/**/
Subscribe Twitter

Tak Rugi Menginap Di Kondominium Centrus Soho 1


Berbaloi dengan harga...


Dah lama tak share cerita pasal penginapan. Kalau selalu aku share pasal hotel, kali ni aku nak share pasal kondominium yang aku lepak baru-baru ni.



Condominium Centrus Soho 1
Lingkaran Cyber Point Timur
63100 Syberjaya
Selangor

RM150 (1 malam)





Pertama kali naik parking kondo berpusing-pusing berbelit-belit, tinggi plak tu. Aku parking kereta tingkat 8. So korang tau la kan mesti aku duduk kat kayangan kalau parking pun dah tinggi macam tu.

Masa nak naik tu hujan tengah lebat dan kilat berdentam dentum. Aku ni dah la penakut kilat, rasa macam nak duduk dalam kereta ja tak mo keluar masuk bilik. Tapi tak kan lah nak duk melepak dalam kereta plak kan? Bazir minyak plak. Nak tak nak kena lah keluar jugak dari kereta.

Masa keluar tu angin punya la kuat, rasa macam nak terbang sekali dengan kereta-kereta tu. Adoyai takut giler masa tu. Dah la fobia tempat tinggi, rasa macam nak turun balik ja cari tempat penginapan lain yang lebih rendah.




Rasa takut hilang bila dah sampai dalam kondo yang aku tempah. Mak ai, comel je hiasan dalaman dan kemas sangat. Suka plak tengok rumah kecik molek macam ni. Semua keperluan harian ada disediakan.




Kondominium ni satu bilik tidur dan satu bilik air ja. Alaaaa...yang duduknya pun tiga orang ja, buat apa nak ambil yang besar-besar, bazir ja. Lagi pun banyak masa di habiskan di luar , balik untuk tidur ja so berbaloi la kan.


































Kat tingkat 9 ada swimming pool. Plan awal nak berenang la kalau ada masa free tapi lastnya tak jadi sebab malas. Geng plak pun malas nak turun kalau aku tak nak join berenang. Adey, ini macam punya orang pun ada ek, semua malas nak buat haha.

Dalam kondo tu pun tak sempat nak tengok tv sebab masing-masing balik dah penat. Cuma lapar, kitaorang bantai maggi je sebab semua pemalas jugak nak turun pergi kedai berdekatan. Tapi suka jugak keadaan macam ni sebab sempoi ja kan?




Aku rekomen la korang stay sini sebab owner tak cerewet masa perbincangan dan keadaan rumah bersih dan selesa sangat. Cuma towel ja tak berapa menyerap air. Yang lain semua tip top.

Senang citer kita tak perlu jumpa owner untuk ambil dan hantar kunci bilik. Semua urusan melalui whatsapp je. Senang gilos. Owh aku lupa nak bagitau, kena letak deposit RM100 ya sebelum masuk. Duit tu akan dikembalikan lepas korang dah check out dan owner berpuas hati. Sekejap ja pun dia transfer semula. So tak perlu risau tak dapat duit balik kecuali korang merosakkan harta benda kat dalam kondo tu.

Masa nak hantar kunci pun ikut arahan dari whatsapp dan disuruh letak kunci rumah dan kad dalam beg kecik yang disediakan kat peti surat. Aku lagi advance, siap ambil gambar dan send kat owner. Suka dia sebab senangkan kerja dia hehe...




Ok korang, ni ja la yang dapat aku share keadaan dalam kondo ni. Mana tau korang nak datang cyberjaya, bole la lepak kat sini. Kedai makan keliling tu ja ha senang la kalau dah terasa lapar tak payah pergi jauh-jauh semata-mata nak isi tangki perut tu.




Sampai jumpa lagi, tata titi tutu...!


Tempat apa ni kalau korang pandai...? Kondo jugak tu...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai