Dah lama rasanya aku tak kongsi review produk yang aku pakai. Meh la kali ni aku nak bagitau korang produk yang dah lama aku tahu, tapi aku tak pakai sebab tak yakin, tapi tetiba terdetik rasa hati nak mencuba.
Bukan apa, harga mahal tu yang berkira-kira nak guna. Tapi bila fikir balik produk tu bertahan lama dan katanya bagus so aku beranikan diri try. Jom kekawan teruskan bacaan korang.
Trial Set C (Combination Skin)
RM185.90
Aku pun macam korang jugak, sayang duit oi kalau nak beli skincare yang mahal ni. Asalkan pakai yang murah tapi aku rasa tak datangkan masalah tu dah rasa cukup dah. Tapi korang jangan lupa, semakin kita berusia, semakin berkurangan kolagen dalam kulit kita. Tak caya cuba korang belek-belek muka korang kat cermin, mesti korang akan nampak sikit cacat cela walau pun orang lain tak nampak sebab diaorang tak belek dekat.
Ini lah yang jadi pada aku. Kulit muka aku tak da masalah sangat cumanya aku perasan jugak ada tompok hitam kecik dah nak hinggap kat tulang pipi pau aku ni. Belek punya belek punya belek, aku dapat rasa tu jeragat halus tu. Hamboi bukan main ek ko nak lepak kat muka gebus gebas aku ni hahahhaha...
Aku memang tak suka bersolek tebal so aku nak pastikan kulit aku bersih tak tercemar dengan tompok hitam ke putih ke or what so ever. Padahal masa tu aku baru beli produk Safi Aloevera yang sejuk kawkaw tu. Dek kerana risau aku pun belek la semua produk yang berkaitan jerawat dan jeragat.
Antara produk yang aku belek adalah cosmodermn, wisderm dan banyak lagi la dem, dem haha...tapi hati macam terpaut nak cuba produk Dermags berasaskan manggis ni. Lagi la Foundernya adalah Penyelidik dari UTM dan memang buat R&D produk ni di Korea. Tetiba terdetik nak menerai produk ni walaupun agak mahal harganya.
Fikir punya fikir, aku beli set trial kombinasi untuk kulit kombinasi (set paling mahal haha). Ada jugak set untuk kulit berminyak dan kering.
Masa try tu punya la berdoa panjang jangan la tak sesuai dengan kulit aku sebab aku pernah guna Safi Rania, habis bengkak dan merah muka aku. Tobat dong...
Haaa...korang nak tau apa jadik pada muka aku lepas guna Dermags trial ni? Jeng...jeng...
Waaa...rasa sungguh fresh dan lembut ja muka tau. Bau harum. Aku ni memang taat kalau pakai satu-satu produk tu. Pakai semua yang ada, ikut turutan dan hasilnya pasti kebabom.
Set trial ni aku pakai sebulan lebih jugak. Tu pun pakai sikit-sikit ja, maklum kedukut tahik hidung masin...hahaha. Tapi dalam calit sikit camtu ja pun dah nampak kesan tau. Adoyai napa la aku tak try produk ni lebih awal lagi...haish.
Ada 3 jenis set trial:
Trial set A (Normal - Oily Skin) - RM152.90 (4 produk)
Trial set B (Normal - Dry Skin) - RM165.90 (4 produk)
Trial set C (Combination Skin) - RM185.90 (5 produk)
Intensive Brightening Cleanser
RM 64.90 (50ml)
Langkah pertama adalah cuci muka. Pencuci muka Dermags ni sangat best. Buih tak banyak which is sangat senang nak bersihkan dan tak rasa tegang kulit tu kalau terletak banyak kat tapak tangan. Sejuk ja dan ada jugak la bauan manggis tu sikit. Sila jangan makan hokay...!
Mula aku guna dua kali sehari (pagi dan malam) tapi macam biasa la aku pakai malam ja sebab bangun tidur aku rasa muka aku macam biasa ja tak berminyak dan tak da masalah. Selagi kita boleh jimat, kita jimat , tak gitew korang?
Intensive Brightening Softener
RM 64.90 (50ml)
Langkah kedua adalah softener @ toner. Haa...yang ni lagi best, bila tepek kat muka rasa sejuk nyaman. Agaknya kalau letak dalam peti ais lagi la sejuk. Tak melekit dan cepat meresap. Aku tak sapu kat muka. Aku dap-dap je guna kapas kat serata muka. Kalau malas, aku pakai jari ja haha.
Cepat meresap dan tak melekit jugak. Rasa segar ja tau pakai Softener Dermags ni.
Intensive Brightening Serum
RM 174.90 (30ml)
Langkah ketiga adalah Serum. Bendalah ni pun senang apply dan tak melekit serta cepat menyerap kat kulit. Rasa ringan ja kat kulit korang tu. Diam tak diam dah 3 jenis aku tepek kat muka kan? Tapi tak rasa pun macam ada benda melekat kat kulit kita.
Serum Dermags ni memang kalau korang yang tak pernah pakai serum akan rasa puashati sebab tekstur serum tu sendiri lembut dan halus. Manyak syok maaaa...
Intensive Hydrating Moisturizer
RM 119.90 (30ml)
Langkah ke empat adalah Moisturizer. Okay aku nak bagitau, moisturizer ni tak payah pakai banyak sebab kalau banyak akan rasa macam ada benda kat muka, nak kata melekit tak jugak tapi rasa macam ada sesuatu kat muka. Tapi jangan risau sebab sekejap ja pun rasa macam tu.
Aku rasa tak selesa sebab lepas tu aku nak pakai bedak. Kalau korang tak pakai bedak, maybe ok ja kot sebab bila pakai moisturizer ni, kulit korang akan nampak lembap ja. Kulit bermaya katanya hehe...
Paling aku suka sebab bekas moisturizer ni cantik, penutup atas tu jernih boleh buat cermin wa cakap lu...mantop la Dermags.
Intensive Refining Cream Spf 30
RM 86.90 (10g)
Langkah kelima adalah Refining Cream. Senang citer cream ni ala2 pengganti foundation la sebab lepas pakai krim ni, korang bole guna bedak compact Dermags atau loose powder apa jenama yang korang suka. Krim ni sebagai pelindung UV dan membantu mencerahkan kulit korang. Aku kurang suka pakai sebab aku rasa melekit kat muka aku yang comel ni wakakakka...
Kalau hari bekerja, lepas pakai moisturizer, aku akan pakai foundation Mermatte. Kalau hari tak kerja baru aku tepek refining krim ni sebab bila buat kerja rumah, muka lagi cepat berpeluh, nanti rugi ja pakai pondesen mahal-mahal sebab asyik nak basuh muka ja haha...
Sekarang ni aku dah beli kesemuanya saiz besar. Kita tengok berapa lama bertahan dengan kelokekkan aku menyapu kat muka hari-hari. Tapi serius beb, aku habaq ni, memang nampak kesan. Jeragat yang kononnya nak bermanja kat muka aku ni, nampaknya dah tak jadi nak melekat dan lari jejauh. Suker...
Lagi satu yang aku suka produk Dermags ni, packaging nampak mewah dan bergaya. Kotak pun kilat merelip dan keras. Aku simpan kotak ni sebab suka tengok dan boleh letak barang-barang yang aku rasa sesuai nak campak dalam tu haha...
Apa lagi korang, jangan tunggu lelama tau nak cuba produk Dermags berasaskan manggis ni. Kalau nak kulit putih gebu bak manggis, cepat-cepat cari produk ni. Nak lagi laju dan cepat sampai, korang boleh roger aku, nanti barang korang akan sampai depan pintu. Muahahaha...
Ok korang, jumpa lagi di lain siaran, dada didi dudu...!!!