/**/

Pages

Subscribe Twitter

Keseronokan Berenang Di Riviera Suites Hotel, Melaka


Cantik hotel ni...


Hai korang, lama tak jumpa kan? Apa citer menarik minggu ni? Aku ni dah lama perap story ni tapi baru hari ni mampu persembahkan kat korang. Stay tuned guys...!



Riviera Suites Hotel, Melaka
G-Lobby B
Riveria 2 Pulau Melaka
Jalan Baiduri 1
75000 Melaka

Tel: 06-2889168

RM138.93 (Superior King Room)





Kali ni aku nak share satu hotel baru yang aku kira menarik. Dulu masa lepak kat Mahkota Hotel, bangunan hotel ni baru nak dibangunkan. Now dah lama tak datang Melaka, sekali sampai, sudah siap daaaa...




Pertama kali tengok hotel ni serupa macam bangunan rumah kedai yang lain cuma dari luar hiasan hotel tu macam ada ciri-ciri seni bina Perancis. Nampak lah ketelitian si penukang bangunan ni sebab hasil kerja yang dipaparkan sangat cantik dan kemas.






Paling best setiap bilik ada balkoni masing-masing untuk hirup udara malam yang segar dan boleh berangan ala-ala tepi pantai sebab dikelilingi air yang tenang. Senang citer hotel ni macam ada kat tengah-tengah pulau. Wow gitew...












Bila masuk kat lobby hotel, lagi la mata korang akan terbuntang luas memandang sentuhan vintaj dengan koleksi barangan lama yang pasti akan buatkan korang mengimbau nostalgia zaman remaja purba. Memang seronok sangat dikelilingi peralatan zaman dulu kala ni.










Aku gerenti mulut korang akan terpacul ayat wow...waa...dan sewaktu dengannya bila korang nampak replika kapal besar, kedai gunting rambut, stesen minyak dan kedai runcit ala tahun 1950...


















Tak sempat nak breakfast sebab kitaorang malas turun haha. Tak pa, aku snap kan ja gambar restaurant ni hokay. Jangan lepaskan peluang untuk snap gambar bebanyak kat sekitar lobi ni tau. Menarik tertarik kebabom...




Dalam lif pun cantik di tampal wall paper di semua bahagian. Fuh...mengancam wooo...Nak access dalam kawasan hotel tu kena ada kad special, kalau tak, jangan mimpi korang nak naik ronda-ronda ya.






Masuk ja dalam bilik, confirm korang lagi suka sebab bilik luas yang amat. Macam tak berbaloi dengan harga yang murah. Sapa ada anak ramai dan famili berduyun tu, memang digalakkan lepak kat sini.






















Semua benda basic tersedia cuma yang aku kurang rasa tak best, strika tak disediakan. Korang kena call mintak lepas tu korang pandai-pandai la gosok cara mana sebab papan penggosok tak disediakan. Apa lagi, katil la jadi mangsa tempat aku jalankan acara gosok menggosok ni. Tapi ok jugak sebab korang boleh pakai streka sampai korang check out so tak yah takut nak tergesa-gesa gosok kalau mood rajin korang ke laut.




Paling best sekali hotel ni sediakan indoor kolam renang. Pulak tu sebelah ja dengan bilik aku, memang mengundang la nak berenang time tu jugak. Wei tak sabar mak-mak duyung ni nak berendam, dah lama tak main air. Apa lagi kuak lintang, kuak lungkup semua la kitaorang buat sebab tak da manusia lain berenang masa tu. Apa lagi, tempat tu kitaorang yang punya la, huhu...

Buat aku geram sikit, mentang-mentang lah bilik kat sebelah kolam renang, semua tak reti nak keringkan badan kat bilik persalinan yang disediakan. Semua berlari basah-basah masuk bilik. Dah basah sekitar kawasan toilet...ceh korang, aku rasa macam nak kerenyam je korang masa tu hahaha.










Ikut hati malas rasa nak merayap keluar dari bilik sebab selesa giler hotel ni. Tapi dek kerana shoping complex dah memanggil-manggil suruh datang, apa tah lagi perut memasing dah kebuluq, jadi terpaksa la buang niat nak bersantai tu. Berjinjit bawak balik barang shoping. Suker...






Tapi sebelum keluar tu, sempat la kitaorang duk melepak kat balkoni tengok sunset kekononnya sambil hirup udara hembusan bayu Selat Melaka. Tengah malam balik shoping pun kitaorang plan nak kopi-kopi kat balkoni ni lagi sebab udara sangat nyaman dan segar. Ingat nak berenang lagi, tapi last waktu berenang jam 9 malam so lupakan ja la niat nak jadi duyung comel tu ya.




Habis shoping, kitaorang tak naik ke bilik terus, kitaorang lepak-lepak kat luar hotel tengok pengunjung bersantai kat perkarangan hotel sambil menikmati keindahan lampu dan malam yang indah. Cewah, bermelankolik la pulak ya...huhu.

Aku dengar dari pengunjung kat situ, gimnasium ada jugak disediakan tapi aku tak jumpa la plak kat mana letaknya. Tak pa, next time aku skodeng lagi tempat ni eh. Nanti aku roger kat korang.




Ok lah uolls, kalau nak rasa keunikan dan kelainan sikit dari kebiasaan, aku cadangkan korang lepak kat hotel ni. Berbaloi-baloi beb....! Jumpa lagi di keluaran akan datang...daaa!


Bestnya bilik hotel ni...




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai