Selamat siang...! Ibuk-ibuk udah makan ke belum? kalau belum, mai singgah ke Restoran yang aku akan citer kejap lagi ni. Stay tuned hokay...
Lepak Place
No 12 & 14, Jalan Pendidikan
Taman Universiti
81300 Skudai
Johor
Tel: 012-7750950
Aku selalu lalu lalang kat depan Restoran ni tapi tak da plak rasa dalam hati ni nak pergi cuba makan kat situ. Sampai la satu hari geng bas sekolah ajak makan kat Lepak Place ni waktu lunch.
Kami keluar awal sikit sebab kawan aku kata, servis lambat. Hmmm...dah tau lambat apasal ajak pergi situ kan? Tapi aku layankan aje la mana tau ada keajaiban masa aku datang semua bertukar jadi pantas. Hahaha....
Masa aku dan kekawan sampai, tak ramai yang makan kat situ. Tapi tak lama lepas tu berdedai plak yang datang. Nampak tak aku ni pembawa rezki tau. Kihkih...
Kalau korang nak datang Lepak Place ni, korang kena datang waktu perut tak lapar sangat sebab korang nak pilih menu apa yang nak dimakan pun dah ambil masa dalam sepuluh minit. Banyak giler menu. Western, Tradisional semua ada. Minuman pun macam tu. Haaa...jangan menu ja ada tapi makanan semua out of stock, memang nak kena lah ni.
Alhamdulilah apa yang kitaorang order semua ada. Paling best, servis cepat, makanan dan minuman sedap. Memang berbaloi.
Kawasan sekitar restoran pun kemas dan bersih. Tak da sekor pun lalat berani hinggap. Memang terbaik la restoran ni.
Kalau nak ketenangan bila makan, atau nak berunding sambil makan, aku memang rekomen tempat ni untuk korang lepak. Nama pun Lepak Place, so sesuai sangat la nak dijadikan tempat melepak hahaha.
Aku bagi la kat korang menu-menu yang ada kat sini bior senang korang nak order nanti tak terkial-kial. Serius aku cakap, apa yang kitaorang makan dan minum hari tu semuanya sedap. Nanti aku nak bawak segerombolan orang plak datang melepak kat sini.
Ok gais, ni ja yang aku dapat share. Jumpa lagi di lain kali, sayonara....chow ching chong !.