur, mamak, western, chinese semua ada. Berpusing la aku seround kat kawasan tu semata-mata nak isi perut ni.

Nak try kedai makan yang pelik-pelik takut tak tertelan plak sebab perut memang lapo bebenor nih. Maka decide nak makan kat kedai pantai timur, nasi minyak atau nasi kerabu. Sekali masuk je dalam kedai, tengok macam tak berapa nak sedap makanannya. Daripada kecewa baik aku berlegar lagi cari port kedai makan lain.

Pilih punya pilih, tekak rasa nak makan chinese food ni. Ingat kedai mamak sebab warna dari luar hijau, nama pun Salam. Tengok bebetol semula, oh kedai makan chinese muslim. Ala-ala kedai mee tarik warisan tu la.

Aku pilih duduk bahagian dalam sebab beraircond. Luar panas litlit. Kawasan kedai kemas dan teratur. Bersih betol. Staf semua lelaki. Tokey je perempuan (Chinese Muslim), peramah sangat. Ada bilik solat dan kerusi meja pun baru dan kemas. Aku suka keadaan kedai makan macam ni.




Konsep kedai ni lovely customer, aku diminta pilih menu dan tulis order kat kertas yang disediakan kat situ. Kena tulis nombor meja sekali, kalau tak, tak sampai la order tu nanti.

Setel pilih, aku diminta bagi pada staf dan buat pembayaran order di kaunter. Air tak payah order sebab korang akan dapat air free siap boleh refill lagi kat situ. Memang best sangat ni.

Dah la harga makanan kat situ semua murah, air free tu plak pelbagai jenis, memang mengundang lemak la kat badan ni...hehe. Setel ja bayar, tak lama sampai makanan yang di order. Wow sangat cepat la. Cantik plak tu hidangan tu, memang menarik nafsu nak makan. Wei tulis ni pun aku bole rasa lagi kesedapan mee dia tu.




Meh aku tepek menu sedap-sedap ni bior korang senang nak order nanti tak terkial-kial huhu. Tempat air lupa nak snap, pasal apa lupa pun tak tau la..maybe lapo sangat kot masa tu haha.













Aku order bressed beef potato noodles. Memang sedap giler mee ni. Tak pernah aku dapat habiskan sepingan tapi kali ni aku bantai semua masuk dalam perut. Lepas tu teringin plak nak try sate kat situ sebab sate tu tak berkuah. Makan gitu ja katanya. Bole plak pilih separuh daging separuh ayam, memang cepat la aku order. Ternyata tak menghampakan rasa sate tu. Yummy...




Air plak mula aku amek yang tak bergas, bila refill aku amek yang bergas plak. Fuh memang terbaik la kedai makan Salam Noodles ni. Harga murah tak berpatutan dengan hidangan yang disediakan. Tapi tu la marketing skil tuan punya kedai untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan datang makan kat situ. Diaorang ni memang sejenis pentingkan volume, biar untung sikit tapi berterusan. Kena contohi sikap macam ni kalau nak berjaya. Cewah...




Sapa yang duduk area Cyberjaya atau korang nak try makan, baik pergi cepat, kot la nanti offer free air tu dah tak da lagi. Menangis nanti sebab air yang dibagi free tu memang sedap-sedap. Walla...




Jumpa lagi di siaran jalan-jalan cari makan. Jom shapedek...!!!


Memang susah wei...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai