/**/
Subscribe Twitter

Review Filem Japan - One Piece : Stampede


animasi One Piece @ Budak Getah


Yokoso...!

Ececeh...berjapanese pulak kita kali ni huhu...

Apa pun aku nak share dengan korang movie yang semalam aku tengok. So stay tuned guys...



ONE PIECE : STAMPEDE
(Adaptasi Novel)

Paradigm Mall Johor Bahru

Tiket: RM17.90 (1 jam 30 minit)





Dulu aku kemaruk sangat tengok citer One Piece atau Budak Getah ni sampai ke tahap download kat laptop sebab tak sabar nak tunggu citer seterusnya. Sampai satu tahap penuh susunan buku macam ni kat rak buku dan dalam kotak.




Bila dapat tau ja cerita budak getah ni dah difilemkan dan ditayangkan kat Paradigm Mall Johor, apa lagi terus pergi la. Disebabkan asyik busy ja tiap hari cuti minggu, so aku ambil masa lepas habis waktu kerja untuk ke pawagam.

Sekarang ni dah senang, tak payah beratur panjang, buat tempahan guna online ja siap pakej makan minum sekali. Senang kan uolls...i like !!!




Aku sampai ngam-ngam waktu tontonan bermula. Kira ok la kan. Tak terkocoh kacah katanya. Semua dah disiapkan depan mata. Pelik betol, tak da satu pun poster One Piece ni diletakkan kat pawagam ni. Promosi kurang wa cakap lu...




Tak sabarnya nak tengok kisah kali ni. Best ke tak best bila difilemkan? Rindu dengan karakter Luffy, Nami, Usop, Zoro, Brook, Sanji, Chopper, Robin dan Franky. Meh aku kongsikan story i jam 30 minit ni secara ringkas. Kalau korang nak lebih detail dan wow, korang kena pergi tengok sendiri.




Ceritanya berkisarkan Luffy dan kawan-kawannya diundang ke acara Ekspo Lanun. Selain geng budak getah ni, semua lanun ternama yang lain pun turut diundang. Mereka diminta untuk mencari dan berebut harta karun yang hilang peninggalan mantan lanun terdahulu iaitu Gold Roger.

Paling best masa Luffy berentap dengan Bullet, pemakan buah setan Gasha Gasha No Mi yang juga punya kuasa dan kekuatan tangan kanan seperti Gold Roger. Scene ni korang jangan tidur eh. Kalau tidur, korang rugi.

Semua watak diwujudkan dan bercampur aduk dalam citer ni, tu yang menyebabkan sedikit bosan masa tengok tayangan budak getah ni. Apa pun korang jangan risau sebab keseluruhan cerita memang tak membosankan. Eh, apa la aku cakap ni terbalik bokang tapi aku harap korang faham la eh apa yang aku nak sampaikan. Hehe...

Apa aku bole cakap, walau pun jalan cerita tak berapa menarik, tapi cara pembuatan dan tayangan dilakukan membuatkan mata korang tak akan berkedip pun untuk tengok ke tempat lain. Ada juga scene yang mengantukkan mata tapi tu kejap ja aku rasa, sebab selebihnya mata lebih banyak terpaku kat layar tayangan. Tak caya, korang pergi la eh...!




Lagi satu aku nak bagitau, bila dah tamat tu, maksud aku bila dah keluar tulisan dan lagu-lagu, korang jangan bangun dari kerusi dulu sebab rupanya ada sambungan lagi sikit. Aku pun tak pasti kenapa diaorang buat ending macam tu. Nasib aku tak blah ja, kalau tak rugi woooo...tiket bukan murah hokay.




Ok lah korang aku rasa cukup kat sini ja la aku dapat bagi feedback pada filem animasi ni. Menghiburkan dan aku bagi 4/5.




Jumpa lagi di ruangan penulisan yang lain. Daa....


Budak getah alam nyata @ zaman dulu kala...hehe

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Shopee     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO