Hai korang, lama tak jumpa kan? Apa citer menarik minggu ni? Aku ni dah lama perap story ni tapi baru hari ni mampu persembahkan kat korang. Stay tuned guys...!
Sing Golden Place Hotel
16, Padungpukdee Rd, Hatyai
Hatyai District
90110 Thailand
Tel: +6674232333
RM254.05 (3 hari 2 malam)
Jom baca citer menarik aku kali ni pasal hotel yang aku rasa baru dibuka sebab masih nampak baru semua barangan yang ada kat situ.
Keluasan bilik berpatutan dengan harga. Kita bole pilih nak katil single atau queen. Aku minta queen tapi diaorang baginya dua single..hmmmm...Aku memang selalu dapat bilik last @ area tembok akhir. Tak kisah la tu janji wangi. Memang luas bilik ni seronok rasa. Punya banyak kerusi lepak memang best la.
Peti besi keselamatan disediakan. Almari pakaian besar. Paling best, siaran TV3 ada. Air masak disediakan dalam botol kaca 2 botol. Kalau korang ambil air yang disediakan dalam peti ais, tu korang kena bayar.
Bilik air pun besar. Siap ada bath up lagi. Tempat mandi bertutup pun disediakan. Toileteries semua ada. Ops berus gigi dan ubat gigi ja tak disediakan eh. Sabun dan shampoo wangi sangat. Memang tip top la hotel ni. Tapi...haaa...ada tapi tau...memang paling aku tak suka. Sapa yang folo blog aku, memang akan tau apa benda yang aku cari dulu kalau masuk bilik hotel.
Selalu aku guna toileteries yang aku bawak sendiri tapi bila geng bagitau sabun dan shampoo dia wangi tak bole blah, aku pun terjebak sama la guna. Mak ai memang wangi la. Biasanya sabun dan shampoi hotel ni kan tak wangi tapi kat hotel ni wangi yang amat. Diaorang strika blaus dan tudung kitaorang pun wangi ja...i like..hehe.
Korang nak tau, strika dan hair dryer tak disediakan. Even pinjam dari housekeeping pun tak da tau. Masa tu jugak aku kemurungan sekejap sebab aku memang tak boleh nak pakai baju apatah lagi tudung yang tak bergosok. Patut tergerak nak gosok dulu dari rumah rupanya memang tak akan jumpa strika kat hotel.
Aku siap plan dengan geng nak beli strika kat sana. Siap nak bawak baju nak pinjam strika kedai. Kelakar giler wei bila ingat balik bole terfikir sampai ke situ.
Tetiba geng aku terpandang risalah kat almari. Diaorang ada sediakan khidmat membasuh dan menggosok pakaian. Haaaa...tu dia, baru lega rasa. Kitaorang amek harga untuk iron ja dan ada harga disediakan sekali kat risalah tu. Adey buat gempak ja wei, letak la atas meja senang orang nampak, ni letak dalam almari bawah beg laundry mana nak perasan. Huhu...
Seb baik ada sediakan khidmat tu semua, kalau tak, aku nak bagi rating teruk. Kahkah...
Lagi satu, hotel ni tak sediakan khidmat agen tour kat Hatyai ni. Ruginya aku rasa sebab boss dia tak amek peluang buat duit. So korang better amek agen tour dari syarikat bas sebab kalau korang gerak sendiri lagi banyak keluar duit dan buang masa. Ni kitaorang la yang buat kiraan sendiri bandingkan kalau ambil driver untuk ke hulu hilir seharian atau naik grab/tuktuk.
Masalah komunikasi memang teruk kat sini sebab staf kurang fasih berbahasa inggeris. Kitaorang borak macam ayam dengan itik, sudahnya angguk-angguk, geleng-geleng, yang tahu cakap kap kun kap (terimakasih), muahahahha....
Aku bagi rating 4/5 ja untuk hotel ni sebab kena kuar extra money 141baht untuk servis iron....haha. Kalau korang tak nak kuar duit, sila bawak strika siap-siap dari Malaysia eh.
Ok lah korang, aku nak tulis next story plak. Sampai ketemu lagi, epi reading gais...