Baru ja selesai majlis perasmian produk Mermatte yang baru iaitu Pen Kening @ Eye Brow. Walaupun baru ditubuhkan secara persendirian pada 2015 oleh founder yang comel lote kebabom, Puan Siti Najaha Nasarath, tapi dah banyak produk yang telah dikeluarkan. Respek la pada Puan Jaha yang bergaya ni.
Avillion Legacy Melaka
14, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
2 PM - 6PM (pendaftaran 1.30 PM)
Tema: Diva Raya
Semua Master Stokis, Stokis dan Agen dijemput sama meraikan hari bersejarah ni. Kami bertiga ja dari Johor sebab yang lain ada urusan keluarga dan kesibukan masing-masing dalam kerjaya. Apa yang penting, kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan event ni dah cukup menggembirakan dan tidak menghampakan. Terbaik la...tahniah untuk staf-staf Mermatte HQ.
Masa pendaftaran, aku bagitau la nama penuh, staf tercari-cari nama aku tapi tak jumpa. Bila sebut aku kumpulan Ida Muda, diaorang pun sebut nama glamour aku, Kak Meed, barulah semua kenal. Nampak tak korang, kekadang nama glamer ni lebih dikenali banding nama betol. Apa pun, suka la dapat goody bag yang dalam tu ada terselit bunga, kek dan beberapa barangan sponsor termasuk eye brow tu sendiri. I likeeeee....
Sebelum founder tiba, kami dihiburkan dengan beberapa nyanyian dari pemuzik yang diundang dan memang happening. Kena plak dengan MC yang merupakan bekas DJ radio Melaka, suka mengacau orang dan kelakar, memang hidup la suasana meriah tu. Sambil menikmati makanan yang dihidangkan, acara cabutan bertuah diadakan. Macam biasa, aku memang bertuah, maka dapatlah salah satu hadiah cabutan tu. Yey...alhamdulillah !!!.
Ketibaan pengasas disambut meriah dengan pekikan dan sorakan kami yang tak berapa nak ramai ni tapi tetap dapat meriahkan dan menghidupkan suasana majlis. Pakaian masing-masing jangan cakap la, semuanya meletop kebabom. Founder dan suami siap datang ke setiap meja bersalam dengan semua tetamu dan berkenalan lebih rapat, humble sangat diaorang ni.
Selesai acara perasmian produk, kami sambung makan-makan dan diadakan pulak hadiah misteri dan hadiah terpilih. Hadiah misteri tu untuk pemenang kotak misteri dan hadiah terpilih tu untuk acara mencari tampalan kertas bawah tempat duduk masing-masing. hamboi, hiruk pikuk sekejap masing-masing sibok tunggang terbalikkan kerusi haha.
Makanan yang disediakan pun semuanya sedap dan kena selera kitaorang yang datang dari jauh ni. Memang tak mengecewakan hadir kat majlis ni. Dapat berkenalan dengan rakan seperjuangan dari pelbagai team dan semuanya ramah dan comel belaka.
Hiasan tempat pun memang tip top meletop walau pun dibuat di dewan yang sederhana. Maklum yang uruskan staf wanita, so kekemasan dam peranan pilihan warna tu sesuai dan menarik mata memandang. Sejuk gitew bila masuk dewan tu.
Acara diteruskan dengan nyanyian yang disampaikan oleh staff dan pemuzik undangan sendiri. DJ pun tak lepaskan peluang sampaikan satu lagu kat majlis yang berprestij ni. memang terhibur la dengan gelagat dan usikan beliau ni. Tak kering gusi kitaorang dibuatnya. Korang tengok la gambar yang aku selitkan kat sini, korang bayangkan sendiri betapa riuh rendahnya suasana masa tu. Walaupun kami bertiga tapi kami tetap gojes dan snap sendiri ja foto kitaorang. Muahahaha....
Inshaallah majlis yang lebih grand akan dibuat pada akhir tahun dan harap kami dapat berkumpul dengan lebih ramai lagi untuk Mermatte Squad dari serata ceruk negeri ni. Korang jangan lupa cuba guna barangan keluaran produk Mermatte ni tau. Confirm tak menyesal sebab harga setanding kualiti dan berbaloi jimat.
Ok gais, jumpa lagi di keluaran akan datang. Jangan lupa cuba produk Mermatte ni hokayyy. Semuga Mermatte lebih dikenali dan mendapat sokongan serta kejayaan berlipat ganda di masa akan datang. Hidup Duyung Comel...