Tanah tumpah darahku...
Morning uolls...lama aku tak bersiaran kan?. Rasa rindu plak nak menulis tapi dek kerana kemalasan melanda tambahan lagi bulan ramadan ni banyak masa dah bertukar. Selalu masak pagi, sekarang masak petang. Keletihan dan kurang tidur pun antara sebab kemalasan menulis menjadi-jadi.
Ni pun aku gagahkan jugak sebab bila dah minat, memang tak kan dapat lari dari jiwa tu. Setuju tak korang?
Jalan Baiduri
Kolam Ayer
Johor
Sebenarnya banyak cerita belum tertulis. Paling banyak citer melancong tak berkesempatan nak menulis. Nanti la aku cuba cari masa untuk lontarkan segala kenangan tu kat sini eh. Korang tunggu ja la ya sebab aku tak suka main campak semberono ja bila menulis. Aku suka penghayatan dan ketenangan dan dapat rasa nikmat menulis tu meresap terus dalam jiwa. Gitew...huhu.
Kali ni aku nak imbau kembali zaman kecik dan tempat tumpah darah ku. Senang citer tempat aku dilahirkan dan dibesarkan dari sekecik-kecik jari kelingking sampai sebesar-besar ibu jari.
Baru-baru ni aku skodeng kawasan jalan Baiduri ni. Tak banyak yang berubah, masih macam dulu jugak. Cuma mungkin penghuninya yang dah bertukar. Meh folo story aku.
Aku dibesarkan kat rumah atok di Jalan Baiduri, Kolam Air, Johor Bahru. Rumah pertama aku di mana masa tu aku duduk sekali dengan atok dan nenek belah mak. Kawasan rumah atok besar sebab ada 4 rumah sewa keliling rumah atok. Ada pokok rambutan, gajus, jambu, durian dan macam-macam lagi jenis tanaman. Bila tiba musim buah, seronok sangat jiran-jiran keliling sebab atok akan agih-agihkan semua buah-buahan tu pada diaorang untuk di rasa sorang sikit.
Atok aku memang baik, peramah dan manis orangnya. Atok guru silat, pernah beberapa kali aku join class silat atok, bestnya. Terasa macam panglima ja. Masa kecik aku ni memang ala-ala lelaki perangainya. Suka memanjat dan suka buat benda yang lelaki buat, senang citer lasak la budaknya. Kalau setakat melaram jadi perempuan, memang aku tak minat la. Pakai baju kurung pun bila raya atau majlis tertentu, selebihnya aku suka pakai seluar. Senang nak bergerak dan buli orang. Wakakakka....
Rumah aku terletak betol-betol depan jalan besar (jalan utama kenderaan lalu lalang). Ada satu citer aku nak share dengan korang yang bagi aku memang menarik lah.
Disebabkan penakut nak buang air besar kat tandas (orang dulu tandas kat belakang luar rumah), aku dengan sepupu aku buat perangai sekejap. Masa tu hujan baru berhenti, mesti tak da orang lalu lalang kan, so aku dengan sepupu aku mencangkung kat longkang besar tu melepaskan hajat besar masing-masing sebab air kat longkang tu deras. Kitaorang tutup kepala dengan surat khabar supaya orang tak nampak perangai kitaorang masa tu. Setel ja melabur, terus masuk bilik air kat sebelah longkang tu. Bilik air pun kat luar rumah.
Haaa...konon dah cerdik sangat la masa tu, tutup muka dengan surat khabar, padahal kalau orang lalu mesti dia nampak kitaorang, kitaorang yang tak nampak diaorang tu haha. Bila jumpa dengan kazen aku ni, mesti kitaorang gelak sakan bila ingat balik citer waktu kecik.
Masa aku lalu hari tu, rumah cikgu sekolah rendah masih ada lagi. Teringat cikgu Rajah suka duduk depan pintu rumah dia sambil ajar budak tusyen. Garang giler cikgu ni, takut aku nak main-main bila dia masuk class. Kalau kitaorang salah atau gagal kertas subjek yang dia ajar, dia akan tampal kat belakang baju kita, masa tu kalau kita naik bas sekolah, memang malu la orang tengok sebab tak boleh cabut. Ada mata-mata aka spy yang akan bagitau dia.
Kekadang pakcik van yang tolong cabutkan sebab tak nak malukan pelajar yang dia bawak. Seb baik sepanjang dia ajar aku, tak pernah lagi aku tak lulus sebab malu kalau kena macam tu. Apa pun aku tabik cikgu ni sebab dalam garang dia tu, dia sayang anak murid dia dan dia betol-betol mengajar bila dalam class.
Berdepan rumah cikgu Rajah, rumah cikgu Yusof. Dia ada dua anak lelaki. Diaorang ni la geng sepermainan aku masa kecik. Kalau aku hilang dari rumah, cari la kat rumah cikgu Yusof ni. Kalau anak dia hilang dari rumah, carilah kat rumah aku pulak. Umur diaorang tu setahun lebih tua dari aku dan sorang lagi sebaya aku.
Kerja kitaorang main, makan, merayap. Kitaorang main masak-masak, kejar-kejar, kawin-kawin, beranak-beranak dan macam-macam jenis permainan lagi la yang biasanya akan ikut musim.Tapi walau pun nakal, kitaorang tak lupa study. Biasanya akan study kat rumah dia la sebab cikgu Yusof akan ajar kitaorang.
Kekadang layan jugak permainan diaorang ni yang suka main panjat-panjat, gasing, yoyo, sepak yem, batu seremban, congkak, balik tin dan paling aku suka main tembak-tembak pakai biji getah atau pistol mainan yang ada keluar api kat muncung warna merah. Kekadang dua beradik ni kena buli dengan aku dan sepupu aku sebab kitaorang semua perempuan, diaorang ja lelaki, 4 lawan 2 confirm la diaorang kalah wakakaka...
Paling best kitaorang siap berjanji nak kawin sama bila dah besar. Kebetulan famili pun sama-sama suka dan baik so memang ok ja. Malangnya cikgu Yusof meninggal dan diaorang terpaksa ikut mak diaorang balik kampung. Sejak hari tu la kitaorang putus dan tak tau ke mana masing-masing pergi. Baru-baru ni aku dapat tau dari anak sepupu diaorang tu ada di Pasir Gudang dan Perling. Aku harap pada Mustakim dan Khairudin kalau korang terbaca blog aku ni, korang contact aku eh. Jom kita mendajal macam masa kecik. Hehehe...

Berdepan dengan rumah atok aku, rumah cikgu Fatimah. Dia ada anak OKU tapi anak dia ni baik tak suka menyusahkan orang. Aku tak berapa nak rapat dengan cikgu Fatimah ni sebab cikgu ni garang. Dia macam tak berapa suka budak masuk bermain dalam halaman rumah dia dan dia jugak kurang bercampur dengan jiran yang lain. Muka selalu bonyok mungkin banyak masalah kot sebab semuanya dia yang uruskan sendiri dengan bantuan orang gaji. Stress barangkali. Apa pun aku di kelilingi jiran yang profesionnya adalah guru.
Jiran paling atas sekali iaitu jiran atas bukit adalah jiran yang paling penuh dengan memori. Nostalgia menusuk jiwa katanyer. Aku sayang dengan famili sahabatku ini. Sayang pada mak dan adik beradiknya yang lain kerana kami membesar bersama.
Bermula dari usik mengusik, bersahabat dan membawa ke perancangan masa depan, berbagai perkara dan kenangan yang kami kumpul yang mana tak akan mungkin dapat kami lupakan. Walaupun segala angan-angan dan impian tak tercapai bersama, kami bersyukur kerana kami tetap berhubung dan bertanya khabar hingga kini walaupun masing-masing telah ada haluan dan tanggungjawab pada diri dan keluarga sendiri. 'Sepasang Kurung Biru' tetap di hati kami!.
Selepas atok meninggal, abang mak jual rumah atok dan duduk di kejiranan setinggan. Mak tak nak ikut dan kami menyewa di rumah berdekatan rumah lama kami. Masa duduk sini, lagi menjadi perangai nakal aku. Masa mak pergi bandar, aku, kazen dan geng sekampung gasak main parit walaupun dah dilarang berkali oleh mak.
Nak dijadikan citer, tengah syok kitaorang main dalam parit besar tu, mak melintas. Apa lagi jadi singa sekejap la mak aku tu. Kitaorang pun pecut lari la naik atas tebing takut kena bambu. Masuk rumah, tengok mak belum balik. Aku dan sepupu semua mandi dan terus tido dengan harapan tak kena marah. Tapi jangan mimpi la eh, mak kejut kitaorang dan kena belasah dengan hanger masa tu jugak. Adoyai...
Haish, banyak betol kenangan zaman kecik. Nanti aku share la satu-satu ya. Rasanya bole buat novel kanak-kanak ni. Gambar last ni gambar tanah bekas rumah kedua aku. Kalau dikira dah tujuh kali aku berpindah dari kecik sampai sekarang.
Ruginya budak zaman sekarang, membesar tanpa kenangan macam kita membesar waktu dulu. Penuh kenangan yang tak akan mungkin luput dari ingatan.
Ok gais, ni ja yang dapat aku share untuk kali ni. Next time aku story lagi eh kenangan masa lampau. Jumpa lagi di lain ketika, tata titi tutu...!.
Aku lah tu...hehe