/**/

Pages

Subscribe Twitter

Panggung Wayang 4DX Ala Roller Coaster


Wayang roller coaster yooo...


Hai ...hai...hai...morning uolls ! Dah sarapan ke? Kalau belum, pergi la makan dulu nanti sakit perut plak. Kalau yang dah tu, meh baca story aku pasal wayang lagi.

Kali ni aku nak story pasal panggung wayang ala-ala roller coaster. Nak tau kenapa aku cakap macam tu, haaa...stay tuned hokay.



Jumanji: The Next Level
Aksi, Pengembaraan & Komedi (4DX)

Paradigm Mall Johor Bahru

Tiket: RM36 (2 jam)





Kalau penutup tahun 2019 , aku tengok wayang sambil berselimut, pembuka tahun 2020 aku tengok wayang ala-ala roller coaster. Wayang 4DX katanya. Walla nak tau betol acaner rupanya wayang ni. Tak sabar sis hokay. Dari silent film ke digital movie lepas tu 3D and now 4DX movie plak..wow gitew !!!.

Dalam panggung kerusi semua berikat-ikat antara station lain ke station lain. Aku bayangkan kena pakai spek hitam yang selalu diaorang bagi macam 3D tu. Tapi masa kat kaunter aku tanya spek, diaorang kata tak payah pakai. Eh jakun betol kan? Haha...




Kerusi panggung ala-ala kerusi macam nak naik roller coaster tu. Sebelah tepi kerusi tu korang boleh on atau off water yang aku rasa fungsinya confirm akan basahkan kita. Well, nak tau punya pasal, aku on kan ja la, kita tengok macam mana perginya air tu. kat skrin panggung pun dah nyatakan kalau korang nak guna atau tak, sila ikut arahan yang dibagi.






Sementara layan iklan, aku makan pop corn. Tetiba kerusi yang aku duduk tu bergoyang kiri kanan. Makin lama makin laju...woit, sampai melorot aku duduk hokay...pop corn siap nak terlepas dari tangan haha.

Adey ini macam gayanya macam tak syiok la kalau goyang-goyang gini...buweeek.




Masa tayangan plak, bila dalam citer tu ada salji, nanti akan ada buih sabun ala-ala salji turun jugak kat korang. Bila ada scene dalam air, korang akan rasa air tersembur kat tepi korang. Kalau depa naik kereta adengan kejar mengejar, masa tu la kerusi korang akan sama bergoyang dan ke kanan ke kiri la tempat duduk tu terhoyong hayang.

Bila ada angin, memang korang akan rasa sejuk sampai ke bahagian kaki. So jangan lupa bawak baju sejuk atau pashmina kecuali badan korang banyak lemak tepu so korang tak akan rasa angin sejuk tu. Hoho...

Senang citer, 4DX ni korang akan rasa aksi-aksi gegaran dan getaran yang menggabungkan beberapa effect, aku rasa dalam 20 effect berbeza (siap kira hokay). Tempat duduk bergerak-gerak ala roller coaster, tiupan angin, snow, rain drop, water splash, bubble, thunderstorm dan banyak lagi la macam korang yang beraksi dalam movie tu.







Kalau korang tanya aku, aku memang tak berapa nak minat style wayang macam ni sebab ganggu konsentrasi aku menonton. Rasanya aku tak akan masuk 4D lagi kot. Tak syok maaaa...




Citer Jumanji ni aku tak pernah layan, tapi bole la untuk hiburan sebab tak sangka Rock tu badan sasa tapi boleh tahan jugak kelakarnya. Ada jugak la scene dia yang buat aku terjerit sama haha.

10 minit pertama filem ni jalan citer agak slow dan membosankan. Bila dah masuk scene diaorang masuk dalam permainan video baru nampak menarik dan menghiburkan dengan aksi setiap pelakon terutama heroin yang comel dan seksi haha.

Filem ini mengisahkan Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia "Jumanji" untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Bila rakan diaorang, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, tahu perkara itu, diaorang secara tak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya. Kumpulan itu sedar permainan video tu dah berubah, termasuk avatar diaorang yang dah bertukar. Situasi tu tak seperti yang diaorang jangkakan dan kini diaorang perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi melepaskan diri dari permainan video berbahaya itu.

Haaa...sekian review aka sinopsis aku pasal filem ni, dah macam baca berita plak hoho...sila la korang pergi tengok sendiri ya.




Setel wayang, sebelum balik, sempat lagi singgah area sport kat situ untuk daftar rock climbing. Yuhuuu....




Ok gais, nampaknya tak banyak yang aku bole storykan wayang 4DX ni sebab tu ja effect yang aku dapat masa menonton. Dah dapat merasa sekali pengalaman tu dah memadailah. Aku lebih enjoy 3D kot hehe.




Jumpa lagi next story, dada didi dudu...!!!


Nak join Jumanji gak anak bulus ni hoho...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai