/**/

Pages

Subscribe Twitter

Nasi Lemak Lobster JB Super Yummies


Walawei...yummies...


Yuhuuuuu...i'm back...setelah berbulan tak memegang jawatan penulis, hari ni dapat jugak selitkan nukilan mata pena MeedMiki yang semakin kebizian. Entah apa yang dibizikannya pun tak tau la...hehe.



Nasi Lemak Lobster JB
88, Jln Setia Tropika 1/7 Taman
Setia Tropika
81200 Skudai, Johor

Tel: 012-7696716





Untuk penulisan awal nih, aku nak cari yang ringkas dan padat jer sekurang-kurangnya terubat hati yang rindu untuk menulis. Meh korang ikut aku jengok kedai makan yang tak kurang sedapnya kat Johor ni.

Ruang dalam kedai ni tak berapa nak besar. Tapi masa aku datang tu, tak ramai pelanggan so tak nampak lah bersesak sangat. Kebersihan dan susunatur kedai aku bole bagi markah sedang-sedang aje. Layanan staf pun sedang-sedang ajer. Senang citer 3/5 je kot markahnya.






Bila dapat menu, mak ai terus cakap...wow mahal gilos harganya. Tapi ya la nak dibandingkan dulu aku pernah makan lobster sahaja tanpa nasi harga dah RM40, kecik, tak sedap plak tu, so aku ok ja la tengok harga-harga kat menu ni.

Aku pilih nasi lemak udang galah tapi udang habis so aku pilih nasi lemak lobster. Air plak aku pilih blend caramel cappucino. Order sampai cepat. Bab ni memang tiptop service. I like...









Keseluruhan rasa memuaskan sebab lobster tu agak besar dan rasa pun sedap lemak berkrim. Nasi lemak macam biasa je tapi sambal bilis tu manis. Aku rekomen kat korang kalau nak pergi sini dan pilih lobster ni. Gerenti tak menyesal. Air pun sangat sedap menepati citarasa aku.






Next time datang aku nak order western plak sebab nampak menarik ja menu dan gambar yang diletak kat situ. Kalau harga mahal tapi rasa sedap, aku ok jer. Menarik tertarik gitew...






Ok lah ni ja nak story kat korang. Next time kalau ada masa, aku up jalan-jalan cari makan yang lain. Melancong pun tak sempat aku nak tulis adoyai...sabar lah hati.Hehe...






Jumpa lagi uols...tata titi tutu...!!!



Sebelum ko makan aku, aku sepit ko dulu...





Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Meraikan Kejayaan Anak Di Majlis Konvokesyen Ke 21, KPYPJ, Johor


Alhamdulilah syukur, berjaya akhirnya...Tahniah anak ibu!


Hai korang...sori la kalau coretan kali ni dah terlalu lama baru nak up. Kekangan kebizian katanya huhu...Tak adil rasanya kalau aku tak up kisah konvokesyen anak kedua ni. Sebagai ibu bapa kita kena menghargai segala penat lelah anak dan kejayaan yang telah dimiliki serta kesungguhan yang ditunjukkan untuk mendapat segulung anugerah dalam bidang akademik.



Kolej Yayasan Pelajaran Johor
Jalan Kulai-Kota Tinggi
KM16, Jalan Kulai
81000 Johor

Tel: +60 7-8625625





Alhamdulillah aku bersyukur akhirnya panglima tengah berjaya menamatkan pelajaran dalam peringkat sijil kemahiran pada 29 September 2018 jam 2.30 petang bertempat seperti alamat yang tertera kat atas. Macam biasa aku la orang yang paling sibuk menyediakan segala keperluan dan memastikan semuanya berjalan lancar. Dah namanya ibu, biasa la orang yang paling prihatin berbanding ayah dalam bab pelajaran hehe.







Sehari sebelum majlis, pihak Kolej mengadakan majlis makan malam para graduan. Kami berlima beranak join majlis. Sedap juadahnya...alhamdulillah.






















Majlis konvokesyen anak dijadualkan sebelah petang. Tapi aku dah siap awal sebab tak nak la beratur panjang waktu pendaftaran dan confirm jem punya kenderaan yang keluar masuk. Lagi la majis sebelah pagi belum selesai, dah pasti lah berebut parking dan sebagainya.




Sebelum masuk dewan, sempat pilih bunga cenderahati sempena meraikan kejayaan anak. Aduh banyak yang menarik nak dipilih. Serba salah dibuatnya, rasa nak ambil semua wakakaka...




Plan awal nak makan kat cafe berdekatan tapi tak terlaksana sebab kekecohan yang berlaku masa pertukaran waktu penyampaian sijil. Masa tu aku dan husband cepat-cepat pilih tempat sebab tak nak la duduk belakang, tak syok la kan tak dapat merakam detik manis. Macam biasa, kalau dah duduk tu, memang aku tak kan lari la ke tempat lain punya.







Puas rasa hati dapat tempat duduk bahagian hadapan sekali. Senang nak snap gambar dan menghayati acara dari mula hingga akhir. Gambar yang diambil semuanya terang dan cantik. Well done Meed hehe. Selalunya graduan duduk bahagian hadapan tapi Kolej ni graduan duduk di bahagian belakang. Adey berpusing den nak snap gambar eh.







Siap ada pancaragam di sebalik tirai gitew...




Acara penyampaian tak ambil masa yang lama sebab belah pagi lebih ramai berbanding petang so senang sket nak handle dan selesai. Anak and the gang berposing sakan ambil gambar dalam dewan. Siapa lagi kalau bukan aku yang jadi jurufotonya cewah.



















Aku dan famili pun tak lepaskan peluang bergaya atas pentas hokay...










Setel acara dalam dewan, kami bergegas plak ke luar dewan untuk acara ambil gambar kenangan yang telah disediakan jurugambarnya oleh pihak Kolej. Gembira rasa hati dapat tengok anak segak bergaya pakai jubah idaman setiap pelajar @ graduan. Bukan senang ya nak capai ke tahap ni kiranya anak-anak sendiri tak bersungguh. Sebab tu la bila mereka dapat memakai jubah ni, kita kena raikan mereka dengan penuh rasa kesyukuran dan meriahkan suasana pada waktu tu.










Aku bagi can jugak la padanya nak bergambar bersama best friend dan hepi enjoy sekejap sebab lepas ni entah bila diaorang ni akan jumpa lagi bila masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri dan kerja seharian. Bila tengok gelagat diaorang tu, teringat plak kenangan masa aku di Kolej dulu. Rindu weiiiii...







Sempat plak aku melaram dengan jubah tu, biasalah aku memang selalu over tau haha...






















Bagi can empunya diri berposing dengan jubah plak. Bukan senang wei nak pakai jubah sendiri so hargailah peluang yang dapat ni ya.













Paling tak best sebab hari tu jugak kena pulangkan jubah semula. Tak sempat nak berposing sakan dengan jubah konvo ni tau...heee




Kami keluar dari Kolej hampir maghrib. Waa nampak kegembiraan terpancar di wajah panglima tengah sebab rasa berbaloi belajar katanya. Inshaallah akan sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Aku pun sama over tau rasa happy tu.







Destinasi pertama selepas keluar gate adalah mencari makanan. Bayangkan seharian tak makan. Seharian bermandi peluh. Nasib baik gastrik aku tak menyerang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Setel makan, kami semua balik sebab dah tak larat nak melencong ke tempat lain sebab kepenatan. Sambung esok plak nak merayap dan keluar makan-makan sempena meraikan hari graduasi panglima tengah ni.




Apa yang aku perhatikan semua ibu bapa yang hadir terpancar wajah kegembiraan yang amat nyata. Sudah pasti kita sebagai ibu bapa akan rasa bangga kalau anak berjaya habiskan pelajaran mereka ke peringkat yang tinggi.




Doa aku selalu mengiringi anak bujang kesayangan aku ni. Semuga jadi contoh pada adik @ anak bungsu mengikuti jejak untuk berjaya dalam pelajaran dan menggenggam segulung ijazah untuk mencapai cita-cita menjadi insan yang berguna pada ibu bapa, bangsa dan negara.




Paling penting berjaya dalam kehidupan dan mendapat kebahagian hidup, menjadi anak yang soleh pada ibu bapa di dunia dan akhirat. Inshaallah...amin !!!




Semuga anak bungsuku akan dapat mengikut jejak langkah abang-abangnya ni. Ibu selalu mendoakan kejayaan dan kesejahteraan hidup kalian. Ibu sayang anak-anak ibu !!!.


I know u can do it son...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai