/**/

Pages

Subscribe Twitter

Trip Bercuti Ke Hatyai Dan Songkla, Thailand


Jom kita bercuti...


Yuhuu...patutnya aku citer benda ni awal sebelum citer tempat lain. Tapi tak pa la, uolls baca ja la ek untuk pengetahuan uolls nanti kalau nak ke Hatyai. Jom baca slow-slow story aku ni.



Hatyai Thailand

Matawang: 100 baht = RM14 (September 2019)





Aku bertolak dari Johor 4.30 petang. Berhenti minum petang kat Pagoh sebab masing-masing dah kebuluran. Gerak semula dan mandi di RNR Seremban 8 malam. 8.30 malam gerak ke Terminal Bersepadu Selatan. Jalan jem dan sampai TBS 9.45 malam. Tu pun kalau aku tak gegar geng yang lain suruh cepat siap, lagi la lambat kitaorang sampai TBS.

Kitaorang park kereta kat TBS, 4 hari bayaran RM26 (parking berbumbung). Kira ok la kan harga tu. Tempat pun selamat. Lepas ni boleh la park kat situ lagi sebab lepas balik melancong, bole plak meronda kat area Kuala Lumpur dan semestinya aku akan singgah jumpa Pak Mydin dan Melaka. Muahahaha...




Dek kerana dah terlewat. kitaorang siap beli makanan yang paling ringkas, nasi goreng dan turun ke balai berlepas. Bas 1030 malam tapi lewat sampai. Haish haru betol la diaorang ni buat gempak ja tau. Bas gerak ke Jalan Duta untuk ambil penumpang 11 malam. 11.50 malam baru gerak ke Hatyai..aigooo. Rasa teruja dan takut pun ada sebab dah lama tak naik bas malam perjalanan berbatu jauh. Nanti aku citer pengalaman balik pulak ya. Scary u...




Masa naik bas, driver mintak paspot untuk scan. Tunggu dalam 20 minit jugak diaorang tolong isikan borang ke Thailand macam isi form nak masuk Singapura. Kita tinggal sign ja...manyak sinang hidup maaa...




Walaupun dari luar keadaan bas tak berapa nak cantik tapi dalam bas bole dipuji. selain ada wifi, ada disediakan plug, usb untuk korang cas hp dan sebagainya. Ada disiapkan selimut lagi wei..tapi aku tak pakai sebab i is cerewet hehe...lagi pun dah bawak baju sejuk, selimut dan bantal leher sendiri.




Punya la nyenyak tido, sedar ja bas dah berhenti kat stesen minyak petronas Simpang Pulai. Berdedai semua turun pergi toilet dan aku beli jajan dan air panas. 2.20 pagi bas bergerak semula menuju Hatyai.

Sampai imigresen Bukit Kayu Hitam 6.30 pagi. Setel cop 7.30 pagi. Sejam tu beratur sebab 4 lane ja buka. 7.45 pagi bas gerak ke imigresen Thailand sejauh 10 minit perjalanan.
















Punya la ramai manusia kat imigresen Thai ni sampai beratur 6 lane panjang kat luar imigresen. Jam 8 pagi tak gerak lagi. Aku nasihatkan korang kalau nak gerak dari KL tu better ambil bas awal, let say bas kul 9 or 10 malam sebab nanti sampai imigresen Thai dah ramai yang beratur.




Kalau ikut yang ditampal kat imigresen tu kita kena bayar 5 baht seorang. Dah la aku belum tukar duit sesen pun, cuak beb. Tapi ada pakcik ni cakap tak payah bayar pun.

Imigresen Thai check memang ketat la sebab selain nak isi detail kat borang, disuruhnya kita letak 4 jari kanan lepas tu 4 jari kiri lepas tu 2 ibu jari kat mesin pengimbas. Tak cukup tu, kita disuruh plak berdiri jauh sket untuk pengecaman muka kat kamera. Tapi aku tengok ada jugak pegawai yang malas, diaorang lepaskan macam tu ja sebab orang dah ramai sangat.

Pegawai imigresen Thai ni semuanya muka sombong / garang / cengih. Penat kot ramai orang sangat. Muka dah satu hal, perangai pun hampeh, paspot kita main capak-campak ja. Haish pakkal ja tau. Tahan geram ja aku ni. Hoho...






Setel imgresen 9.15 pagi. Singgah toilet bayaran RM1. Beli Plug RM6. Simkad RM20. Waaa...complete beb aku sedekah awal pagi haha...9.30 pagi bas bertolak ke Hatyai. Benda yang paling aku rasa teruk kat Thailand ni, tak kira la kat mana, adalah tiang wayar elektrik tu. Berselirat sana sini. Rendah plak tu boleh di capai. Tak berani rasa nak jalan bawah tiang elektrik tu takut kena karen...haha kelakar tak imaginasi aku ni?. Lagi satu kalau tetiba satu wayar terputus, macam mana nak periksa dan baiki ek? Huhu...












Waktu Hatyai lewat sejam dari Malaysia. Sampai kat kedai company bas 10.45 pagi. Tukar duit RM300 dapat 2720 baht. Tak puas hati risau banyak lagi nak belanja, aku tukar lagi RM150 dapat 1090 baht. Naik Tuktuk ke hotel Sing Golden Place 60 baht. Hmmm tak sabar nak sampai hotel nak mandi dan luruskan badan atas katil empuk huhu.





Ni ja la sedikit sebanyak nota yang sempat aku buat sepanjang dalam bas ke Hatyai. Harap membantu uolls yang ada plan nak bercuti ke Hatyai nanti.






Selamat membaca story seterusnya...daaaa....!


Kena belajar sikit sebanyak sebelum ke sana hokay...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai