/**/

Pages

Subscribe Twitter

Khlong Hae Floating Market Hatyai, Thailand


Jom terapung...


Hai korang, lama tak jumpa kan? Apa citer menarik minggu ni? Aku ni dah lama perap story ni tapi baru hari ni mampu persembahkan kat korang. Stay tuned guys...!



Hat Yai Floating Market
Khlong Hae, Hat yai District
Songkla 90110
Thailand

Tel: +6674305333

3 petang - 10.30 malam





Dulu agak jakun dengan nama Floating Market ni tapi lepas dah tengok berkali-kali dah rasa lali. Kalau nak jadikan satu-satu tempat sebagai sarang tumpuan, elok sediakan tempat berfoto yang menarik biar orang tertarik nak pergi ke situ. Kekadang bukan nak membeli sangat pun, tapi lebih kepada nak bergambar. Setuju tak korang?







Kawasan floating market ni pun luas. Masa aku sampai tu, berderet bas dari Malaysia ada, confirm semua tu rombongan Mak Jemah, Mak Kiah dan Mak apa lagi la yang sering disebut sekarang. Haha...







Kalau kat Bangkok, kita naik perahu dan kita yang berbelanja dari dalam perahu. Kat Hatyai ni lebih kurang sama dengan kat Vietnam ja cara Floating Market ni beroperasi. Kita duk kat darat, diaorang duk kat perahu.





Floating Market kat Hatyai ni mula beroperasi jam 3 petang hingga 1030 malam. Masa aku sampai tu dah berderet bas parking, maklum hati cuti. Memang ramai sangat orang sampai bersesak nak ambil gambar dan membeli makanan.




Aku ni ada cerewet sket bab kebersihan makanan ni tapi cuba jugak tak nak ngengada melampau. Sepatah geng aku kata, kalau cerewet sangat susah la nak pergi melancong haha...




Patut la diaorang mula jam 3 petang sebab kalau pagi sampai tengahari, memang kepanasan la diaorang ni duk dalam perahu. Mana tak nya, ada yang memasak kat perahu tu.




Disebabkan ramai orang sangat, aku ambil keputusan ronda kiosk jual makanan belah atas dulu tapi tak da yang menyelerakan. Peliknya, ada tanda halal tapi anjing ada kat sebelah..haish




Aku senpat tengok persembahan yang dilakukan oleh budak yang aku rasa umur belasan tahun dan bawah 10 tahun kat tengah jalan atas jambatan. Meliang liuk badan diaorang pusing sana pusing sini. Kalau nak letak duit kat tabung yang diaorang sediakan pun boleh dan dialu2kan. Kalau tak nak, sila beredar dengan diam.







Bila orang dah surut sket, aku turun la jengah deretan penjual dalam perahu tu. Pada mulanya aku teringin gak nak beli air letak dalam bekas pelbagai bentuk dan ada juga buluh. Straw siap ada bunga uolls...kalau air letak dalam buluh harga 20baht. Kalau letak dalam bekas hello kitty 30baht.

Walau pun aku nak pada mulanya, tapi bila tengok cara diaorang buat air dan bekas tu tak dibersihkan dulu, aku terus terbantut nak beli. Semata nak bekas tu tapi kebersihan terabai, better tak payah. Setakat nak bekas macam tu, korang bole beli ja la sendiri hehe...




Actually tekak tak da la rasa nak makan sangat tapi saja ja la menggatal nak cuba. Maka terbelilah nasi arab, lempeng kelapa, dimsum dan jagung. Uniknya kat sini, lepas diaorang sediakan apa yang korang order, diaorang akan masukkan dalam bekas panjang dan hulur pada korang. Bila korang dah ambil makanan, korang letak ja duit dalam bekas tu. Wei kalau orang nak dengki saja ja tak mo bayar, korang rasa apa akan jadi? Hoho...










Tempat basuh tangan unik, suka sangat tengok. Orang tersangat ramai, nak cari tempat duduk tersangat susah. At the end, kitaorang duduk makan bawah jambatan. Tapi ada disediakan bangku dan meja la bukan duduk bersila kat simen pejalan kaki hehe..










Sambil makan aku perhati cara penjual bekerja. Ada sorang penjual tu, anak dia lalu tepi makanan dan selipar yang dipakai terkena makanan yang dijual. Adoyai aku plak yang geram tengok. Rasa nak sekeh ja budak tu. Rasa geli pun ada jugak...hmmmm.




Aku rekomen korang beli souvenir kat sini sebab harga boleh runding dan bole guna duit Malaysia. Diaorang pun kebanyakannya bole berbahasa melayu. Tapi ada satu tempat yang memang murah kalau korang nak beli souvenir...sila baca tiap entry aku kalau korang nak tau kat mana tempat tu.

Lagi satu kat Thailand ni kalau kita bergambar kat foto Raja diaorang, kita mesti beradap tak leh memain hokay. Kena tegak macam nak nyanyi lagu negaraku...kui2.





Paling tidak 2 jam korang kena ada kat Floating Market ni kalau ramai orang sebab tempat nak bergambar pun take turn.

Lagi satu aku tak pasti diaorang ni datang dengan perahu dan terus park situ atau perahu tu memang dah ada kat situ, diaorang just hangkut barang jualan je. Kebanyakan rasa makanan kat situ sedap. Tapi jangan tengok warna air sungai tu, confirm korang tak kan beli apa yang dijual. Bayangkan air terpercik dalam makanan tu, apa korang rasa? Haha...







Sebelum balik sempat bergambar dengan pak supir hakak kat sana. Ensem tak? Muahahhaa....




Ok korang, jumpa di lain entry jalan-jalan Hatyai, bye....


Agak-agak ada yang nak beli tak...?
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai