Hai korang, lama tak jumpa kan? Apa citer menarik minggu ni? Aku ni dah lama perap story ni tapi baru hari ni mampu persembahkan kat korang. Stay tuned guys...!
Asean Night Bazaar
44,46 Chotwittayakul 5 Rd
hatyai 90110
Thailand
Waktu Operasi: 24 jam
Asean Night Bazaar ni ala-ala Pasar Borong Pandan Johor atau uptown mana-mana tempat la sebab buka waktu petang sampai tengah malam. Asean Night Bazaar ni buka 24 jam. Tapi masa aku sampai pagi tu macam ada jugak beberapa kedai yang buka cumanya kalau malam lagi nampak meriah. Masa tu memang bersesak la gamaknya.
Senang citer katanya Asean Night Bazaar ni merupakan pasar malam yang terbesar di Hatyai. Pasar ni dekat dengan Central Festival Mall tapi aku tak singgah pun sebab mesti macam Mall kita kat Malaysia ja.
Aku pergi sini dua kali semata-mata nak beli ice cream teh tarik tapi hampeh dah tak jual lagi. Ceh...
Seb baik abang grab bole hantar, tak la terhuyung hayang naik tuktuk yang kekadang tu tambang melampau mahal.
Tempat ni dua tingkat. Tingkat bawah untuk jualan pelbagai barangan, pakaian dan souvenir. Tingkat atas jual makanan dan minuman dan semuanya halal so bole makan tanpa ragu2 eh.
Aku repeat beli air teh ais makcik ni sebab sedap sangat...terangkat beb rasanya. Cenggini wa cakap lu...Nasi ayam hainan pun sedap. Roti canai pisang milo pun sedap...senang citer aku dah rasa nasi ayam dan nasi beryani kat situ memang umph kena dengan tekak la.
Food Court ni memang ramai orang kalau malam. Jangan berangan nak makan semeja dengan kekawan kalau korang naik tempat makan ni malam, memang harapan tipis nak duk lelama dan bersama dengan geng sendiri. Sapa cepat dia dapat la tempat makan tu.
Aku tak galakkan korang beli souvenir kat sini sebab mahal dan tak bole lebih kurang. Ada beberapa kedai ja la yang bermurah hati bole deal harga baik dengan korang. Harga tak banyak beza dengan Malaysia so tak payah susah2 nak perabis duit beli kat sini kecuali souvenir ada cop Hatyai Thailand hokay.
Kalau ke sini berkumpulan better jalan sama-sama, kalau tak nanti, susah giler nak jumpa semula sebab banyak lorong dan kalau perempuan confirm masuk kedai nak tengok itu ini which is menyusahkan bila nak cari semula haha.
Toilet kat sini banyak tapi tak da air..korang kena siapkan air dalam botol untuk cebok eh. Kalau tak nak, pakai ja la feminine wash tisue tu bebanyak kihkih..
Aku tak lama lepak kat situ sebab tempat sempit dan berasak berlaga bontot nak berjalan...tak kuasa hakak nak layan. Kalau korang nak cari kasut, baju, aksesori wanita, produk muka dan make up, bundle, gadjet, aksesori telefon, aksesori komputer dan macam-macam lagi semua ada kat sini. Paling best baju tidur seksi la...semua lawa-lawa dan mengancam tau.
Aku ralat tak beli cermin mata viral (Japanese Spec), sampai sekarang dok teringat-ingat. Nanti nak order kat Shopee la hehe.
Dari segi harga hanya sedikit murah ja dari Malaysia. So korang jangan dok bazir sangat kat sini hokay. Aku tekankan lagi, korang pergi GM Klang ja pun dah ok macam-macam ada...muahahaha. Tapi kat Songkla korang bole beli, memang murah.
Aku suka tengok pelbagai corak kerusi dibuat kat kawasan lapang tengah Asean Night Bazaar ni. Kreatif sangat. Surau pun ada jugak disediakan kat sini so korang tak perlu risau nak melepak berjam-jam kat situ. Aku pun terbeli jugak beberapa barang dan souvenir kat situ semata saja nak nampakkan ada kenangan barangan dari Asean Night Bazaar tu.
Greenway Night Market
1406/3, Kanjanavanich Rd
Hatyai 90110
Thailand
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (5 petang - 10 malam)
Aku singgah kejap ja kat lagi satu market yang kononnya kena pergi jugak. Greenway Market namanya. Sama jugak barangan yang dijual tak da beza pun dengan Asean Night Bazaar.
Kat situ pun aku lepak kejap ja sebab tak da benda menarik mata untuk dibeli. Cuma yang best peniaga kat sini boleh bercakap bahasa melayu. Cepat-cepat call grab suruh ambil tuan puteri balik hotel. Hehe...
Ok, citer shoping dah, makan pun dah. Aku nak stop dulu, nak citer tempat lain pulak... Jumpa lagi di lain halaman...bye korang...