/**/

Pages

Subscribe Twitter

Ubat Sembelit Paling Rare


Peluru ke bom ni? Haha...


Korang tau tak gambar apa tu? Confirm korang tak tau kan? Kalau nak tau, sila baca celoteh aku ni.



Atomic Enema / Ubat Sembelit

RM0.80





Bulan puasa ni confirm ramai yang sembelit termasuk korang yang baca ni kan? Haaa..jangan tipu, aku tau semua kena benda ni kan? Hehe...

Sekarang ni kalau korang sembelit, korang jangan risau. Dah ada ubat mujarab untuk kaki sembelit. Tadaaa....kat atas tu la (gambar yang aku tepek) bendanya. Namanya gleserin / enema tapi aku panggil ubat bontot. Kalau kat farmasi murah, klinik mahal.

Sebenarnya aku diperkenalkan dengan benda ni oleh kakak aku. Masa tu aku kena sembelit kat rumah dia. Macam biasa la kan, kita kalau pergi tidor rumah orang, kebiasaan membuang tu agak kurang dan rasa nak melabur tu pun kekadang tak da langsung. Tak kerasan bak kata orang jawa. Mesti korang pun sama kan?.

Satu hari, aku kena sembelit masa bercuti kat rumah dia. Aku bagitau dia kot la ada petua yang dia boleh share. Tu yang dia bagitau ubat pam ni (kitaorang panggil ubat @ pam bontot) wakakakka...

Ya allah, senang giler guna ubat ni. Kalau aku tau, masa dalam pantang hari tu aku guna. Tak la sampai berejam kat dalam toilet. Bangun duduk bangun duduk sampai lenguh. Aku ni bersalin operate, so takut nak teran kuat-kuat. Nak makan ubat cecair pun takut sebab risau kesan operate jadi tak keruan. Seumur hidup tu la sekali aku kena sembelit yang teruk masa berpantang kelahiran anak sulung.

Kalau la masa tu aku tau ubat ni ada, kan syok haha...




Guna ubat ni senang je, korang cangkung dan masukkan bahagian tajam tu dalam lubang bontot korang (jangan salah masuk lubang depan dah la eh...hahahah) dan korang picit la air tu sampai habis masuk dalam. Hati-hati jangan sampai terkeluar air tu nanti rugi kihkih...

Kalau rasa susah nak masukkan sendiri, mintak tolong la husband atau sapa ja orang yang korang nak mintak tolong asalkan masuk ke dalam muahahah...

Tak sampai seminit korang akan rasa nak membuang. Tak payah teran beria, smooth je perut korang akan tolong teran dan kuarkan sendiri sisa buangan tu. Haaa...kalau korang nak guna ubat ni, make sure duduk dalam toilet tu sebab kesan amat pantas, korang bangun je dari mencangkung tu terus rasa nak berak. Kalau buat dalam bilik alamat tercicir la itu taik. Hahaha...

Aku dah tanya doktor jika guna selalu ada effect tak? Doktor kata tak da effect cumanya bila dah biasa nanti, rasa untuk membuang sendiri tu tak kan ada sebab usus dah dimanjakan dengan benda tu. So korang jangan risau la ya nak guna benda ni. Tapi guna bila sembelit teruk la, jangan sikit je susah berak, dah nak guna, tak elok macam tu. Jangan malas sesekali nak meneran hokay.

Aku memang standby ja ubat ni kat rumah dan ofis in case ada orang yang sembelit, aku bole bagi guna ubat ni. Hari tu baru story dengan geng ofis, majoriti tak tau wujudnya ubat ni. Sekarang bila diaorang dah tau, muka semua ada hepi. Rupanya ramai yang sembelit kat dunia ni ya...!

Ok la ni ja yang dapat aku share hari ni. Citer ni timbul sebab geng bas sekolah @ ofis buka citer dia tak leh yak sebab sembelit. So aku share la benda ni kat dia. Time tu jugak dia try. Sungguh memuaskan katanyer. Haha...

Jumpa lagi di lain siaran, bye bye...


Uwaaa...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai