/**/
Subscribe Twitter

Lunch Di Sukiya Tokyo Bowls And Noodles


Mamam...mamam...


Tetiba rasa nak up pasal makanan. Dah lama rasanya tak review restoran makan-makan ni. Meh korang aku nak bawak korang pergi Tokyo rasa makanan kat situ. Ekekeke...



Sukiya Tokyo Bowls And Noodles
AEON Kulai Jaya
Bandar Indahpura
81000 Kulai
Johor

11.30 pagi - 10 malam





Mulanya rasa risau jugak nak masuk restoran ni takut tak halal. Tapi bila dah nampak tulisan halal besar dan ada beberapa orang melayu makan kat situ, so kaki ni cepat ja la melangkah masuk.

Bila dah duduk, tak tau nak oder apa sebab tak tau nak makan apa. Nak try yang pelik, takut tak tertelan. Nak try yang dah biasa, macam tak best plak. Masa tu hidung aku dah tangkap satu bauan ala-ala Chinese masak, bau kuat bawang putih. Tetiba rasa nak terjeluak tapi ku tahan. Nak keluar restoran semula rasa cam poyo ja. Haha...

Nak tak nak, aku order ja la apa yang aku rasa menarik nak makan. Aku tau kalau order yang berkuah, confirm tak sedap sebab dah biasa sangat makan jenis berkuah memang tak sedap. Tapi nak buat macam mana, nak rasa punya pasal aku order ja la yang bersup. Harap-harap kali ni ok kat tekak melayu ni.




Aku order jugak jenis yang bergoreng, mana tau kalau yang bersup tak boleh masuk, aku sumbat la plak yang bergoreng tu. Biasanya yang bergoreng boleh di terima lagi. Sori korang, aku lupa apa menu yang aku order. Korang bole tengok kat menu tu la eh, aku tepek kat sini sekali.




Teringin gak nak rasa desert kat situ. Apalagi kalau bukan ais krim kesayangan hamba. Aku mintak staf bagi bila dah habis aku melantak dua hidangan sekali gus. Huhu...




Staf tak berapa ramai tapi tersangat cekap sebab order sampai memang laju. Kebetulan plak perut tengah lapar, apa lagi membaham terus la. Macam yang aku duga, menu berkuah memang out. Aku makan sekadar jamah beberapa suap jer nak dapatkan rasa. Selebihnya aku biar situ.

Menu bergoreng memang sedap dan mantap. Best sangat. Len kali kalau datang sini aku nak order lagi. Desert macam biasa la, memang wow habis. Pakkal ja dah kenyang, kalau tak, mau aku oder lagi eskrim tu...hehe




Kawasan restoran tersusun dan bersih. Tak da sekor lalat pun datang. Memang aku puji la kedai makan macam ni sebab boleh makan dengan tenang tanpa gangguan dari sang lalat. Nak kebas sana, nak tepis sini, silap-silap terlanggar makanan atau minuman. Adey...




Aku bagi can la kat korang tengok menu apa yang ada kat restoran ni so senang korang nak pilih nanti. Tak terkial-kial nak memilih. Duduk, tengok menu, tekan loceng, submit order. Senang citer.

















































Ok la korang, aku rekomen korang datang makan kat sini. Ada masa aku up lagi citer makan eh. Cheerioooo....


Ada berani makan sushi ni...?

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO