/**/

Pages

Subscribe Twitter

Tengok Wayang Pakai Selimut


Syoknya santai berselimut



Dah lama rasanya tak tengok wayang...sebelum habis tahun 2019 tu berangan la nak tengok wayang. Akhirnya dapat jugak la luangkan masa tengok citer yang memang aku tengok tiap siri tayangan dari siri pertama sampai final ni. I like story fight2 nih...huhu

Paling best untuk penutup tahun ni aku cuba masuk wayang yang paling selesa dan terbaru katanyer. Wayang berselimut. Haaa...apa? Wayang berselimut? Haaa...stay tuned kalau nak tau apa tu wayang berselimut.



IP Man 4 : The Finale
(Action - 105 Minutes - Cantonese)

TGV Cinemas, Toppen Johor Bahru

Tiket: RM70





Dalam panggung ni kita tengok wayang boleh pakai selimut. Haaa...selimut tu kena bawak ke atau macam mana ek? Eh..eh..dah kenapa nak kena bawak selimut sendiri pulak, dah confirm la pihak wayang yang sediakan. Tapi kan, kalau korang rasa korang ni pembersih dan tak bole share selimut dengan orang lain, better la korang bawak selimut sendiri. Aku pun tak sabar wei nak masuk pangggung ni huhu.




Sekarang ni senang, tak payah beratur bagai beli tiket. Aku beli online je. Cuma bab makan aku tak selit dalam order tu sekali sebab aku nak tengok menu sendiri. Kat panggung ni nanti korang bole makan atau order ja apa yang korang nak kalau lapo nanti. So tak payah susah2 hati pikir pasal perut tu hehe.




Aku order Gourmet Combo (1 gourmet popcorn royale dan 1 large soft drink, ice lemon tea of course sebab sedap - RM19). Fuh tak sabar nak masuk dan tengok apa benda yang mahal sangat harga tiket wayang kali ni. Sekali sekala jadi orang have2 katanyer muahahaha...




Kawasan dalam panggung luas. Seat double, kat tengah seat ada button kalau korang lapar, korang bole tekan button tu untuk order atau apa ja. Staf akan hantar apa yang korang order, layanan VIP sangat kan...klass ko Jah...!.




Kerusi ni plak, tak boleh nak baringkan sangat hanya bahagian kaki ja boleh dinaikkan. Ya la kan, kalau kerusi tu dah dibaringkan silap-silap ko tido, citer ke mana, fokus ke mana, tup-tup tayangan dah habis, ko duk sedap berdengkur, dah la sedap berselimut sejuk-sejuk tu. Tak ke haru kalau macam tu? Haha...

Seat TGV Indulge ni, korang kena beli twin seats sebab memang twin ja yang ada. Kalau korang beli untuk duduk sorang pun bole tapi rugi la sebab bayaran tetap untuk 2 orang. So better nak pergi dalam grup yang genap, kalau tak, jangan masuk sebab korang akan kerugian berganda.




Sekali dengan tiket yang aku ambil, aku bole akses ke Indulge Lounge untuk lepak-lepak dan minum-minum tapi aku tak rasa nak minum kat situ sebab kepala aku dah plan nak makan makanan Korea Oppadak. Cuma aku sempat singgah kat situ tengok menu dan harga plak dari RM8 hingga Rm35.




Sebelum keluar dari kawasan pawagam, sempat la aku berposing sakan dengan replika yang menarik yang di letak kat situ.








Tak lupa jugak, aku singgah kedai legen Coca Cola. Cantiknya dekorasi kedai tu.









Sempat jugak meronda sekitar Toppen Mall dan jengah sana jengah sini. Kedai jualan kat sini macam biasa ja tak da beza dengan kedai kat shoping mall yang lain.






























Cuma nak bagitau, coklat yang aku makan kat sini memang sedap. Staf pun ramah, layanan mesra. Bole repeat lagi kedai ni kalau aku shoping kat Toppen nanti.










Ops, tak setel lagi nak review sket citer IP Man Finale ni. Dari siri awal sampai final ni aku memang tak miss tengok cerita ni kat wayang. Dari hero tu muda, sampai la dah tua sekarang ni. Bila tengok dia berlawan tu, aku plak tersa macam nak tumbuk orang sebelah. Best woo citer fight-fight nih. Meh siapa nak bersilat dengan aku sila munculkan diri. Kahkah...

Sedih dan sebak jugak aku tengok ending citer ni, menusuk betol dalam kalbu. Aku ni sejenis hati kering, tak mudah menangis kalau tengok citer sedih kat Tv atau mana pun, tapi citer ni telah bergenangkan sikit air mata aku. Uwaaaa...




Sesungguhnya pengorbanan ibu dan bapa tidak ternilai harganya. Jagalah dan tatanglah mereka macam mana mereka menatang dan menjaga kita masa kecil dulu. Sayangi dan hormatilah keduanya selagi mereka masih ada. Alfatihah untuk arwah mak dan arwah bak, semuga roh keduanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...!.


Ko rasa...?
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai