Yuhuuuuu...i'm back...setelah berbulan tak memegang jawatan penulis, hari ni dapat jugak selitkan nukilan mata pena MeedMiki yang semakin kebizian. Entah apa yang dibizikannya pun tak tau la...hehe.
Nasi Lemak Lobster JB
88, Jln Setia Tropika 1/7 Taman
Setia Tropika
81200 Skudai, Johor
Tel: 012-7696716
Untuk penulisan awal nih, aku nak cari yang ringkas dan padat jer sekurang-kurangnya terubat hati yang rindu untuk menulis. Meh korang ikut aku jengok kedai makan yang tak kurang sedapnya kat Johor ni.
Ruang dalam kedai ni tak berapa nak besar. Tapi masa aku datang tu, tak ramai pelanggan so tak nampak lah bersesak sangat. Kebersihan dan susunatur kedai aku bole bagi markah sedang-sedang aje. Layanan staf pun sedang-sedang ajer. Senang citer 3/5 je kot markahnya.
Bila dapat menu, mak ai terus cakap...wow mahal gilos harganya. Tapi ya la nak dibandingkan dulu aku pernah makan lobster sahaja tanpa nasi harga dah RM40, kecik, tak sedap plak tu, so aku ok ja la tengok harga-harga kat menu ni.
Aku pilih nasi lemak udang galah tapi udang habis so aku pilih nasi lemak lobster. Air plak aku pilih blend caramel cappucino. Order sampai cepat. Bab ni memang tiptop service. I like...
Keseluruhan rasa memuaskan sebab lobster tu agak besar dan rasa pun sedap lemak berkrim. Nasi lemak macam biasa je tapi sambal bilis tu manis. Aku rekomen kat korang kalau nak pergi sini dan pilih lobster ni. Gerenti tak menyesal. Air pun sangat sedap menepati citarasa aku.
Next time datang aku nak order western plak sebab nampak menarik ja menu dan gambar yang diletak kat situ. Kalau harga mahal tapi rasa sedap, aku ok jer. Menarik tertarik gitew...
Ok lah ni ja nak story kat korang. Next time kalau ada masa, aku up jalan-jalan cari makan yang lain. Melancong pun tak sempat aku nak tulis adoyai...sabar lah hati.Hehe...
Jumpa lagi uols...tata titi tutu...!!!